Posts tagged ‘Agence France-Presse’

Rumah Dalam Pembentung

KEADAAN di dalam pembetung itu yang dihuni Restrepo (kiri) dan Garcia bersama anjing mereka.

MEDELLIN, Colombia – Seorang lelaki, Miguel Restrepo tinggal di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya, Maria Garcia di sini lebih 30 tahun lalu.

Restrepo, 62, turut tinggal di dalam pembetung tersebut dengan seekor anjing.

Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas.

Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang. – Agensi

 

December 6, 2012 at 11:58 am Leave a comment

Pulau Buatan AS$6.5 juta

IMEJ yang dihasilkan komputer menunjukkan pulau buatan manusia yang akan dibina firma Orsos Island.

VIENNA – Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.

Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).

Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.

Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.

“Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat,” katanya semalam.

Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.

Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin.

Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.

Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.

Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. – AFP

June 25, 2012 at 11:16 pm Leave a comment

Pesawat Solar

PESAWAT Solar Impulse yang dikendalikan oleh Andre Borschberg berlepas dari Rabat, Maghribi kelmarin.

RABAT, Maghribi – Sebuah pesawat yang menggunakan tenaga solar berjaya menamatkan penerbangan merentasi padang pasir di Maghribi semalam selepas berlepas dari Rabat kelmarin.

Pesawat buatan Switzerland, Solar Impulse yang dikendalikan seorang juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Ouarzazate, Maghribi 26 minit selepas tengah malam.

Ia merupakan pengembaraan peringkat akhir Borschberg, 59, yang bermula dari negara asalnya, Switzerland sebelum terbang ke Sepanyol dan berakhir di Maghribi.

“Pengembaraan kami menunjukkan terdapat cara lain untuk menjimatkan tenaga, menyelamatkan alam sekitar serta planet,” katanya.

Saiz sayap pesawat berteknologi tinggi itu menyamai panjang pesawat komersial Airbus A340. Namun, ia ringan seperti sebuah kereta.

Pesawat yang berada lebih 17 jam di udara itu dipacu empat motor elektrik yang dijana oleh 12,000 sel solar pada kedua-dua sayapnya. – AFP

June 23, 2012 at 7:46 am Leave a comment

Salji turun di Masjid Al-Aqsa

TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam

TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam

BAITULMUQADDIS – Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.

Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008. – AFP

March 3, 2012 at 8:07 am 1 comment

Berlian Warna Pink

BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen

SYDNEY – Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

“Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui,” kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

“Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

“Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah,” tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. – AFP

February 23, 2012 at 8:58 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

August 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 352,288 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter