Posts filed under ‘Masalah Sosial’

Hutang Oh Hutang, Mau Pinjam Tak Mau bayar

hutang

SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
04/12/2012

December 4, 2012 at 2:40 pm 2 comments

Suami Dan Isteri Berserta Laman Sosial

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.

 Sumber: Syahirul.com

July 3, 2012 at 11:33 pm 1 comment

2012 Tiada Tapisan Filem – Utusan Meloyakan

Salam, apa nak jadi dah dengan negara kita, semua nak kebebasan, kebebasan untuk kebaikan tak bagi pulak. Bebas untuk keburukan ok pulak. Tak paham dah aku dengan pentadbiran negara ku Malaysia yang tercinta.

Kalau kerajaan nak ikut selera pihak industri mampusla mcam tu…pihak industri semua nak untung, nak cari duit punya…sikit lagi kalau dah takde tapisan filem, macam baratla kitanya…semua ok je  walaupun berunsurkan lucah. rosak akhlak anak-anak muda…so apa lagi majulah negara, tingkatkan ekonomi rakyat, tinggikan pendapatan warganegra di samping merosakkan akhlak rakyat jelata dan terus maju ke alam neraka sama — Chaiyok Malaysia…

December 22, 2011 at 2:56 am Leave a comment

Oh Kerana Mu Baju Kuning

Salam ceria untuk semua, kali ini saje je saya nak postkan satu video yang sangat lucu dengan sikap orang Melayu terutamanya dari pihak keselamatan Negara. Apa salahnya memakai baju warna kuning ketika jumpa Perdana Menteri Malaysia, gara-gara pakai baju warna kuning kena tangkap oleh pihak polis.

Yang lagi peliknya ialah ada yang pakai jersi warna kuning pun kena tangkap jugak, alahai kelakarnya pihak keselamatan Negara kita sampai buat kerja tak kena pada caranya. Kita sebagai pekerja biarlah nampak profesional sikit di mata orang awam walaupun kita memang tak profesional…Ermmmm malu aku  bila tengok video ini….

Jangan aku pulak yang kena tangkapnya sebab gara-gara pakai baju warna kuning…itu gambar aku sebelah yang dah lama pakai baju kuning dari tahun 2007 lagi…Janganlah kerana perhimpunan bersih 2.0 9 julai hari tu semua pemakai baju kuning kena tangkap…..ni mungkin sebab takut warna kuning kot…warna kuning sepatutnya warna ceria bila kita pakai…aiyo…ini banyak peningla dengan keadaan semasa sekarang macam-macam perkara yang tak masuk akal pun boleh jadi sampai memalukan diri sendiri…apa lagi saksikan video dibawah…okeh….sekian…

July 28, 2011 at 3:38 pm Leave a comment

Adakah Propaganda Atau Realiti?

Salam sejahtera untuk semua, kali ini timbul pertanyaan dalam diri penulis mengenai isu hangat yang membabitkan artis tempatan iaitu Bob Lokman yang telah mendekatkan diri dengan sebuah parti Islam iaitu PAS. Adakah penglibatan Abang Bob Lokman itu satu propaganda parti ataupun disebabkan terbukannya pintu hati beliau untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui perjuangan parti dan menyedari bahawa perjuangan PAS adalah benar dan berlandaskan islam.

Berdasarkan hujah dan alasan yang diberi oleh Bob Lokman mengenai kenapa dia telah melibatkan diri dalam parti Islam Semelaya iaitu untuk menyelamatkan diri dan anaknya daripada neraka Allah.  Dalam masa yang sama sistem kehidupan masyarakat kita sekarang ini juga adalah salah kerana melebihkan dunia dari akhirat. Bagi pandangan penulis memang betul cara kehidupan kita terutamanya di Malaysia yang dikatakan Negara Islam yang diiktiraf oleh negara luar tetapi pada hakikatnya cara kehidupan kita bukan sepenuhnya berlandaskan cara hidup islam. Ini terbukti apabila ramai dikalangan pemimpin besar yang menjadi tunggak negara lebih cenderungkan kemajuan dunia dan meninggalkan akhirat.

Malah perjuangan mereka juga adalah perjuangan yang lebih kepada menyatukan bangsa bukannya memperjuangkan agama padahal nabi kita Muhammad s.a.w tidak pernah memperjuangkan bangsa sekalipun. Kenapa mereka menjadikan perjuangan bangsa itu sebagai satu matlamat? Hal ini kerana orang-orang atasan ini lebih memikirkan keuntungan dan kesenangan diri sendiri berbanding kesenangan awam. Walaupun mereka sedar bahawa perjuangan bangsa tidak akan berjaya sehinggalah akhir zaman kerana dalam diri setiap orang bukan islam akan sentiasa ada gerak hati untuk memusuhi islam selagi mereka tidak memahami dan berada di bawah sistem kehidupan islam.

Selain itu memang benar apa yang dikatakan oleh Bob Lokman bahawa sistem kehidupan sekarang adalah salah dan lebih cenderung untuk dunia sahaja. Keadaan ini dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai masalah sosial yang kian meruncing. Pelbagai masalah sosial seperti yang dilaporkan oleh media massa iaitu jenayah rompakan, ragut, seks bebas, pembuangan bayi, bunuh dan sebagainya diluar jangkaan kita. Masalah sosial ini bukan sahaja dilakukan oleh orang bukan Islam tetapi sebaliknya terjadi pada anak-anak muda yang ayah dan ibunya secara asli lahir dari keturunan Islam. Fenomena ini jelas mengambarkan kehidupan sekarang lebih membawa kepada kehidupan untuk berseronok dan bebas dengan pemikiran sekular. Keadaan inilah yang harus dibendung melalui perjuangan Islam dengar menyedarkan masyarakat bahawa permasalahan dunia tidak dapat diselesaikan sekiranya tidak berpandukan pada hukum hakam Islam yang menjadi hak milik mutlak Allah.

Oleh itu marilah kita semua masyarakat Islam cuba berhenti sekejap dalam memikir dan mengejar hal duniawi dan mengambil masa seberapa ketika untuk muhasabah diri. Dengan bertanyakan pada diri adakah benar cara kehidupan dan perjuangan hidup kita selama ini. Seandainya kita merasakan bahawa laluan hidup selama ini adalah salah dan perlu kepada pembaikan maka carilah sumber yang boleh membantu diri kita samada melalui parti ataupun melalui pembelajaran agama. Ingat bahawa perjuangan yang benar sahaja akan diterima disisi Allah.

Sama-samalah kita berfikir dan beramal.

Sekian Wasalam

February 22, 2011 at 9:03 am 3 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 336,059 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter