Posts filed under ‘Motivasi’

Himpunan Mutiara Kata

1. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

2. Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

3. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

4. Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

5. Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

6. Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

7. Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

8. Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

9. Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

10. Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

11. Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

12. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

13. Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alas an

14. Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

15. Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

16. Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

17. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

18. Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan dating

19. Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

20. Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu

21. Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

22. 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

23. Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

24. Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

25. Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

26. Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

27. Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

28. Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

29. Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia

30. Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

31. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

32. Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

33. Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

34. Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

35. Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

36. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

37. Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu hargailah jasa ibu

38. Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

39. Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan

40. Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

41. Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas

42. Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

43. Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

44. Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

45. Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat

46. Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

47. Seandainya hidup ini punca perpisahan… biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti yang nyata

48. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah

49. Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

50. Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

51. Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali

52. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

53. Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana syaitan suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

54. Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan

55. Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

56. Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan

57. Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat

58. Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

59. Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

60. Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

61. Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya

62. Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafsirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

63. Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah

64. Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran

65. Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat

66. Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli

67. Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya

68. Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan

69. Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

70. Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

71. Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata, kita mendapat banyak kawan dan lawan

72. Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal

73. Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan ibarat cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

74. Terburu buru dengan perasaan sering dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayaan serta dapat membentuk keperimanusiaan

75. Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagiaan bisa berpanjangan

76. Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun

77. Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan

78. Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

79. Apalah gunanya ilmu juka tidak diamalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

80. Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

81. Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

82. Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

83. Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

84. Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat

85. Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

86. Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentasilah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

87. Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup

88. Hati si siteri akan tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya

89. Di sebalik nikmat ada bala, di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

90. Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu

91. Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu

92. Setiap mata yang tertutup  belum bererti ia tidur, setiap mata terbuka belum bererti ia melihat

93. Kejayaan adalah suatu pejalanan bukannya suatu destinasi

94. Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

95. Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

96. Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

97. Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

edited from:tazkirah.wordpress.com

Advertisements

September 17, 2012 at 2:19 pm 4 comments

Pentingnya Buku Catatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan sesuatu yang sangat penting tetapi sering diabaikan oleh kebanyakan orang termasuklah saya sendiri. Apa benda yang sangat penting tu? Iaitu “Buku Catatan Harian”. Kenapa pentingnya buku catatan ini? Haruskah kita memilikinya? Yeaaa buku catatan ini sangat penting untuk setiap insan yang bergelar manusia normal. Cuba anda perhatikan di sekeliling anda berkenaan orang yang berjaya terutamanya golongan korporat ataupun golongan profesional, sudah pasti mereka memiliki buku catatan harian masing-masing dan dibawa ke mana sahaja mereka pergi….

Apa yang membuatkan buku catatan harian ini penting kepada manusia ialah kita harus sedar bahawa manusia ini dicipta penuh dengan sifat yang tidak boleh lari iaitu lupa. Lupa ini berlaku bukan sahaja kepada orang yang bermasalah mental mahupun sudah lanjut usia. Keadaan ini juga berlaku pada sesiapa yang mempunyai tanggungjawab atau tugas yang banyak untuk diselesaikan dalam sesuatu tempoh. Dek kerana banyak benda yang perlu dilakukakan sudah pasti seseorang itu akan lupa sesetengah perkara yang perlu mereka lakukan. Hal ini turut juga berlaku pada saya, apabila saya mempunyai banyak perkara untuk dibuat dalam sesuatu tempoh masa. Dulu saya anggap buku catatan harian ini tidak penting walaupun tahu bahawa salah satu tabiat atau ciri usahawan  yang berjaya adalah mempunyai buku catatan. Saya juga pernah menganggap bahawa mental kita boleh planning apa yang perlu dibuat tanpa mencatatnya, hakikat ini tidak berlaku apabila tanggungjawab atau beban semakin banyak dan banyak perkara yang perlu difikirkan.

Tahukah anda kenapa perempuan senang untuk mengingati sesuatu perkara berbanding lelaki sebagai contoh tarikh berkenalan, tarikh mula2 jatuh cinta, tarikh lahir dan sebagainya??? Ini kerana golongan perempuan adalah golongan yang suka mencatat setiap perkara dan mereka akan ingat dan simpan dalam minda mereka. Oleh itu, tidak hairan mereka ingat peristiwa permulaaan jatuh cinta dengan anda berbanding golongan lelaki. Lelaki akan lupa perkara2 tersebut dan lebih untuk memikirkan perkara yang besar dan memberi kesan lebih segera. Budaya mencatat ini akan membuatkan kita lebih berjaya dalam hidup kita, ini terbukti apabila lebih ramai golongan wanita yang berjaya dalam kerjaya mereka walaupun golongan mereka ini dikatakan lebih beremosi dalam melakukan sesuatu tindakan.

Ingat buku catatan adalah penting kerana kita boleh mengurus setiap perkara yang kita belum dan ingin laksanakan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.  Setiap orang harus memilikinya untuk memastikan perjalanan kehidupan berjalan lancar. Kalau kita tidak mempunyai sebarang buku catatan, sudah pasti kita akan lupa apa perkara yang ingin kita lakukan. Bukan buku catatan sahaja, jika kita ada recording, orang yang nak tolong ingatkan kita pun boleh jugak janji ada tempat untuk kita rujuk berkenaan apa yang kita perlu lakukan. Sedangakan malaikat pun membuat catatan harian berkenaaan tindak tanduk kita di sebelah kiri dan kanan sebagai bukti apa yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan bahawa buku catatan itu adalah penting untk memudahkan kita mengingati, merancang, menyusun, dan sebagai bukti sesuatu perkara yang akan kita lakukan.

So…apa tunggu lagi jom kita mulakan budaya mencatat setiap apa yang kita ingin lakukan dalam kehidupan seharian kita semoga lebih senang kita mengurus tugas serta tanggungjawab kehidupan seharian kita. Budaya ini juga insyaAllah akan menjadian kita lebih efisien dan produktif dalam melakukan tugas harian…..

Selamat beramal….

July 30, 2012 at 2:33 pm Leave a comment

Jutawan Jadi Pizza Delivery

Assalamulaikum dan salam sejahtera….

Kami ada terbaca kisah seorang Bos besar yang kini
bekerja sebagai Penghantar Pizza. Pernah
dengar tak kisah tersebut?

DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani
kehidupan mewah.

Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke
destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki
persegi. Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000
setahun, WOW!

Ia jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan
rakyat Amerika Syarikat. Namun kini, bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di
Florida dengan upah AS$7.29 sejam.

Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk
menghadapi krisis ekonomi dunia.

Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa
rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara
hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000.

Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di
sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak
lain yang menanggung kosnya.

Kami petik kata-kata Karpman..

“Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami
dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga
Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah
membayar semula pinjaman,” ~ Karpman.

Nasihat kami untuk renungan kita bersama…

Tidak kisahlah berapa banyak wang yang kita dapat, tetapi
jika kita tidak menutup kebocoran (aliran wang keluar) dan
tidak menyimpan maka tidak ada gunanya kita mendapat
wang yang banyak tadi.

Menyimpan atau simpanan merupakan benteng pertahanan
yang paling asas dalam pengurusan kewangan peribadi. Ia
merupakan perkara yang paling penting kerana ia dapat
menyelamatkan kita apabila berlaku sebarang kecemasan
seperti anak sakit, kemalangan, kereta rosak dan bermacam-
macam lagi.

Jom kita mulakan hari ini untuk mengurus kewangan peribadi
kita!

Credit: Flarebiz

June 24, 2012 at 12:33 pm Leave a comment

Mentaliti Usahawan

1. Mengesan Peluang

Seorang usahawan mestilah mempunyai suatu sifat atau daya fikir yang hebat untuk mengesan sesuatu peluang yang baru untuk dijadikan punca pendapatan. Dalam setiap keadaan mentaliti seseorang usahawan ini mesti kreatif dalam mencari peluang-peluang baru ibarat kata pepatah “Dalam Masalah Ada Peluang” untuk menjadi pemula atau pencetus kepada sesuatu peluang baru. Sekiranya peluang itu dapat dikenalpasti lebih awal, maka keuntungan juga akan menjadi semakin banyak kerana pada setiap peluang baru perniagaan tidak wujud persaingan. Ini secara tak langsung keuntungan juga akan meningkat.

2. Hapuskan “Minda Negatif”

Seseorang usahawan juga mestilah seorang yang dapat menghapuskan halangan minda yang negatif. Minda yang negatif inilah yang akan menghancurkan atau menghalang kejayaan seseorang dalam kehidupannya. Bagi setiap usahawan minda negatif ini mestilah tiada sama sekali kerana ini adalah racun kepada diri mereka. Apa itu minda negatif? Iaitu tidak yakin pada diri sendiri, selalu berfikir mengenai kegagalan, tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri, dan setiap tindakan mudah dipengaruhi oleh keadaan semasa yang merugikan. Segala unsur-unsur negatif ini adalah berbahaya untuk memulakan langkah pertama bagi mana-mana usahawan. Oleh itu minda yang negatif ini harus dihapuskan sama sekali dalam pemikiran usahawan yang mengimpikan kejayaan dunia akhirat.

3. Tingkatkan Ilmu

Setiap usahawan juga mestilah mempunyai suatu sikap untuk meningkatkan ilmu dalam diri dari masa ke semasa. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu mestilah sanggup untuk belajar menambahkan ilmu pengetahuan dalam setiap perkara terutama dalam bidang yang diceburi. Kebolehan untuk belajar adalah perlu kerana semakin cepat belajar sesuatu perkara, semakin cepatlah dapat mempraktikkannya. Tapi ingat jangan terlalu banyak belajar je tanpa mempraktikkanya kerana ilmu akan mudah dilupai walaupun memori otak kita penuh dengan pelbagai ilmu. Untuk mengelak dari ilmu dilupai, seseorang usahawan itu metilah mengajar ilmu yang dia ada kepada orang lain untuk manfaat bersama.

4. Sentiasa Upgrade

Usahawan juga mestilah mempunyai mentaliti yang sentiasa upgrade iaitu mestilah sentiasa mepertingkatkan kualiti diri dan produktiviti bukannya berada di tahap yang sama. Sekiranya sudah berjaya dalam melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah mempertingkatkan lagi kejayaan bukannya setakat apa yang telah berjaya. Sama juga dari segi kemahiran yang ada, seandainya sudah mahir dalam sesuatu bidang apa salahnya jika seseorang usahawan itu menceburi dalam bidang yang lain pulak. Sebagai contohnya, sekiranya anda telah berjaya dalam menternak itik apa salahnya anda mencuba pulak dalam bidang pengeluaran makanan untuk itik. Tidakkah itu lebih menguntungkan lagi perniagaan anda kerana anda boleh membina suatu rangkaian rantai kehidupan iaitu dari makanan itik – menternak itik – memproses telur itik – menjual itik dan meproses baja tahi itik. Ini semua perlu ada dalam pemikiran seseorang usahawan yang berjaya.

5. Bersyukur

Apa yang paling penting ialah setiap usahawan perlu mempunyai sifat bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Tanpa bersyukur tak ke mana diri anda semua wahai usahawan. Dengan bersyukur barulah anda akan rasa lebih bersemangat untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Syukur ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya, membantu usahawan baru, memberi tunjuk ajar percuma dan sebagainya. pada zahirnya tindakan bersyukur ini seolah merugikan mereka tetapi disebaliknya perbuatan itu akan menyebabkan mereka lebih berjaya untuk jangka masa panjang tanpa diketahui oleh sesiapa kerana Yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Sekian wasalam…

August 14, 2011 at 2:30 am Leave a comment

Siapa Orang Yang Gagal?

Salam,  maaf semua pada pembaca blog  yang tak seberapa ini kerana sudah lama tidak dimasukkan info yang terbaru… Apa yang nak diciterkan adalah mengenai kegagalan. Siapakah orang yang gagal dalam kehidupan? Orang yang gagal ialah orang yang mudah berputus asa hanya dengan satu masalah kecil sahaja. Sebelum melakukan tindakan dia sudah memberi alasan dengan kata ‘tak boleh’ sudah pasti kegagalan adalah miliknya.

Berdasarkan kajian terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam apa-apa sahaja yang dilakukannya samada belajar, buat perniagaan, perkahwinan, bekerja makan gaji dan sebagainya. Salah satu faktor utama yang dapat dilihat adalah pemikiran kita yang telah dibentuk dengan keadaan persekitaran yang mendorong kegagalan. Sebagai contoh yang dapat lihat ialah dari ibu ayah yang sering bercakap mengenai kegagalan diri sendiri mahupun kegagalan orang lain akan membentuk satu minda orang-orang yang gagal.

Orang yang paling banyak mempengaruhi minda kita untuk menjadi minda orang yang gagal ialah orang yang paling dekat dengan kita. Pengaruh persekitaran yang paling dekat adalah sangat kuat sehingga boleh melemahkan semangat yang mengunung. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang kita sayang seperti mak ayah kita, kawan-kawan kita, suami atau isteri yang semua ini tak faham dengan cara kehendak dan cara pemikiran kita. Mereka ini seolah-olah membuatkan kita terikut-ikut dengan mereka walhal kehidupan mereka adalah berdasarkan cara hidup orang-orang yang gagal.

Oleh itu kita yang sedar akan keadaan ini  perlu memguatkan semangat untuk mempengaruhi mereka bukan mereka mempengaruhi kita. Golongan yang boleh menjatuhkan kita ini boleh dikenali sebagai “sniop” atau bahasa lainnya boleh jugak digelar sebagai “kerengga”. SNIOP adalah singkatan daripada sindrom negatif influence other person. Manakala kerengga boleh dijelaskan serba sedikit kerana kerengga ni memang sering tak suka orang berjaya sebagai contoh yang dapat dilihat ialah semasa memanjat pokok untuk mengambil buah. Matlamat kita hendak ambik buah tapi takde pasal-pasal kerengga gigit kitakan sebab kerengga tak suka kita berada di atas iaitu berjaya.

So untuk mengelak daripada kejayaan yang bakal kita perolehi digagalkan oleh mereka. Kita semua perlu sedar akan pengaruh persekitaran walaupun kita rasa diri kita ini sudah cukup hebat dan berjaya.

Sebagai contoh kata-kata daripada golongan SNIOP yang boleh mengagalkan kita ialah “ala exam lambat lagi relax lu last-last seminit boleh study” katanya. Kita yang bersemangat untuk bersiap dengan study awal telah disuntik oleh kata-kata kegagalan oleh kawan tercinta kita. Sama jugak dalam melakukan apa-apa pekerjaan diaorang akan kata “kamu tak boleh buat, kamu bodohla, kamu takkan berjayala” dan sebagainya. Semua kata-kata ini akan membentuk pemikiran orang-orang yang gagal sedar ataupun tidak itulah pengaruh kehidupan persekitaran kita.

Keadaan ini secara tidak langsung kita akan sentiasa mencipta alasan sendiri sebelum melakukan tindakan untuk berjaya. Alasan yang diberi kadang-kadang tidak munasabah sama sekali. Sekiranya anda tergolong dalam orang yang mudah dipengaruhi dan sering memberi alasan sebelum melakukan tindakan untuk berajaya maka dengan pastinya kegagalan adalah milik anda. Ada orang berkata dan tengok seseorang itu macamana tengoklah kawannya macamana. Orang-orang yang paling dekat dengan kita semua. Meraka semua adalah ibarat diri kita.

So marilah sama-sama kita berfikir sebagai orang yang berjaya dan mempunyai sikap, ciri-ciri, pemikiran dan tindakan yang akan mendorong kepada kejayaan bukannya kegagalan. Bermulanya dari kita, insyaAllah orang lain juga akan mendapat manfaat yang sama…

Sekadar itu dahulu untuk kali ini dari zakirin a.k.a cheky.

August 29, 2009 at 11:26 pm 1 comment

Think Positif

Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya. Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, “orang itu tak boleh dipercayai”, semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri.

Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.

Oleh itu, kita semua harus think positif……

November 4, 2008 at 12:44 pm Leave a comment

Arahkan Minda Supaya Jadi Bersemangat

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.

Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”

Misalnya,

“Aku mahu bersemangat hari ini”

“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”

“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”

Selepas itu, bayangkan di fikiran yang Anda menjadi seperti apa yang anda mahu.

Bila Anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang Anda menjadi bersemangat, Anda nampak diri Anda melangkah dengan penuh bersemangat!.

Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana Anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri Anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.

Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, saya mengamalkan teknik ini setiap hari, di setiap sesi latihan renang, tiap kali berbasikal dan setiap kali menulis blog motivasi.

Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!

Artikel ini dipetik dari:

http://www.imotivasi.com/

May 29, 2008 at 4:47 pm Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

December 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 373,414 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter