Archive for August, 2011

Ketam Ganjil

RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain.

SOUTHSEA – Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.

Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. – Agensi

August 25, 2011 at 3:01 pm Leave a comment

Download Ceramah mp3 Mediafire

Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai link koleksi ceramah yang telah dikumpulkan oleh kawan-kawan kita. Koleksi ceramah ini tidak terhad kepada seorang pencermah atau ustaz sahaja tetapi terdiri daripada beberapa orang ustaz yang terkenal dengan keberkatan ilmunya. Sebagai contoh ustaz dalam koleksi mp3 ini ialah, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Shamsuri, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Sharil Long, Tuan Guru Harun Din dan ramai lagi.

Kesemua mp3 ini telah diupload oleh kawan-kawan kita dalam hosting mediafire yang senang untuk didownload oleh sahabat semua. Oleh itu, janganlah lepas peluang ini untuk mendapatkannya secara percuma dengan mendownloadnya sahaja. Tetapi ingat, bukan download je…semua manfaat ilmu yang diajar hendaklah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita untuk menjadi muslim yang sentiasa berpandukan al-Quran dan Hadis. Setiap hujah mereka boleh membuatkan kita semua menjadi lebih bertambah ilmu disertai keyakinan yang mendalam pada ajaran islam yang sebenar.

Oleh itu, marilah kita semua melapangkan masa kita untuk mendownload dan mendengar ceramah dalam kehidupan seharian kita dan berhentilah daripada menghabiskan masa dengan sia-sia serta melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kerana kita semua perlu ingat setiap tindak tanduk kita seharian sudah pasti dinilai oleh dua malaikat pencatat samada untuk kebaikan mahupun kejahatan.  Dek kerana adanya penilai kehidupan kita seharian, kita sepatutnya perlu lebih matang dalam menggunakan masa hidup untuk melakukan perkara yang lebih bermanfaat samada untuk diri sendiri mahupun untuk kebaikan orang lain.

So apa tunggu lagi?? Dahla tak pergi masjid atau surau yang berdekatan untuk mendengar ceramah agama atau menuntut ilmu akhirat. Kalau dah tak pergi, apa lagi download banyak-banyak kat sini dan kutip ilmu dari semua ustaz ni serta sebarkan kepada kawan-kawan anda, mudah-mudahan di lain kali terdetik di hati untuk pergi ke masjid atau surau pulak untuk mendengar ceramah agama….kkk

Jomm Download disini:

Download Ceramah mp3 Mediafire 1

Download Ceramah mp3 Mediafire 2

Sekian Wasalam…

August 22, 2011 at 1:13 pm 2 comments

Download mp3 Percuma Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan juru download mp3 mahupun video. Di sini saya lampirkan satu link download mp3 ceramah Ustaz Azhar Idrus secara percuma. So kepada sesiapa yang berminat, silalah download yeaa….

Siapa Ustaz Azhar Idrus ni???….Anda kenal??? Takkan tak kenal Ustaz ni…Ustaz ni adalah seorang pendakwah bebas yang berasal dari Terengganu. Beliau sering memberi ceramah agama di serata Negeri di Malaysia ni. Kalau di Terengganu boleh dikatakan sudah habis surau dan masjid telah dijelajahinya. Seandainya ada mana-mana orang Terengganu tak kenal Ustaz ni, memang “berat” orang timur kata, dok dalam hutan ke apa. Buat malu orang Terengganu je.

Seperti yang anda semua tahu, video dan mp3 Ustaz ni dah bersepah kat internet dan youtube. Kalau sape-sape nak tengok klik atau taip je nama Ustaz ni, terus keluar. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan para pendownload yang ingin menggunakan format mp3 bolehla download melalui link ini. Format mp3 banyak gunanya, anda boleh guna di handphone, di kereta dan sebgainya.

So jom pakat download dan sebarkan…tetapi ingat jangan download je diharapkan anda semua mendengar dan mengamalkan apa yang dikatakan oleh Ustaz ni kerana banyak manfaatnya.

Klik Download disini….

Sekian selamat beramal…

August 19, 2011 at 2:48 am 7 comments

Fakta Makanan Mengandungi Babi

Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis ‘This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi’.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi

3. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg

4. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

5. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi

6. Boar: Babi liar

7. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun

8. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi

9. Ham: Daging pada bahagian paha babi

7. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)

8. Sow Milk: Susu babi

Bahagian babi yang sering diguna dalam penghasilan produk

PANKREAS – bagi menghasilkan insulin

LEMAK – digunakan dalam proses pembuatan susu, alat kosmetik, perisa serta pewarna tambahan, tablet serta minyak

DARAH – digunakan bagi menghasilkan serum atau vaksin serta tablet

TULANG – bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu

KULIT – penghasilan kolagen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan

ORGAN DALAMAN – bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton atau butirat

 Sumber: hmetro

August 17, 2011 at 4:14 am Leave a comment

Awas!!! Mentega DNA Babi

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.

Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.

“Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.

“Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas,” katanya.

Sumber: Kosmo

August 17, 2011 at 12:19 am Leave a comment

Mentaliti Usahawan

1. Mengesan Peluang

Seorang usahawan mestilah mempunyai suatu sifat atau daya fikir yang hebat untuk mengesan sesuatu peluang yang baru untuk dijadikan punca pendapatan. Dalam setiap keadaan mentaliti seseorang usahawan ini mesti kreatif dalam mencari peluang-peluang baru ibarat kata pepatah “Dalam Masalah Ada Peluang” untuk menjadi pemula atau pencetus kepada sesuatu peluang baru. Sekiranya peluang itu dapat dikenalpasti lebih awal, maka keuntungan juga akan menjadi semakin banyak kerana pada setiap peluang baru perniagaan tidak wujud persaingan. Ini secara tak langsung keuntungan juga akan meningkat.

2. Hapuskan “Minda Negatif”

Seseorang usahawan juga mestilah seorang yang dapat menghapuskan halangan minda yang negatif. Minda yang negatif inilah yang akan menghancurkan atau menghalang kejayaan seseorang dalam kehidupannya. Bagi setiap usahawan minda negatif ini mestilah tiada sama sekali kerana ini adalah racun kepada diri mereka. Apa itu minda negatif? Iaitu tidak yakin pada diri sendiri, selalu berfikir mengenai kegagalan, tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri, dan setiap tindakan mudah dipengaruhi oleh keadaan semasa yang merugikan. Segala unsur-unsur negatif ini adalah berbahaya untuk memulakan langkah pertama bagi mana-mana usahawan. Oleh itu minda yang negatif ini harus dihapuskan sama sekali dalam pemikiran usahawan yang mengimpikan kejayaan dunia akhirat.

3. Tingkatkan Ilmu

Setiap usahawan juga mestilah mempunyai suatu sikap untuk meningkatkan ilmu dalam diri dari masa ke semasa. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu mestilah sanggup untuk belajar menambahkan ilmu pengetahuan dalam setiap perkara terutama dalam bidang yang diceburi. Kebolehan untuk belajar adalah perlu kerana semakin cepat belajar sesuatu perkara, semakin cepatlah dapat mempraktikkannya. Tapi ingat jangan terlalu banyak belajar je tanpa mempraktikkanya kerana ilmu akan mudah dilupai walaupun memori otak kita penuh dengan pelbagai ilmu. Untuk mengelak dari ilmu dilupai, seseorang usahawan itu metilah mengajar ilmu yang dia ada kepada orang lain untuk manfaat bersama.

4. Sentiasa Upgrade

Usahawan juga mestilah mempunyai mentaliti yang sentiasa upgrade iaitu mestilah sentiasa mepertingkatkan kualiti diri dan produktiviti bukannya berada di tahap yang sama. Sekiranya sudah berjaya dalam melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah mempertingkatkan lagi kejayaan bukannya setakat apa yang telah berjaya. Sama juga dari segi kemahiran yang ada, seandainya sudah mahir dalam sesuatu bidang apa salahnya jika seseorang usahawan itu menceburi dalam bidang yang lain pulak. Sebagai contohnya, sekiranya anda telah berjaya dalam menternak itik apa salahnya anda mencuba pulak dalam bidang pengeluaran makanan untuk itik. Tidakkah itu lebih menguntungkan lagi perniagaan anda kerana anda boleh membina suatu rangkaian rantai kehidupan iaitu dari makanan itik – menternak itik – memproses telur itik – menjual itik dan meproses baja tahi itik. Ini semua perlu ada dalam pemikiran seseorang usahawan yang berjaya.

5. Bersyukur

Apa yang paling penting ialah setiap usahawan perlu mempunyai sifat bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Tanpa bersyukur tak ke mana diri anda semua wahai usahawan. Dengan bersyukur barulah anda akan rasa lebih bersemangat untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Syukur ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya, membantu usahawan baru, memberi tunjuk ajar percuma dan sebagainya. pada zahirnya tindakan bersyukur ini seolah merugikan mereka tetapi disebaliknya perbuatan itu akan menyebabkan mereka lebih berjaya untuk jangka masa panjang tanpa diketahui oleh sesiapa kerana Yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Sekian wasalam…

August 14, 2011 at 2:30 am Leave a comment

Kebodohan Wanita Dalam Berinternet

Salam sejahtera semua…Perempuan secara semulajadinya telah dicipta dengan pelbagai kelemahannya termasuklah dari segi daya fikirnya. Oleh itu, perempuan memerlukan lelaki dalam sesentengah perkara untuk membuat keputusan supaya keputusan yang dibuat adalah lebih tepat dan lebih ke arah kebaikan.

Pada zaman moden kini, perempuan lebih terdedah kepada pelbagai bahaya fitnah yang boleh berlaku dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi kepada mana-mana perempuan yang tidak mengikut ajaran Islam secara holistik. Dari segi penggunaan internet sememangnya perempuan banyak melakukan kesilapan terutamanya dengan sengaja mendedahkan diri melalui facebook, friendster, ym dan sebagainya. Perempuan/wanita ini sering meletakkan gambar secara jelas untuk menarik perhatian pengguna internet yang lain, tetapi pada hakikatnya mereka melakukan kesilapan yang bodoh. Kerana dengan pendedahan gambar lebih-lebih lagi yang tak menutup aurat, pelbagai pihak boleh mengambil kesempatan untuk menfitnah anda.

So, kepada semua perempuan saya nasihatkan supaya tidak mendedahkan mana-mana gambar kat internet untuk mengelak fitnah pada masa akan datang…Berhati-hatilah dalam menggunakan interent jangan sampai maruah tergadai….

August 13, 2011 at 8:31 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 334,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter