Archive for December, 2012

Benarkah??? Tengkorak Makhluk Asing Di Mexico

GAMBAR yang dirakamkan di laman YouTube semalam menunjukkan tengkorak manusia berbentuk lonjong yang ditemui di Kampung Onavas, Mexico

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi

December 20, 2012 at 5:25 am 2 comments

Bank Dalam Facebook

bank

CIMB Bank melancarkan OctoPay, perkhidmatan perbankan menerusi laman sosial facebook (fb) yang pertama di Asean yang boleh diakses 24 jam sehari di mana-mana di seluruh dunia secara percuma.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Penggunanya, Renzo Viegas berkata, perkhidmatan terbabit adalah lanjutan daripada perkhidmatan perbankan Internet syarikat, CIMB Clicks.

“Kami sering menjadi peneraju dalam pelbagai saluran perkhidmatan alternatif dan penyepaduan keupayaan perbankan Internet dengan menampilkan unsur rangkaian sosial.
“OctoPay satu lagi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana saja di dunia dengan sambungan Internet, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa caj perkhidmatan atau sebarang transaksi,” katanya pada majlis pelancaran OctoPay di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, urus niaga yang dijalankan menerusi OctoPay adalah selamat kerana aplikasi itu berada dalam prasarana CIMB Click.

“Kami membelanjakan jumlah yang besar untuk memastikan keselamatan penggunaan perbankan Internet kami,” katanya.
Viegas berkata, pihaknya berharap aplikasi baru itu akan dapat menarik pelanggan berdaftar dengan CIMB Clicks.

“Kami belum menetapkan sasaran penggunaan OctoPay, tetapi dengan pengenalannya, kami harap pelanggan berminat mendaftar dengan CIMB Clicks yang kini mempunyai 3.6 juta pengguna berdaftar di Malaysia dengan jumlah purata transaksi kewangan bulanan sebanyak RM 3.5 juta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

December 19, 2012 at 9:58 am Leave a comment

Rumah Dalam Pembentung

KEADAAN di dalam pembetung itu yang dihuni Restrepo (kiri) dan Garcia bersama anjing mereka.

MEDELLIN, Colombia – Seorang lelaki, Miguel Restrepo tinggal di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya, Maria Garcia di sini lebih 30 tahun lalu.

Restrepo, 62, turut tinggal di dalam pembetung tersebut dengan seekor anjing.

Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas.

Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang. – Agensi

 

December 6, 2012 at 11:58 am Leave a comment

Hutang Oh Hutang, Mau Pinjam Tak Mau bayar

hutang

SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
04/12/2012

December 4, 2012 at 2:40 pm 2 comments

Hotel Ais Di Sweden

SWEDEN-LAPLAND-KIRUNA-ICE-HOTEL-FILES

BEBERAPA orang menyiapkan sebuah bangunan hotel ais di Jukkasjarvi pada 16 November lalu

KIRUNA, Sweden – Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu.

Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu.

Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. – Agensi

December 3, 2012 at 7:46 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 352,281 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter