Posts tagged ‘ikan’

Ikan Spesies Baru Pseudacanthicus

IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha.

PARAMARIBO, Surinam – Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.

Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.

Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.

Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. – Reuters

January 27, 2012 at 1:00 pm Leave a comment

Pembunuhan Ikan Paus Pilot

SEJUMLAH penduduk membunuh beberapa ekor ikan paus pilot dekat bandar Torshavn, Denmark kelmarin.
SEJUMLAH penduduk membunuh beberapa ekor ikan paus pilot dekat bandar Torshavn, Denmark kelmarin.

BANDAR TORSHAVN, Denmark – Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan memotong daging ikan paus pilot dekat sini kelmarin.

Pada setiap tahun, penduduk di Kepulauan Faroe makan daging ikan paus pilot.

Penduduk di kepulauan itu merupakan keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi.

Ikan paus pilot merupakan diet penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Penduduk itu akan memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk dan membunuh ikan tersebut.

Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk. – Agensi

November 24, 2011 at 4:33 am 1 comment

Tangkap Ikan Pakai Tangan Je…

SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.

TASIK XIANNV, China – Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini. – Agensi

May 9, 2011 at 9:10 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

July 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 347,366 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter