Posts tagged ‘Seoul’

Hutang Oh Hutang, Mau Pinjam Tak Mau bayar

hutang

SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
04/12/2012

December 4, 2012 at 2:40 pm 2 comments

Udang Karang Oren Hitam

GAMBAR daripada pihak Akuarium New England di Boston kelmarin menunjukkan udang karang berbelang oren hitam yang diberi nama Split.

BOSTON – Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS).

Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS.

Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts pada minggu lalu.

Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam,” kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu.

Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.

Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.

Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.

“Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang,” ujar pihak akuarium berkenaan.

Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau. – Agensi

sumber: kosmo

November 8, 2012 at 6:24 am Leave a comment

Abu Mayat Jadi Manik

PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil) MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.

INCHEON, Korea Selatan – Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada. Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar. Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata. “Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya,” kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati. “Manik-manik kami bersih dan tidak berbau,” katanya. Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. – Agensi

November 15, 2011 at 5:46 am Leave a comment

Ular Albino Berkepala Dua

SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu  di Ridge Manor, Florida baru-baru ini.

SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida baru-baru ini.

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) – Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.

Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.

Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.

Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih. Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu.

Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk. Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil. – Agensi

November 2, 2011 at 9:29 pm 1 comment

Hiasi Diri Anda Dengan Berzikir Pada Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda semua, marilah kita semua memujuk diri kita untuk memperbanyakkan amal kebaikan seperti zikir. Apa itu zikir yang anda faham? Zikir adalah mengingati dan memuji Allah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Nya dengan cara zahir mahupun batin. Amalan zikir boleh dilakukan melalui pelbagai cara samada perbuatan, percakapan, berfikir dan sebagainya yang pasti diri kita tertumpu untuk mengingati dan memuji Allah S.W.T. Seperti mana juga solat adalah salah satu cara kita berzikir kepada Allah kerana dalam solat terdapat pelbagai bacaan yang mengingati dan memuji kebesaran Allah S.W.T.

Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! (Ayat 14 : Surah Taha )

Walau bagaimanapun, para ulama telah merangka pelbagai cara untuk memudahkan orang awam dalam mendekatkan diri pada Allah S.W.T.  Dalam memudahkan orang ramai para ulama telah merumuskan satu bentuk zikir yang dikenali sebagai zikir munajat. Zikir munajat ini mengandungi pelbagai jenis ayat yang memuji kebesaran yang Maha Pencipta dan ia juga senang untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Setiap orang boleh mengamalkan zikir ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T.

Oleh itu, kita semua seharusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan sebarkan kepada kawan-kawan kita untuk kebaikan bersama.

Zikir Munajat 1

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

 

Zikir Munajat 2

Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.

 

Zikir Munajat 3

Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka

Zikir Munajat 4

Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.

Zikir Munajat 5

Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam

Zikir Munajat 6

Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali) ‘banyak kali lg bagus’

Zikir Munajat 7

Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.

Zikir Munajat 8

Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.

Zikir Munajat 9

Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. – (5 kali)

Zikir Munajat 10

Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)

Zikir Munajat 11

Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)

Zikir Munajat 12

Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)

Zikir Munajat 13

Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah – (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali)

Zikir Munajat 14

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)

Zikir Munajat 15

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)

Zikir Munajat 16

Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)

Zikir Munajat 17

Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).

Zikir Munajat 18

Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).

Zikir Munajat 19

Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).

Zikir Munajat 20

Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)

Zikir Munajat 21

Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.

Zikir Munajat 22

Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.

Zikir Munajat 23

Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)

Zikir Munajat 24

Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.

September 10, 2011 at 6:47 am 3 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

August 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 352,288 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter