Service Kereta Saga FLX SE 1000 KM Mahal Atau Murah – Komen Anda

June 7, 2012 at 4:33 pm 158 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua, kali ini saya ingin berkongsi sedikit info dan ingin mendapatkan pandangan daripada anda semua berkenaan service kereta saga Flx Se (A). Kereta proton adalah antara kereta yang cukup sesuai untuk golongan yang berpendapatan rendah dan yang suka berjimat cermat dari segi perbelanjaan. Hal ini kerana kereta buatan proton terutamanya proton saga yang murah dan mampu milik oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi reka bentuknya membuatkan ramai pembeli lebih gemar untuk menggunanya terutama bagi golongan yang berkeluarga.

Walau bagaimanapun, saya bukan nak berbicara berkenaan harga kereta tetapi lebih kepada ‘service after sale” atau boleh dikatakan juga service selepas pembelian. Setiap orang inginkan kereta yang murah dan service nya juga adalah murah dan puas pelanggan. Namun, ingin saya berkongsi berkenaan service kereta proton saga flx se (A) buat pertama kali bagi 1000km. Kereta yang dibeli adalah dari wakil pengedar proton iaitu Edaran Outomobil Nasional (EON) dan service juga dilakukan dicawangan yang sama.

Untuk pengetahuan anda semua, pada hari service saya ke kaunter service dan tanya pegawai khidmat pelanggan dengan menyatakan hasrat untuk melakukan service kali pertama bagi 1000km. Pegawai tersebut minta buku service dan terus memberitahu apa yang perlu ditukar iaitu 3 perkara. 1. Oil Engine, 2. Oil Filter dan 3. Plug Gasket. Ok… Selepas itu pegawai tersebut terus memberitahu harga service adalah sebanyak RM189.00 dan saya cakap okeh sebab saya ingatkan 3 benda itu memang sesuai dengan harga tersebut. Lagipun pegawai tersebut tidak menjelaskan secara terperinci dengan menunjukkan buku panduan harga barangan yang ingin ditukar.  Kita sebagai pelanggan yang kali pertama dan tidak tahu selok belok berkenaan kereta sudah pasti akan akur dengan apa yang dikatakan oleh pegawai tersebut.

Selepas diberitahu harga service, pegawai tersebut juga menanyakan soalan, kereta ada apa2 kerosakkan tak…dan saya terus senaraikan kerosakan yang berlaku iaitu getah pintu belakang sebelah kiri terkopek, body kit sebelah kiri pun nampak longgar dan sedikit penambahbaikan pada skru side mirror. Then, kereta masukklah workshop untuk diservice dan lebih kurang sejam kereta pun siap.  Kereta sudah siap apa lagi, saya terus ke kaunter dan buat pembayaran sebanyak RM189.00 tanpa melihat detail resit tersebut.

Adakah Wajar??? Apa tu Magnetrap???

Apabila siap semua dan saya balik ke rumah barulah saya tengok buku panduan service apa yang perlu ditukar dan chek kat website proton berpakah jumlah bayaran untuk service kali pertama dan saya dapati jumlah caj bayaran adalah berbeza. Lihat di sini “Service Proton” atau download “Di Sini“. So apa komen anda semua… adakah disebabkan cawangan service yang berbeza??? Barangan yang digunakan lebih berkualiti???  ataupun memang sengaja mereka nak kenakan bayaran yang mahal sebab kita pelanggan yang tidak tahu pasal kereta??? atau juga memang taktik penipuan dalam jualan kereta untuk menarik pembeli dengan menunjukkan ‘service after sale” adalah  murah berbanding dengan service kereta lain??? atau???  memang RM189.00 adalah harga service yang sebenar seperti anda semua….. mohon perkongsian informasi dari anda semua iaitu pengguna kereta proton saga flx se (A)..

Sekian terima kasih…..

Entry filed under: Alkisah, Ilmu, Lain-lain, Umum. Tags: , , , , , , , , .

Basikal Paling Tinggi Di Dunia Nik Wallenda Merentasi Jeram Niagara

158 Comments Add your own

  • 1. Mohd Zainuddin  |  June 7, 2012 at 5:20 pm

    dop tau la kie….
    Tumpang lalu jah..

    Reply
  • 2. noris  |  June 8, 2012 at 12:24 am

    saya kena RM146.54 untuk:
    1)Petronas Syntium 800SM RM103.00
    2)Oil Filter RM12.22
    3) Gasket Plug Oil Drain RM3.32
    4) X1R Petrol Treatment RM28.00

    Sebenarnya bagi 1st service hanya item no. 1-3 yang perlu, no. 4 tu optional. Saya pun silap sepatutnya kata tak nak untuk item no. 4. Jadi for 2nd service and so on memang awal2 bagi tahu kat SC saya tak nak X1R or apa-apa optional service

    Reply
    • 3. zakizakirin  |  June 11, 2012 at 4:09 am

      terima kasih untuk perkongsian anda….maklumlah kita new user selalu diperguna..disebabkan kelemahan kita sendiri…

      Reply
  • 4. adada_saja  |  June 11, 2012 at 7:09 am

    magnetrap ni untuk memerangkap bendasing atau habuk besi…dia pasang kat oil filter klu xsilap…cam gelang besar gitu…jd ada je habuk besi dalam minyk enjin terus melekat kat oil filter tu…klu nak save duit bagitau awal2 jgn letak magnetrap n X1R…

    Reply
  • 5. adada_saja  |  June 11, 2012 at 7:11 am

    magnetrap tu bagus…pakai je…

    Reply
    • 6. zakizakirin  |  June 11, 2012 at 8:41 am

      bagus ek???? so tak rugilah kalau kita ambik dengan harga RM60.00 Pun….tapi yang sedihnya pihak service tak bgitau awal2 pasal benda tu….

      Reply
  • 7. tiramtravelmelaka  |  June 22, 2012 at 8:48 am

    saya pun kali pertama pakai saga flx,,so ada info begini sekurang memberi kita kemudahan. standby je duit,, keta pun masih dalam waranti,,dah habis waranti,, buat sendiri jer,,

    Reply
  • 9. azam  |  July 1, 2012 at 4:50 am

    sepatut nye X1R n Magnatrap sume xperlu.. xde function pun.. so len kali leh ckp xnak dekat sc.. mangatrap tu optional jek.. 68 rgt mahal tu~

    Reply
    • 10. zakizakirin  |  July 1, 2012 at 11:19 am

      tula..sebab tak tau semua serah pada diaorang je…tengok pun tidak, ntah tukar ke tidak..huhu3

      Reply
  • 11. fauzi  |  September 3, 2012 at 7:43 am

    saya yg 1000km kena RM85 tu pun minyak pelincir free salesman eon kasi.. Tadi gi service kali ke2 utk 5000km kena RM125.. Break belakang dok bunyi bila tekan dan kunci utama rosak utk alarm sbb trbasuh… Tadi semua yg tu free je sbb under waranty lagi.. lega la sbb salesman bagithu kunci sepasang pun RM100 lebih klu nk buat len..

    Reply
    • 12. zakizakirin  |  September 3, 2012 at 3:01 pm

      perghhh….murahnya…..saya second service kena dalam 150.00

      Reply
    • 13. izzati  |  August 24, 2014 at 3:50 pm

      Kt mane ye yg murh ni?

      Reply
      • 14. zakizakirin  |  August 25, 2014 at 2:46 am

        murah tuh…kena pandai sembang dengan orang kaunter tuh…tunjuk anda tahu pasal keter…kalau tak tahu macam admin susah, takut kena tipu…

  • 15. Hazz  |  October 10, 2012 at 3:02 am

    zaki n ahli komentar yg lain..!
    tq utk info yerk..nk first service gak nih. sgt2 memerlukan info cmni..~~

    Reply
    • 16. zakizakirin  |  October 11, 2012 at 9:42 am

      yup okeh thanks..pape lebih ambik tahu pasal service kete jangan jadi mcm saya..buat tak tahu..huhuhu

      Reply
  • 17. umi  |  November 4, 2012 at 4:51 am

    thanks a lot for the info.. hubby I on the way g 1st service.. sib baik lah sempat call n sms dia barang yg perlu di tukar n harga..

    Reply
    • 18. zakizakirin  |  November 8, 2012 at 6:19 am

      welcome…cari info sebelum buat service… good luck

      Reply
  • 19. wan  |  November 8, 2012 at 2:47 pm

    bedebor je, sebab aku nak ngambik flx se nih…. dah nekad da nih

    Reply
    • 20. zakizakirin  |  November 11, 2012 at 4:19 am

      kereta cantik dan bergaya, cuma kena berdoa jelah moga dapat kereta yang baik, yang admin punya sampai sekarang getah pintu sebelah kiri tak dapat nak diatasi lagi, asyik kena tukar, nak tukar stok xde…cmne sabor jelah….

      Reply
  • 21. salwanabilalwa  |  November 9, 2012 at 1:14 am

    saya 1st service kt seksyen 13, PJ pon mcm tue jgk.. xde tanye tntg optional brg, tetibe die charge utk magnetrap. and total sume RM198..! lg terkejut.. but after this, nk pegi service, better bwk org yg tahu pasal service2 nie supaya dorg x pedaya kite2 yg kurg arif pasal kereta nie…

    Reply
    • 22. zakizakirin  |  November 11, 2012 at 4:21 am

      sebagai pengguna kereta samada lelaki mahupun perempuan perlu ada pengetahuan, jika tidak senang2 je orang nak manipulasi dan perbodohkan kita… semoga masing menginsafi diri dalam melakukan setiap tindakan…

      Reply
  • 23. Hazz  |  November 12, 2012 at 1:09 am

    zaki..da ley wat group utk saga flx se nih :)hehehe~~
    kete skarang sume ok.cume brek plak ada probs. kalu nk brek cm ada bunyi..hadehhh. apasal eh? ada sapa2 tau x..knp?

    Reply
    • 24. zakizakirin  |  November 14, 2012 at 12:21 pm

      brek bunyi cmne tu??? lama tak guna kot…atau brake pad dah nipis kot….

      Reply
      • 25. Hazz  |  November 19, 2012 at 7:10 am

        keta guna jew..hari2 lg. da nk masuk service yg ke-2 pn.. brek akn bunyi kalu nk bhenti keta slow2..

  • 26. lin  |  November 28, 2012 at 5:34 am

    Saya pun ada prob brek..ada masa bunyi, ada masa tak..bila brek slow2 die akan bunyi…saya dpt free voucher tuk 3x servis dan aritu saya pergi sc tuk 1st servis..kebtulan voucher saya tertinggal…so terpaksa bayar tunai sebyk RM134..tp mujur sc boleh bg smula duit tu…

    Reply
    • 27. zakizakirin  |  November 30, 2012 at 11:27 pm

      macamana boleh dapat free voucher service??? 3 kali pulak tu?? sebab masalah break ke???

      Reply
    • 28. Hazz  |  December 3, 2012 at 1:16 am

      Lin,masalah brek keta awk sma cm masalh brek keta saya..brek slow2 yg jd probs..!b’bunyi cm gendang. mcm mana dpt voucher tu ea? rm 134 juge kne repair ek.. nk tau la.ape punce ek?

      Reply
  • 29. lin  |  November 30, 2012 at 4:12 am

    Saya pun mengalami masalah yang sama..iaitu brek…bila saya brek slow2 dia akan berbunyi..

    Reply
  • 31. lia  |  December 4, 2012 at 8:00 am

    Kite nk tnya ckit. 1st servis mmg kne byar ek? Bkn free ke?
    Maaf, kite pon nk gi 1st servis nnt. Tp xtaw..huhu

    Reply
    • 32. zakizakirin  |  December 4, 2012 at 2:36 pm

      yup kena bayar, itu bergantung pada apa yang ditukar, yg free hanya caj pekerja atau labour charges…. ada yang kena mahal dan ada yang kena murah, pandai pandailah ambik tahu pasal kereta…

      Reply
      • 33. lia  |  December 5, 2012 at 5:59 am

        oooo..mcm tu ek.. Baru le kite paham. Ingtkn smua dia bg free msa servis. Hihihi..=P
        Tqvm ek sbb bg pnjelasan..berguna sgt2..=)

  • 34. lin  |  December 5, 2012 at 2:41 am

    Zaki : kebetulan sy beli keta time tu proton bg free srvs voucher tuk 3x srvs…mgkin kalu tukar brg kena byr kot…
    Hazz : saya pun ada dgr bunyi mcm gegendang…sakiit pulak telinga..ada sesapa tau x ape puncanya..igt nak g srvs cnter check…tp sblum pegi nak tau gak ape probnye…

    Reply
    • 35. zakizakirin  |  December 5, 2012 at 3:48 am

      oooyeke….maknanya dapat voucher free service masa promosi kete. bial tu erk beli ketenya..rugi pulak tak beli time tu..hehehe dahla nak dapat kete bukan main lama menunggu…huhuhu

      Reply
    • 36. Hazz  |  December 5, 2012 at 4:42 am

      Lin : tau xpe.sakit ati pn yer gak. tp,serius..sya ni mmg xdan langsung nk g check apahal ngn brek tu. nk service 5k ni bru nk tnya knp.. Wahh..! untung la dpt free voucher.jeles..~~ hehe

      Reply
  • 37. lia  |  December 6, 2012 at 1:16 am

    Kite nak tnya lg ni..hihi
    emm..kalau nk gi servis kn, kite kne buat appointment dlu ek?

    Reply
    • 38. Hazz  |  December 6, 2012 at 1:36 am

      Lia : yup2.. kalu service 1000km dlu..odo da 800km da ley call utk booking.. e2 pn seminggu lebey bru ada kosong..kne cepat la booking. tp,tgok tmpat jugak la.. cer la call pusat service tdekat k..! 🙂

      Reply
      • 39. lia  |  December 6, 2012 at 9:10 am

        ala..mcm mne nie.. kite pnye kreta dh 9++km lg ckit nk 1000km. Ingt nk servis esk tnpa buat appointmnt. Pstu trus nk balik kg..
        Bley ke kalau kite x buat appintmnt trus je dtg..huhu =(

      • 40. lin  |  December 6, 2012 at 11:45 am

        Lia : aritu lin punya km dah 1000 lebih….tp masih boleh anta servis..jgn risau..ada setengah servis cntr x ramai org..x book pun boleh kot..tp kalau servis cntr besar mmg kena book laa…

    • 41. zakizakirin  |  December 6, 2012 at 11:54 am

      lebih baik buat appoinment lu, kol je tempat service kete….. kalau dah biasa tempat service tak ramai, pergi jee….

      Reply
  • 42. lin  |  December 6, 2012 at 11:47 am

    Hazz : kalau awak dah anta check ape prob brek tu let me know yer? Risau jugak nk bawak jalan jejauh nie..

    Reply
    • 43. Hazz  |  December 7, 2012 at 2:12 am

      Lin : InsyaAllah. i will.. 🙂

      Reply
    • 44. Hazz  |  December 31, 2012 at 12:30 am

      Lin : Hye,lin.. Sori la lmbt sket nk update pasal bunyi gendang keta yg jd probs kt keta tu. Ok, haz bru minggu lepas g sc wat service 5k.. n pasal bunyi tu. jgn wisau k..menurut advisor sc..bnda tu normal kalu blaku kt keta2 saga flx 1.6 kebnyakan nyer.. xperlu risau.bunyi tu x efek ape2 pn..(yg efek pn telinga n sakit ati jer..heheh)
      So,masa keta kne service ada tgok jugak mcm mana mekanik btol kn masalah “tak tak sound” which refer masalah bunyi gndang tsebut.. dier akn bukak tayar keta belah belakang, letak skit lubricant dan ketuk bhgian dlm tempt nut keta tu..(explanation org xtau hal keta sgt gini la..heh).. Alhmdullh,probs tu da xde da. Harap lin jgn wisau2 la yer..ley anta g sc utk repair.. n its free.hehe. coz masih dalam warranty..hehe.

      Reply
      • 45. Lin  |  December 31, 2012 at 4:00 am

        Hazz : ooo…bestnya…leh settle mslh bunyi gendang tu….nanti tunggu saya nk 2nd service br boleh pegi..saya dah test keta tu smpai penang..syok je..bestla…smooth je perjalanan…

      • 46. Ben  |  April 21, 2013 at 4:43 am

        nk tnya ni,lama tak servis tu??…keta saya pn da gak bnyi bila tekan brek tpi tak slalu la..ingat nk g chek…bru lpas servis 1k 2mingu lpas…

  • 47. Crreeetttt  |  December 20, 2012 at 3:00 am

    pngalaman aku pasal bunyi blkg tok tok tok tu skjp je..lme2 dh hilang dh..kdg2 aku check celah2 bunge2 tayar de batu2 kecik2..bile dh buang tk de bunyi dh..dh nk setahun dh aku pkai kete ni..dh nk smpai 15k n nk service kali ke4..hrp2 tk mahal…hohoho

    Reply
  • 48. lin  |  December 20, 2012 at 5:18 am

    Hazz : dah g sc ke? Awak punye 2nd servis 5000 ae…nape saya 10000 ek?

    Reply
  • 49. lin  |  December 20, 2012 at 5:37 am

    Creetttt : keta saya nie bunyi mcm gendang bile brek…tapi masih x hilang2 lagi…nak pg sc x berkesempatan…

    Reply
    • 50. Hazz  |  December 20, 2012 at 5:57 am

      Lin : sbtu ni bru nk g sc..full house. dpt ari sbtu jer. 5k mmg kne g sc kn?
      Creetttt : oyeke? batu kt celah bunga tayar tu bkn mmg normal kn? cnth: kite lalu kt tmpat yg bru di tar..kalu lalu bnyi cm batu kerikil tu kn? ni x. tau..bunyi cm kt tmpt brek tu. sgt la tensen…hope sabtu ni setel la sume..

      5K service rm bape ea? anyone???

      Reply
      • 51. lin  |  December 20, 2012 at 7:05 am

        Hazz : kalau ikut buku panduan tu..apa yang lin paham 2nd servis 10000km…ermmm..konfius nie…

      • 52. Hazz  |  December 20, 2012 at 7:31 am

        lin : ritu masa service 1k tu dier ada bgtau x kne dtg bile ag? mcm hazz dier tmpal sticker kt cermin keta belah ats tu..next service utk 5k pulak. then kt bil pn dier remind jugak .kalu kt buku service pn mmg nmpak 1 k service then bru 10k plak kn lin?.. cer tgok belah blakang2 tu. ada tau..

  • 53. lin  |  December 20, 2012 at 8:00 am

    Hazz : oo..kalau sticker kt cermin tu ada tulis tp 10k….nk tgk belah belakang mane plak nie?

    Reply
    • 54. Hazz  |  December 20, 2012 at 8:08 am

      oyeke? mcm hazz dier tulis sc suoh dtg utk service 5k.. tgok belah belakang buku service la,syg..!

      Reply
  • 55. Creetttt  |  December 21, 2012 at 2:58 am

    Lin : oo bile brek je bunyi cm gendang ek?? plik tu..ape2 pun nnti ade mse g SC bgtau diorg suruh diorg g test brek..hopefully fix..

    Reply
  • 56. Creetttt  |  December 21, 2012 at 3:05 am

    Hazz : yes btol2..tp kalo bunyi time brek tu mybe ade somethg tk btol tu kat brek..kne g check..ko bru nk msuk second service ek?? aku 2nd service ritu aku kne RM124..

    1st service = RM121
    2nd ” = RM124
    3rd ” =RM170 ,sbb time 3rd serive ni diorg nk btol kn balancing
    & aligment tayar
    4th ” = coming soon..hehhehehe :p

    Reply
    • 57. Hazz  |  December 31, 2012 at 12:14 am

      Creetttt : Wahhh..!! murah giler harge service weih.ko service mana? nk g service kt tmpat ko gak. jeles2..~~

      Reply
  • 58. man toya  |  December 22, 2012 at 5:05 pm

    salam.masalah getah pengedap pintu belakang memang masalah biasa bagi model saga.kebanyakan kes terjadi pada bahagian pintu belakang sebelah kiri.sebenarnya proton saja yang mengesyorkan kereta di hantar servis setiap 5k tetapi jaminan tidak akan luput sekiranya kereta dihantar untuk servis setiap 10k dengan syarat menggunakan pelincir fully sintetik.kereta jenama kia perlu di sevis setiap 10k.kereta,chevrolet pula setiap 15k.setiap kali servis minta sebutharga dulu dan minta lihat senarai barang yang di caj pada skrin komputer.jika tidak perlu ,boleh minta di buang dari yang di senaraikan

    Reply
    • 59. zakizakirin  |  December 27, 2012 at 5:43 am

      Kebanyakan saga FLX memang cmtu…dah dua tiga kali tukar still jadi benda sama… kena pakai getah kedai kat luar lak…

      Reply
  • 60. SAGA FLX 1.3 exec (Auto)  |  December 24, 2012 at 3:39 am

    boleh tak sapa2 yang dah renew roadtax bagitau bape harga nak wat insurans dan renew toadtax untuk saga flx 1.3 exec auto

    Reply
    • 61. zakizakirin  |  December 27, 2012 at 5:43 am

      admin 1.6 akan renew roadtax bulan 3 nanti. tengok jelah berapa harga…bajet dalam rm1500.00….huhuhu mahal jugak tu…

      Reply
      • 62. Hazz  |  December 31, 2012 at 7:01 am

        perghh..rm1.5k kot bajet.. kne main kutu la nih nk renew roadtax..~~ T___T

  • 63. wahid  |  December 26, 2012 at 4:37 am

    Salam warga flx se.. saya pun nekad dah nak beli saga flx se.. dah booking.. warna putih.. 2 3 hari lagi dapat kut.. harga murah, bulan2 baru rm521.00… beli kat proton edar kuantan.. harap2 kereta ok.. x sabor dah… haha

    Reply
    • 64. zakizakirin  |  December 27, 2012 at 5:44 am

      wasalam, bagus, sila beli..cuma warna putih mudah nampak kotor jelah…

      Reply
  • 65. wahid  |  December 26, 2012 at 4:38 am

    Salam warga flx se.. saya pun nekad dah nak beli saga flx se.. dah booking.. warna putih.. 2 3 hari lagi dapat kut.. harga murah, bulan2 baru rm521.00… beli kat proton edar kuantan.. harap2 kereta ok.. x sabor dah… haha.. thanks ada info tentang service after sales mcm ni.. banyak membantu untuk buat keputusan apa2 nanti..

    Reply
  • 66. wahid  |  December 28, 2012 at 3:20 pm

    Dah dapat dah flx se, warna putih.. best…!! Memang terasa best, sebab dulu pakai kancil buruk je, aircond pun tak dak.. haha.. seronok main SAT.. hehe.. thanks..

    Reply
    • 67. zakizakirin  |  December 29, 2012 at 2:57 pm

      slmt memandu

      Reply
    • 68. Hazz  |  December 31, 2012 at 12:31 am

      welcome to the club saga flx 1.6,la yer..! moga btambah lg share2 ilmu bab2 keta ni..

      Reply
  • 69. Lin  |  December 31, 2012 at 4:03 am

    Ada sesapa tau x kalau cermin dpn ada retak…ada waranty dr proton ke? Baru2 nie keta saya kena batu..retak pjg skit…sedih gak nie..kalau ada sesape tau tlg inform ok…

    Reply
    • 70. Hazz  |  December 31, 2012 at 7:06 am

      Lin : huhu..keta kite sama jew masalah kn? haz nyer keta pn kne batu..tp,xcrack tau..cume cm blekuk belah dlm cermin. Abg ipar ada ckp ley g kedai cermin suoh letak vitamin utk tmbah zat kt cermin tu..(heh,yeke?) then,akn ok balik… haz pn xpasti..cermin ada waranty ke ek? korang..! sila bantu..~~

      Reply
      • 71. Lin  |  December 31, 2012 at 11:32 am

        Hazz : hehehehe..tau xpe..tadi tunang Lin da g kedai cermin..bg injection 100rgt kena..tuk lambatkan ianya merebak jadi besar..yang vitamin tu x penah plak dgr…

      • 72. Hazz  |  January 2, 2013 at 12:08 am

        injection tu la vitamin nyer,Lin..
        hah? rm100?? gullppp,..~~

      • 73. Lin  |  January 2, 2013 at 5:05 am

        Hazz : bagi Lin ok je 100heng ti dari cermin retak abih…dahlah keta baru….at least buat injection..xdela terus ganti cermin..x silap ganti cermin plg2 pun 500heng…huhuhu

      • 74. Hazz  |  January 2, 2013 at 6:14 am

        owh…! rm melayang2..haha. btol la tu lin, kalu da crack skit g la treatment jap ag kne batu kecik skali pn..retak seribu.

  • 75. wahid  |  December 31, 2012 at 4:36 pm

    Dukacitanya, cermin retak / pecah tak da cover dari insurans.. untuk cover cermin, kena tambah lagi RM utk insurans tambahan cermin kenderaan.. huhu..

    Reply
    • 76. Hazz  |  January 2, 2013 at 6:15 am

      tq utk info wahid.

      Reply
  • 77. AbdulRahim Othman  |  January 1, 2013 at 4:34 pm

    Salam… para sahabat saga flx se 1.6, saya baru booking keta ni, InsyaAllah skit masa lg kuar la… tgh happy nk pakai keta baru ni… ader kwn2 cakap sistem cvt kereta ni ader skit problem… korang semua dah lama guna keta ni kan… betul ker ader problem,

    Reply
    • 78. zakizakirin  |  January 4, 2013 at 12:23 pm

      wasalam, bagi admin buat masa sekarang ni xde masalah pape lagi berkenaan cvt, kalau masalah lain adala…hehehe nanti admin post artikel terbaru

      Reply
    • 79. wahid  |  January 4, 2013 at 12:41 pm

      Selamat pakai kete baru… aku baru 6 hari, dah 1st service kat kuantan.. service ok.. free… sebab proton bagi free service voucher.. 3 kali free.. dan kete ni sedap…. seronok drive kete ni.. puas hati, berbaloi dgn harga tu..

      Reply
  • 80. fairuz  |  January 11, 2013 at 2:49 pm

    Salam…sy baru seminggu pkai saga flx se
    Nak tny pndapat,korang ada pakai steering lock,pedal lock atau lain2 jenis lock?mintak share jenis lock dan brand yg elok tuk tmbh security kerata sy ni…

    Reply
    • 81. zakizakirin  |  January 11, 2013 at 2:57 pm

      Wasalam, admin xguna pun lock, kalau betul nak tambah lock security lbh baik guna yang digital terkini, mcm2 yg canggih ada

      Reply
      • 82. fairuz  |  January 12, 2013 at 8:58 am

        Mahal kalau guna yg digital.cari yg mampu milik shj..lagi 1 nak tny,ada tak yg guna voucher tinted security yg harga 58+..ok x?ada kena kos2 sampingan x?

  • 83. lin  |  January 16, 2013 at 12:08 pm

    Salam….lin ada kemusykilan lg la..sistem penggera lin keta menyala n x boleh nk dioffkan..puas tekan button penggera tu tp masih xboleh pdm lampu tu..sudahnya lin tpaksa nk lock keta guna kunci manual x bole guna alarm…ada sesapa tau x mcamana nk settle mslh nie…hope dpt jwpn segera….

    Reply
    • 84. wahid  |  January 16, 2013 at 12:17 pm

      Cuba ni, bila alarm tu tengah ‘tak betul’, masuk dlm kete, tutup smua pintu, dan tekan butang (butang yg ada bulat kecik tengah2 tu) yang sebelah butang signal kecemasan, kat tengah dashboard tu.. pastu try balik lock n unlock keta pakai remote.. kalau tak jadi jgk, gi service centre protonggg la nampaknya.. hehe

      Reply
      • 85. wahid  |  January 16, 2013 at 12:18 pm

        Lupa nak cakap, butang tu tujuannya untuk reset balik alarm yang tengah tak betol..

    • 86. Hazz  |  January 17, 2013 at 12:27 am

      Lin : cube try tekan dua2 button kt kunci keta utk alarm tu.tekan serentak dlm 3 saat. Pastu try tekan balik button cm biase .jd x? coz ritu keta haz bkak tutup ok..tp,xde bunyi jew.. CS ada ajar.. moga membantu la yer..~~

      Reply
      • 87. lin  |  January 17, 2013 at 6:13 am

        Hazz : ooo..yebke? Tq…harap cdgn tu dpt mmbantu lin la…tp buat masa skrg nak guna alarm dah ok…takut jadi akan dtgkan?so kalau jadi lg…lin cube cara hazz tu….anyway tq….

        Wahid : nti lin cube add kt fb tu.tq…

      • 88. khairuddin flx se  |  March 17, 2013 at 5:22 am

        macam ni la kalu still nyala gak msok keta ttp pintu then bukak suis tapi xperlu start keta..then tekan butang kat dashboard tu..
        saya da kena aritu then macam tu la sy buat..

      • 89. khairuddin flx se  |  March 17, 2013 at 5:25 am

        yang ni hanya jika tekan butang lock/unlock tp xbunyi just lapu je nyala baru mcm tu…selamat berkongsi..

  • 90. lin  |  January 16, 2013 at 3:01 pm

    Wahid : baru tadi nie alarm saya dah ok…itupun tekan2 byk kali..sebelum ni, kalau jadi mcmnie pun saya dah try byk kali pun…masih x boleh jugak..taktaulah apelah fundtion sebenarnya button tu..

    Reply
    • 91. wahid  |  January 17, 2013 at 2:30 am

      Oh.. saye pun tak tau, saya ikut dlm buku manual proton je.. hihi.. kalau korang sume ada facebook, boleh la join FLX SE TEAM.. kat sana boleh la bincang macam2, ramai otai2 boleh bagi pendapat.. boleh share2 gambar kalau ada kemuskilan dan macam2 lagi.. FLX SE TEAM

      Reply
  • 92. faeza  |  February 17, 2013 at 6:27 am

    Saya pun 1st time service kene rm289…xthu kenapa begitu mahal…saya pun xtao sgt tentang kereta ni..dan nk service utk kali kedua,rasa mcm fobia…

    Reply
    • 93. zakizakirin  |  March 10, 2013 at 2:32 am

      wow mahalnya….tak tanya diaorang dulu ke….

      Reply
  • 94. premareenaeena2302  |  February 21, 2013 at 7:14 am

    saya bulan lepas br beli kereta saga 1.6 flx se A.
    1st service 16/1/13
    sudah buat , free je sebab hanya problem ,
    – SENSOR SOUND
    – Engine ada bunyi bila tekan minyak 60 – 70km.
    tapi sekarang masih ada bunyi lagi ,
    – i rasa macam gear box problem..
    – cermin sebelah driver site, tak boleh buka… (kadang2 blh buka)
    ingin nak pergi hantar 2nd services…
    1) ada apa apa bayaran tak ??
    2) blh pergi lain-lain car service center @
    nak pergi car service center yang sama (1st service)?

    Reply
    • 95. zakizakirin  |  March 10, 2013 at 2:36 am

      xkisah mana2 car service centre pun,janji diaorang buat cara yg betul, kalau nak bgs baik pergi kat car service proton atau eon yg besar sikit. mungkin semua ada service kat sana, kadang2 car service ni ada yg xleh buat, nanti leceh pulak nak kena pergi banyak tempat…. kalau rosak bukan sb kita minta claim je sb kereta under warranty lagi… insha Allah tak kena bayar…

      Reply
  • 96. Rashid Ali  |  March 11, 2013 at 7:26 am

    baru nk pi service 1000 km tapi meter dah 15xx km…tak pa ka? xda kesan sampingan ka?

    Reply
    • 97. zakizakirin  |  March 29, 2013 at 12:10 pm

      kena percepatkan service tu.. lbh baik service ikut masa dan jumlah KM yg telah ditetapkan, kereta kalau pandai jaga, insya Allah dapat pakai lama…

      Reply
      • 98. Umi ikin  |  February 6, 2016 at 2:22 am

        Salam nak tanya utk 1st seevic 1k km…sya xsempat nak buat ..dan nak pakai kerete bawak p utara..cmana ya? Salesman saya pulak xjawab wassp…

      • 99. zakizakirin  |  April 13, 2016 at 5:27 am

        Pergi je terus mana mana service kereta terdekat…

  • 100. khairuddin flx se  |  March 17, 2013 at 5:19 am

    10000km tu dye pkai minyak pelincir untuk 10000km.better pakai 5000km untuk jaga enjin..

    Reply
  • 101. Mr. Virus  |  March 18, 2013 at 7:03 am

    Salam.

    Servis berkala kereta ini adalah 10K, manakala 5K adalah untuk kegunaan lasak. Boleh rujuk pada buku servis. Saya juga mengalami masalah dengan getah pada pintu belakang belah kiri. Alhamdulillah, boleh ditukar tanpa apa-apa bayaran. Lepas ni nak betulkan masalah brek belakang. Kena tukar drum katanya. Juga FOC.

    Reply
  • 102. insan89  |  March 24, 2013 at 12:12 pm

    nk tnye,admin biasa untuk saga flx,berapa harga cermin lampu belakang,sekiranya pecah..?ade kwn2 insan beritahu lampu belakg perlu dganti dua2,wlpn hnya satu je yg pecah…boleh atau tidak kalau insan nk gnti sebelah sahaja?berapa harga biasanya lampu belakg?

    Reply
  • 103. wahid  |  March 30, 2013 at 11:59 pm

    Insan89, Rear lamp panel inner (left) -rm19
    Rear lamp panel inner (right) – rm19
    Rear lamp panel (left) – rm69
    Rear lamp panel (right) – rm69

    Sumber dari katalog spare part proton saga flx se.

    kalau tengok harga tu, macam boleh beli satu2.. saya tak pasti jgk.. boleh bertanya dekat mana service centre untuk lebih pasti.. harap info dapat membantu.. have a nice day..

    Reply
  • 104. Anna Mahtar  |  April 1, 2013 at 4:29 pm

    Brek bunyi, 1st time die ketuk brek blkg, 2nd time tuka brek piston, aritu bunyik lagi tuka brek drum..
    Getah blakang kereta proton memg masalah,kwn yg guna persona pon ade msalah ni..
    Skrg service kt workshop biase…

    Ade sape2 bole tlg explain ape beza engine performance kalu kite gune engine oil semi atau fulltly synthetic?

    Reply
    • 105. zakizakirin  |  April 4, 2013 at 12:33 pm

      admin tak pernah jadi mcm ni pulak. Alhamdulillah xde masalah. tak pasti bekenaan masalah yg dialami oleh annna mahtar..mungkin kawan2 yg lain boleh jelaskan…

      Reply
  • 106. Cipher21  |  April 3, 2013 at 10:24 am

    Hmm, xtau la pasal proton, tapi br2 nie amik toyota vios, harga fiorst service xsampai RM100 pun, juz RM70 . . Sama jugak cam 2nd service . . Hmm, sepatutnya untuk kereta CC 2.0 ke bawah . . kalu service di luar pun hanya lingkungan 120 ke bawah . . Oil filter 25, minyak hitam kalu tukar dikedai untuk proton hanya 75 untuk jenis 10/W

    Reply
    • 107. zakizakirin  |  April 4, 2013 at 12:31 pm

      wah harga service kete vios lagi murah..canggih

      Reply
  • 108. Hazz  |  April 4, 2013 at 4:20 am

    korang..! nk tnya service 10k cost slalu bape ea?

    Reply
    • 109. zakizakirin  |  April 4, 2013 at 12:31 pm

      below than rm200 maybe around rm 165…

      Reply
      • 110. Hazz  |  April 5, 2013 at 12:26 am

        okai..! ada sc ni minta smpai rm300. pangkah terus..mahal giler..! tp,mmg rm200 below..bru pas booking sc lain. tq untk info!

  • 111. Fiq  |  April 20, 2013 at 6:26 am

    sy pun tak lama lg nak bawak g 1st service..igt nak service yg 10k sbb kereta pun x bawak jauh..untuk 10k kena pkai minyak fully sintetik la ye? hanya tuka minyak itam ngan oil filter je kan?

    Reply
  • 112. Lindsey  |  May 6, 2013 at 5:55 pm

    Heya i am for the first time here. I found this board and I to find It really useful
    & it helped me out much. I am hoping to provide something back and aid
    others like you aided me. If you would like for you to Lindsey, we can assist
    you!
    Trend to twitter followers should be to have stars coordinator a new article
    for yourself.
    If you wish to buy followers towards your twitter account, there are various great techniques.

    Reply
  • 113. Old Proton Owner  |  May 16, 2013 at 9:27 am

    Hanya sekadar peringatan. Apabila kereta telah mencecah 120,000km nanti, siap sedialah nak dengan duit yang banyaaak sbbnya timing belt nak kena tukar. Yang ni mesti, walaupun sangat mahal, kena juga tukar sebab kalau timing putus…. Jawabnya kena turun enjin overhaul di bengkel, yang pastinya lebih mahal kosnya.

    Reply
    • 114. zakizakirin  |  May 19, 2013 at 5:24 am

      thanks…belum sampai tapi kena prepare awal2…huhuhu

      Reply
  • 115. karim  |  May 28, 2013 at 11:34 am

    wahh bagus bagus … walau nampak remeh benda kecik tak penting, tapis angat membantu 🙂

    jumaat nie pi 1st sevis 🙂

    Reply
    • 116. zakizakirin  |  June 9, 2013 at 4:23 am

      semoga dapat service yg terbaik…

      Reply
  • 117. wawa  |  July 2, 2013 at 3:35 am

    salam sume sy pkai flx se n first servs mhlnye 205 kene.. sgt x puas aty gak tine bgtau 3 item je tkq ble tgok bil byk ka pulak,ad kwan2 ckp pas nie xyah p servs da kat sc p buat kt luaq je seng
    .xpe ke cam 2

    Reply
    • 118. zakizakirin  |  July 12, 2013 at 12:11 pm

      so next time kena hati-hati.. simpan resit tu..lagi2 kita yg tidak tahu pasal kete…

      Reply
  • 119. azrai  |  July 11, 2013 at 12:20 am

    Benda2 optional yang SC selalu nak sembelih kita. Awal-awal kena bagitau taknak benda2 ni sebab dia tak effect warranty dan performance kereta langsung.
    1. Magnatrap (Mahal aje, tak perlu)
    2. X1R (Tak perlu, sebab minyak hitam Petronas dah cukup baik guna kat Mercedes F1, mana ada F1 campur X1R)
    3. Screen Wash (sabun dalam air wiper, tak perlu. Sabun ni lebih cepat rosakkan getah wiper. Guna air biasa sahaja memadai.)

    Reply
    • 120. zakizakirin  |  July 12, 2013 at 12:09 pm

      Tau takpe.. berhati-hatilah..

      Reply
  • 121. young  |  July 24, 2013 at 7:56 am

    salam ade sesiapa yg tahu tak pasal pintu lock driver, bila kita tekan lock pada kunci, lock tu tak turun tombol pintu lain turun..apa sbbnya..mohon share kawan2..

    Reply
    • 122. MisS FiZ@  |  August 30, 2013 at 7:30 am

      ye..saya pon mengalami masalah yg sama..bila tekan lock..pintu lain semua lock kecuali pintu driver..kena lock guna kunci..buka pon sama..cam mana ye nak btol kan tu? apa sbb jd cmtu? sesape yg tahu, tlg shara.. 🙂

      Reply
  • 123. NS  |  August 14, 2013 at 3:56 am

    kalau terlepas services 1000k tu macam mana ye? saya ingat 1st servis 5k. dah 3k ++ baru tahu 1st serices is 1k. macam mana ye?

    Reply
    • 124. zakizakirin  |  September 4, 2013 at 5:13 am

      cepat2lah pergi buat service. sila ikut jadual service yang betul untuk mengelak kerosakan yang lebih teruk. jika anda pakar kereta lain citerla… huhuhu

      Reply
  • 125. budak ladang  |  August 14, 2013 at 6:26 am

    salam..nak tanye la..saye nak amek saga flx se..tapi nak tanye dlu la bulan2 brape korang kene bayar? saye di sabah…perlukan pertolongan ni..da nekad nak amek ni..

    Reply
    • 126. zakizakirin  |  September 4, 2013 at 5:12 am

      wasalam itu biasanya bergantung pada down payment berapa, jika bayar downpayment banyak, mungkin bulan2 akan jadi murah. admin downpayment rm5000, bulan2 rm525.00

      Reply
  • 127. adzan  |  August 29, 2013 at 5:05 am

    PROTON MEMANG SUKA TIPU CUSTOMER… BELI TOYOTA DENGAN HONDA LAGI BAGUS!!!!!!

    Reply
  • 128. Chan  |  September 3, 2013 at 2:55 pm

    Cilaka …kereta abg gua selalu kena sampai RM450 ats tiap kali pi servis kat Proton sc.

    Reply
    • 129. zakizakirin  |  September 4, 2013 at 5:11 am

      so kena selalu berhati-hatilah untuk service seterusnya…

      Reply
  • 130. adinie  |  September 10, 2013 at 10:56 am

    salam..nk Tanya lampu belakang saga flx se berapa harga..klu beli sebelah je blh ke..

    Reply
    • 131. zakizakirin  |  September 22, 2013 at 12:12 am

      wasalam, biasa kalau sebelah susah sikit… admin tak pasti pulak harganya,, maybe kawan2 lain boleh recommend. sila refer kedai kereta berhampiran. 🙂

      Reply
  • 132. wan..  |  September 11, 2013 at 5:54 am

    baru beli saga FLX 1.3 tak sampai 2 bulan dah calar n kemek cikat kat pintu kiri belakang….aduhhh!!!…sakit kepala..aper patut sy buat??

    Reply
    • 133. zakizakirin  |  September 22, 2013 at 12:14 am

      kemek sebab apa tu tuan? sb admin punya skirting pun pihak proton tak kasi tukar. walhal bukan salah kita pun, lg2 masih dalam warranty… sabra jelah… cer refer dgn cawangan proton terdekat, manala tau2 kot2 diaorang boleh adjust ke… cmne ke..

      Reply
  • 134. AE Mon  |  October 3, 2013 at 7:18 pm

    salam sume… aku baru amik saga flx se 1.6 ni semlm… nak tumpang tnye… kite leh pilih x nk pakai minyak hitam apa? atau service center tu dah tetapkan… aku bab minyak hitam ni memang cerewet… dari awal kene jaga enjin… 🙂

    Reply
    • 135. zakizakirin  |  November 1, 2013 at 9:36 pm

      Wasalam, setahu admin minyak hitam tu biasanya dah ditetapkn yang proton punya. tak tahula pulak proton ada jual jenis minyak hitam yang lain. pilihan pun mungkin jenis biasa, semi sintetik atau fully sintetik. kalau nak brand lain punya minyak hitam macam penzoil kena tukar kat bengkel selain protonla….

      Reply
  • 136. redzwan  |  October 11, 2013 at 11:43 am

    Kalau tak service 1000m nak service 5000m terus dapat tak tu.kena cas mahal ka tu.sapa tau komen cikit.

    Reply
    • 137. zakizakirin  |  November 1, 2013 at 9:21 pm

      lebih baik service ikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh proton sebab kita tidak tahu akan kesihatan kereta anda melainkan anda adalah orang yang pakar dalam bidang kereta. service ikut ketetapan insha Allah kereta anda akan selamat dan tahan lama dari kerosakan. 🙂

      Reply
  • 138. Rienaz861222@gmail.com  |  October 17, 2013 at 5:59 am

    Sy nak wat servis pertama kali flx sv.. berapa cas servis yg akan dikenakan oleh pihak proton

    Reply
    • 139. zakizakirin  |  November 1, 2013 at 9:18 pm

      Bergantung pada tempat service yang anda pergi, ada yang caj mahal dan ada yang caj murah. kalau anda tahu apa yang patut ditukar lagi bagus dan terus berbincang dengan pihak proton. k

      Reply
  • 140. faris  |  December 1, 2013 at 8:20 am

    byk nya masalah saga flx ni..baru ingt nk amik..huhu

    Reply
  • 141. alyp  |  January 6, 2014 at 7:12 am

    alhamdulillah..setakat ni saya pakai flx 1.6 ok je..hujung mggu ni nak hantar g 1st service 🙂

    Reply
    • 142. zakizakirin  |  January 9, 2014 at 8:27 am

      Bagus, Tahniah semoga kereta anda tiada masalah. 🙂

      Reply
  • 143. Mohd Zaki asyraf bin Aminuddin  |  January 9, 2014 at 3:13 am

    Kenapa saga flx sv 1.3 tidak disediakan cover penutup enjin tu Dan Adakah baiknya sekiranya tahap pembersihan enjin dilakukan sekiranya kita mahu menghadiri mantanen kenderaan tersebut(tidak rosak).

    Reply
    • 144. zakizakirin  |  January 9, 2014 at 8:27 am

      Itu tak pastilah Tuan mungkin pihak proton ada penjelasannya. 🙂

      Reply
  • 145. Izman  |  March 18, 2014 at 8:18 am

    Salam buat semua disini saya ada satu pertanyaan jika saya tak nak servis kereta ditempat yang saya beli keretat boleh tak?Saya nak hantar ke servis centre yang dekat dengan pejabat iatu lee motor,kerana kereta keluar dari Aspirasi jalan tun razak

    Reply
    • 146. Chan  |  April 24, 2014 at 11:50 pm

      Boleh, asalkan ia adalah authorised service centre oleh brand kereta tersebut, cth: proton leh hantar ke mana2 service center proton/ eon dan warranty x kan compromised. sekiranya hantar ke service centre yg x diauthorised takut warranty compromised.

      Reply
  • 147. Leen  |  May 29, 2014 at 6:54 am

    Salam nak tya,
    sy sepatutnya service yg ke 5000..tp asyik kesuntukan masa nk g service centre.skrg dh 7300..ada apa2 masalah ke nnti?

    Reply
    • 148. zakizakirin  |  June 5, 2014 at 2:55 am

      Wasalam, sebaiknya segerakan bawa kereta anda untuk diservice untuk mengelak kesan pada enjin akan datang…

      Reply
  • 149. husna  |  July 23, 2014 at 9:19 am

    harini saya major servis saga flx se ni tuk 40000KM…kne RM605..mhl betul rase
    sape ad pengalaman boleh share…

    Reply
    • 150. zakizakirin  |  July 30, 2014 at 7:16 am

      admin belum service 40k Km lagi… so tak pasti mungkin kawan-kawan lain boleh membantu sekiranya pernah buat service pada tahap tersebut…

      Reply
  • 151. Simistri  |  August 11, 2014 at 8:27 am

    Saga FLX (A) beli thn thn 2012 ..

    Servis 20 km – RM RM232.00
    Servis 30 km – RM492.75
    Servis 40 km – RM404.80
    Servis 50 km – RM391.60
    Servis 60 km – RM980.95
    Servis 70 km – RM442.00

    minyak hitam gunal FULL sebab nak tahan 10k, kalau guna semi tahan 5k, dan bazir duit bayar upah kat SC

    Reply
    • 152. zakizakirin  |  August 25, 2014 at 2:45 am

      saya punya service 40k harga lebih kurang RM499.00 camtu lah..huhuhu..

      Reply
  • 153. Sughostmir Fallen VII  |  September 9, 2014 at 5:25 pm

    Servis 20 km – RM RM232.00….apa yg kne tukar?hehehe..nk tau jgak…

    Reply
  • 154. zyiera  |  November 1, 2014 at 4:25 am

    dapat salesman yg baik hati jujur dapat voucher free service , kena mcm saya , dapat salesman penipu , dah la service mahal kena .. smpai rm189 utk 1st service , beli kereta kena tipu , ckp 38k , bila dapat document lpas apprv , rm48k . dah tu bg payung je free gift . mmg sedih . ni service 30km tkthu la berapa kena hmmm

    Reply
  • 155. lizziehusni  |  November 5, 2014 at 4:05 am

    servis 60km-RM980.95?? hampir seribu mak ai..

    Reply
  • 156. akma  |  April 6, 2015 at 3:33 am

    sya kene rm197… Dkt puchong jaya…

    Reply
  • 157. samat gamal  |  July 27, 2015 at 12:17 pm

    Nok mudoh buat je sendiri .lg jimat….

    Reply
  • 158. majid  |  September 27, 2015 at 5:20 pm

    As salam , nak tanya saya pengguna proton saga fl 1.3..servis 10,000 km atau 6 bulan mana yang dtg dulu…saya ikut km sahaja…nak dapatkan 10,000 km sehingga setahun baru hantar servis adakah akan memberi kesan kepada enjin kereta?

    Reply

Leave a reply to man toya Cancel reply

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 42 other subscribers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

June 2012
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 631,439 hits

Pengintip Harian

Flag Counter