Posts tagged ‘Cinta’

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

Sumber:

http://nurkembarasufi.blogspot.com

January 17, 2012 at 4:49 am Leave a comment

Kerana Putus Cinta, Anu Ku Potong

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.

Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.

“Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Kredit: Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

October 11, 2011 at 10:25 am Leave a comment

Jangan Bercinta……

Salam semua kepada pembaca blog yang tidak menarik ini. Hehehehe.. Apa yang saya nak tulis hari ini adalah mengenai cinta. Saya sebenarnya bukanlah berpengalaman sangat dalam ilmu percintaan tapi bolehla sekadar nak bagi sedikit pandangan kepada anda-anda semua.

Cinta adalah sesuatu anugerah Tuhan kepada setiap hambanya sama ada pada hamba yang taat atau pun kufur. Kurniaan cinta dari Pencipta kepada hambanya adalah suatu nikmat yang tidak boleh dihintung selama-lamanya. Cinta ini adalah ibarat ubat walaupun rasa pahit nikmat yang kita peroleh dari kepahitan itu adalah dua kali ganda lebih dari kemanisan yang biasa. Setiap manusia berhak bercinta sama ada bercinta kepada makhluk ataupun kepada yang Maha Pencipta. Kemanisan cinta yang sebenar datang dari kemanisan bercinta kepada Allah swt, jika tiada cinta terhadap Allah swt tiadalah kemanisan cinta yang sebenar. Oleh itu marilah kita sama-sama mencintai kepada yang berhak dicintai.

Cinta kepada manusia hanya sementara walaupun ada kemanisannya. Setelah tiadanya insan yang dicintai kenanganlah yang menjadi rujukan cinta kita. Tetapi apa yang nak dikatakan di sini ialah janganlah kamu bercinta kepada makhluk seandainya cinta itu boleh membawa kamu untuk tidak bercinta kepada Pencipta. Kebiasaannya cinta kepada manusia melalaikan kita terutamanya cinta sebelum berkahwin, kerana waktu itulah cinta dipenuhi dengan pelbagai bayangan syaitan dalam setiap pergerakan dan pemikiran. Bahayanya cinta bila kita bercinta sesama makhluk sebelum berkahwin kerana di situ kemurkaan Tuhan lebih banyak dari keredhaan Tuhan terhadap si pecinta.

Kalau anda sudah jatuh cinta janganlah ditagguh hari pertemuan cinta yang sebenar. Dalam islam cinta yang sebenar adalah cinta selepas kahwin kerana cinta sebelum kahwin banyak keburukan terutamanya boleh membawa kepada zina. Zina boleh berlaku bukan sahaja melibatkan berlakunya persetubuhan tetapi jugak melibatkan zina tanpa kita sedar seperti zina hati, zina mata, zina tangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kemaksiatan. Seperti mana dalam artikel, risalah atau apa sahaja yang berkaitan dengan soal hukum bercinta sebelum kahwin telah jelas ia adalah haram kepada umat islam kerana banyak keburukan dari kebaikan.

Walau bagaimanapun ramai juga di antara kita yang bercinta walaupun tahu hukum bercinta itu adalah haram dari segi agama. Apa boleh dibuat, perasaan sayang punya pasal go on jelah. Tapi kena ingat berwaspadalah kamu kerana setiap langkah percintaan kamu ada kemudaratan tanpa kamu sedari. Sama-samalah kita muhasabah diri dan elakkan berlakunya kemaksiatan semasa bercinta. Oleh itu, berjaga-jagalah kepada sesiapa yang masih belum bercinta, jangan cuba-cuba nak bercinta kalau tak pandai urus cinta. Kalau dah suka masuk je meminang, jumpa mak ayah habis cerita… Hehehehe….

Bagi yang dah bercinta pandai-pandailah menguruskan cinta terutamanya bagi peringkat umur remaja, biaslah cinta sering dikaitkan dengan remajakan. Oleh itu, anda semua boleh ambik sedikit panduan cinta dengan melihat video di bawah…k. Goood Luck dalam bercinta.

June 8, 2009 at 3:00 pm 4 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

August 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 352,288 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter