Archive for June, 2012

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta’ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
“Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Credit Oleh: zaharudidin.net (FB)

June 25, 2012 at 11:25 pm Leave a comment

Pulau Buatan AS$6.5 juta

IMEJ yang dihasilkan komputer menunjukkan pulau buatan manusia yang akan dibina firma Orsos Island.

VIENNA – Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.

Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).

Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.

Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.

“Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat,” katanya semalam.

Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.

Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin.

Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.

Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.

Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. – AFP

June 25, 2012 at 11:16 pm Leave a comment

Jutawan Jadi Pizza Delivery

Assalamulaikum dan salam sejahtera….

Kami ada terbaca kisah seorang Bos besar yang kini
bekerja sebagai Penghantar Pizza. Pernah
dengar tak kisah tersebut?

DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani
kehidupan mewah.

Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke
destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki
persegi. Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000
setahun, WOW!

Ia jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan
rakyat Amerika Syarikat. Namun kini, bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di
Florida dengan upah AS$7.29 sejam.

Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk
menghadapi krisis ekonomi dunia.

Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa
rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara
hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000.

Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di
sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak
lain yang menanggung kosnya.

Kami petik kata-kata Karpman..

“Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami
dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga
Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah
membayar semula pinjaman,” ~ Karpman.

Nasihat kami untuk renungan kita bersama…

Tidak kisahlah berapa banyak wang yang kita dapat, tetapi
jika kita tidak menutup kebocoran (aliran wang keluar) dan
tidak menyimpan maka tidak ada gunanya kita mendapat
wang yang banyak tadi.

Menyimpan atau simpanan merupakan benteng pertahanan
yang paling asas dalam pengurusan kewangan peribadi. Ia
merupakan perkara yang paling penting kerana ia dapat
menyelamatkan kita apabila berlaku sebarang kecemasan
seperti anak sakit, kemalangan, kereta rosak dan bermacam-
macam lagi.

Jom kita mulakan hari ini untuk mengurus kewangan peribadi
kita!

Credit: Flarebiz

June 24, 2012 at 12:33 pm Leave a comment

Pesawat Solar

PESAWAT Solar Impulse yang dikendalikan oleh Andre Borschberg berlepas dari Rabat, Maghribi kelmarin.

RABAT, Maghribi – Sebuah pesawat yang menggunakan tenaga solar berjaya menamatkan penerbangan merentasi padang pasir di Maghribi semalam selepas berlepas dari Rabat kelmarin.

Pesawat buatan Switzerland, Solar Impulse yang dikendalikan seorang juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Ouarzazate, Maghribi 26 minit selepas tengah malam.

Ia merupakan pengembaraan peringkat akhir Borschberg, 59, yang bermula dari negara asalnya, Switzerland sebelum terbang ke Sepanyol dan berakhir di Maghribi.

“Pengembaraan kami menunjukkan terdapat cara lain untuk menjimatkan tenaga, menyelamatkan alam sekitar serta planet,” katanya.

Saiz sayap pesawat berteknologi tinggi itu menyamai panjang pesawat komersial Airbus A340. Namun, ia ringan seperti sebuah kereta.

Pesawat yang berada lebih 17 jam di udara itu dipacu empat motor elektrik yang dijana oleh 12,000 sel solar pada kedua-dua sayapnya. – AFP

June 23, 2012 at 7:46 am Leave a comment

Apa Itu Stiforp dan Peluang Buat Duit

APA ITU STIFORP?

Stiforp adalah bisnes internet terhebat masakini. 100% dijalankan secara online. Sistem yang sangatPOWERFULL. Baca FAKTA berikut:

  •   Pelan pemasaran yang terkini dengan Bonus yang sangat BESAR!

Jika anda menaja, bonus sehingga 88%. Jika anda tidak sempat menaja (atau kurang pandai), anda tetap layak bonus hasil dari limpahan kami, anda dapat 2.5% daripada jumlah yuran langganan dalam kumpulan anda setiap bulan!

  •   Limpahan network berlaku di secara binary.

Jika anda tidak pandai menaja, anda perlu kekal aktif melanggan sistem Stiforp iaitu hanya usd9.95 setiap bulan (anggaran RM32). Hanya guna pakai sahaja, network anda akan berkembang secara automatik. Bonus limpahan ini adalah bonus matrix dan tiada syarat dikenakan untuk anda terima bonus ini. Maksudnya, walaupun anda belum buat apa-apa lagi, asalkan akaun anda AKTIF, maka bonus matrix ini akan tetap dibayar.

Senang cakap… “Tak Pandai Menaja Pun Dapat Income Bulanan”

  •   Bonus Powerline USD4 (bonus khas sebelum upgrade) .

Jika anda belum upgrade lagi, ramai ahli stiforp satu dunia sedang upgrade ketika ini. Dan berdasarkan powerline, mereka yang mendaftar selepas anda akan diletakkan dalam powerline ini. Maka, anda akan dapat USD4 dari bonus powerline ini. Bonus ini akan dimasukkan ke akaun kita pada awal bulan berikutnya (khamis pagi waktu Malaysia) S

Senang cakap, anda tunggu sehingga 30 hari (atau lebih cepat), bonus USD4 ini comfirm masuk.

Join sahaja, dapat USD4

APA PRODUKNYA?

Selepas anda “UPGRADE” anda akan diajarkan cara daftar Kad Debit Mastercard Payoneer . Yg mana akan di pos kerumah anda dalam masa 3-4 minggu. Dan, bila bonus masuk, anda boleh keluarkan CASH dari mana-mana ATM machine satu dunia!

Bukan itu jer, dengan melanggan system STIFORP, anda akan dapat TOOLS Internet Marketing yang bernilai ribuan ringgit! Ianya termasuk:

1.        Personalized Landing Page

Anda akan dapat SISTEM PERSONALIZED LANDING PAGE. Yang mana automatic sudah wujud + borang opt in + autoresponder.

Setiap satunya anda boleh edit:

•  Tukar tajuk & Butiran

•  Ayat Promosi

•  Gambar profil & Header

•  Akaun FB dan Twitter

•  Links apa jua bisnes tambahan

•  Tukar Design & color

•  Pilih Video Presentation (build in) atau letak youtube link.

2.        Landing Page Setup (3 Set) – Pelbagai Pilihan Design

 

Sistem ini berbeza dengan Produk 1, ianya lebih focus kepada Video Spokeperson, Flash Movie, dan pilihan sehingga 10 Design Template. Hanya guna pakai saja untuk prome bisnes internet untuk ada dapatkan “Mailing List”.

3.       Video Spokeperson

4.       Flash Movie Presentation

5.       Sistem Autoresponder

6.       Dan Banyak Lagi…

SEMUA SISTEM NI JIKA LANGGAN SATU PERSATU HARGA BERNILAI > lebih RM2,000 Tapi, dengan STIFORP hanya USD9.95 sebulan saja..!

KEKALKAN BISNES ANDA * MAJUKAN BISNES!!

Apa saja bisnes anda lakukan! Kami HORMATI bisnes anda. Dan kami disini BERSATU demi ILMU Marketing Yang POWER + Income ke-3!!

Bayangkan semua leader-leader hebat berkumpul dan sama-sama saling bantu membantu dengan berikan ILMU yang tanpa berbelah bagi.

BERMULA DENGAN DAFTAR PERCUMA

Anda akan diberikan website promosi atas nama anda. Pelbagai design pilihan dan pelbagai bahasa. Ini memudahkan anda mendapat network hanya dengan pendaftaran percuma!

Website tambahan daripada Group PowerTeam juga diberikan PERCUMA kepada anda. Contohnya:http://stiforp.asia/reseller

SISTEM EMAIL FOLLOW UP BANTUAN

Anda tidak perlu susah-susah untuk mengarang email follow up dalam bahasa melayu. Kerana apabila anda bersama kami (Power Team), maka anda boleh pakai sistem kami secara PERCUMA! Sudah siap sepenuhnya, anda hanya perlu gunakan saja.

CLOSING 2 KALI SEMINGGU

 

Closing adalah setiap selasa dan jumaat 12 malam (waktu USA), jika waktu Malaysia adalah setiap Rabu 1.00ptg dan juga Sabtu 1.00ptg

Apabila sampai waktu closing (cut-off), maka mereka yang telah upgarde akan masuk dalam kedudukan matrix mengikut level. Jika anda telah mendaftar dahulu, tetapi upgrade lewat, maka orang yang terkemudian mendaftar dan upgrade segera akan duduk dilevel lebih atas daripada anda.

jadi, jika anda sudah bersedia, TERUS UPGRADE!

RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA GEGAR DUNIA!!

Terkini, di carta Top Leader sudah membuktikan rakyat Malaysia dan Indonesia mula menakluki dunia..! Sedangkan baru saja bermula pada Mei 2012.

Malah, ramai juga nama-nama majoriti adalah dari Power Team dan DGreat Network! Iaitu team kami 🙂

BONUS USD4 JIKA ANDA UPGRADE!

Jika dalam “powerline” anda sudah ada warna oren, dan lebih daripada 3 orang, maka anda akan dapat USD4 sekiranya anda Upgrade keahlian anda.

Anda belum buat apa-apa lagi, tapi sudah dapat USD4 hasil ahli yang lain upgrade dalam Powerline anda. Ini juga sebagai bonus galakkan kerana anda bersama Stiforp.

CARA SEMAK POWERLINE:

1# klik http://stiforp.com/login

2# masukkan email anda di bahagian Pre Enroller dan klik login

3# selepas login, klik pada Genealogy atau Company Momentum

4# anda lihat berapa ramai telah warna oren yang sudah upgrade.

BONUS-BONUS YANG BESAR + LUMAYAN!

1) BONUS TAJAAN / SPONSOR /ENROLL NEW MEMBERS

Jika anda melakukan promosi website anda, maka setiap yang sertai anda, anda akan dapat USD25. Anda boleh menaja seberapa ramai yang anda suka! Jika anda menaja 10 orang, maka anda dapat 10 x USD25 = USD250

Bukan itu saja, setiap tajaan anda membuat tajaan pula, anda mendapat:

# Tajaan generasi ke-2 : USD2 setiap seorang.

# Tajaan generasi ke-3: USD1 setiap seorang.

Bonus Tambahan (jika anda status 4 star dan 5 star):

# 4 Star Infinity: USD1 setiap new upgraded infinity (tanpa had generasi)

# 5 Star Infinity: USD1 setiap new upgraded infinity (tanpa had generasi)

** Kelayakan 4 Star dan 5 Star akan diberikan panduan selepas anda upgrade.

2) BONUS MATRIX 2X14 LEVEL

Setiap ahli dalam rangkaian anda, samada anda yang taja atau secara limpahan, maka anda akan dapat 2.5% setiap seorang daripada jumlah maintain USD9.95 sehingga 14 level (jika anda ambik pek 2) atau sehingga 12 level sahaja (jika anda ambil pek 1)

Walaupun anda tidak menaja, anda tetap LAYAK BONUS INI.

Pada mulanya ianya mungkin kecil, tapi, bila group berkembang, anda berpotensi mendapat income pasif setiap bulan sehingga USD8191 (RM24,000)

Ya, dengan bantuan Komuniti POWERTEAM + DGREAT NETWORK, kami bekerjasama membantu yang lain. Anda yang KEKAL MELANGGAN produk stiforp, anda akan dapat pulangannya juga, sedikit demi sedikit?. Kumpul lama-lama jadi banyak,

PASTIKAN ANDA KEKAL AKTIF MELANGGAN SETIAP BULAN USD9.95 SAHAJA!

3) BONUS MATCHING 5 GENERATIONS

Ini merupakan bonus yang paling lumayan jika anda buat tajaan. Setiap orang yang anda taja, anda akan dapat 50% bonus matching dari pendapatan matrix mereka setiap bulan!

– Matching Generasi Pertama: 50%

Bukan itu saja, anda akan dapat juga bagi generasi berikutnya:

-Matching Generasi Ke-2: 20%

-Matching Generasi Ke-3: 10%

-Matching Generasi Ke-4: 5%

-Matching Generasi Ke-5: 3%

 

BUKTI PENDAPATAN GROUP KAMI!

Baru saja bermula, dan kami FOKUS 100% buat bisnes ni sampai jadi. Hasilnya, kurang 30 hari sudah collect RM10,821. Setakat ini kami memegang rekod Malaysia sebagai TERPANTAS mencecah pendapatan 5 angka dalam stiforp, iaitu cuma dalam 29 hari sahaja selepas JOIN.

BERAPA KENA BAYAR UNTUK UPGRADE?

Ada 2 Pakej Untuk Anda JOIN:

1) PAKEJ 1: USD49.95 (~RM160) dan bulanan USD9.95 (~RM30)

– ranking ahli biasa

– bonus matrix layak 12 level

– risiko terkeluar dari matrix jika ‘miss’ yuran bulanan

2) PAKEJ 2: USD149.95 (~RM480) – tidak perlu yuran bulanan selama 1 tahun.

– Jimat 20%

– Naik rank 3 star

– Kelebihan bonus matrix 14 level

– Bonus Matching 3 level

– Akaun aktif 1 tahun – tiada risiko terkeluar

CARA PEMBAYARAN YURAN UPGRADE

PILIHAN 1: KAD KREDIT / KAD DEBIT

Memandangkan ini ada bisnes internet, untuk anda upgrade anda perlukan kad kredit atau kad debit yang ada logo VISA atau MASTERCARD.

PILIHAN 2: KAD DEBIT MAYBANK (BUAH CERI)

Jika anda memiliki Kad Debit Maybank (buah ceri) seperti gambar berikut, maka anda boleh gunakan.

Jika kad ATM Maybank anda masih yang lama (Kuning/Hitam), anda boleh terus ke Maybank dah tukarkan kepada yang baru (gambar ceri):

PILIHAN 3: KAD DEBIT RHB

ATAU, jika anda TIADA KAD DEBIT MAYBANK INI, anda boleh pergi mana-mana Easy RHB branch, kebiasaannya ada di TESCO dan buka pada malam hari dan juga hari sabtu ahad.

Anda boleh apply “Kad Debit RHB” hanya dalam 10-15 minit dah siap. Bawa saja IC (kad pengenalan) dan juga wang untuk dimasukkan sebagai deposit (untuk dijadikan baki dalam kad). Tak perlu nak buka akaun RHB, hanya bawa saja IC dan duit.

PILIHAN 4: GUNAKAN VIRTUAL CREDIT CARD (VCC)

Jika anda tahu cara beli VCC, anda boleh gunakan cara VCC untuk upgrade. Sila gunakan VCC bernilaiUSD50 untuk Pakej 1 dan USD150 untuk Pakej 2.

Jangan peningkan kepala jika anda tidak pernah dengar VCC, maka anda boleh guna PILIHAN 5

PILIHAN 5: BAYAR TUNAI / CASH (BANK IN)

Sekiranya anda memang tiada kredit atau debit card, dan anda malas untuk ke Easy RHB Bank, anda boleh bank in kepada akaun kami (Team Leader). Dan kami akan belikan VCC untuk anda dan kami akan UPGRADE kan akaun anda.

Cumanya, untuk permohonan VCC anda akan dikenakan sedikit caj dari VCC provider. Jumlah yang perlu anda bank in adalah:

PAKEJ 1: RM180

PAKEJ 2: RM530

Sila hubungi enroller anda untuk mengetahui cara pembayaran CASH ini.

Like Kami Di Facebook Di Sini: Bisness Online

June 19, 2012 at 1:32 pm 2 comments

Nik Wallenda Merentasi Jeram Niagara

Nik Wallenda berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara dari sebelah Amerika Syarikat kelmarin.

JERAM NIAGARA, Kanada – Pelagak ngeri, Nik Wallenda menjadi orang pertama berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara yang memisahkan Amerika Syarikat dan Kanada sejauh 548.64 meter.

“Saya sungguh gembira,” katanya kepada wartawan selepas menamatkan aksi merbahaya itu di hadapan 112,000 penonton yang berkumpul di kedua-dua belah sempadan berkenaan.

Wallenda, 33, berjalan dalam cuaca cerah di atas kabel tergantung setinggi 60 meter di tebing Jeram Niagara yang belum pernah dilalui sebelum ini.

Dia mengambil masa 25 minit untuk melintasi air terjun terbesar di rantau Amerika Utara itu.

Disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen AS, ABC, percubaan Wallenda ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen.

Wallenda merupakan ahli generasi ketujuh keluarga pelagak ngeri terkenal, Flying Wallendas. – Agensi

June 17, 2012 at 2:26 pm Leave a comment

Service Kereta Saga FLX SE 1000 KM Mahal Atau Murah – Komen Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua, kali ini saya ingin berkongsi sedikit info dan ingin mendapatkan pandangan daripada anda semua berkenaan service kereta saga Flx Se (A). Kereta proton adalah antara kereta yang cukup sesuai untuk golongan yang berpendapatan rendah dan yang suka berjimat cermat dari segi perbelanjaan. Hal ini kerana kereta buatan proton terutamanya proton saga yang murah dan mampu milik oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi reka bentuknya membuatkan ramai pembeli lebih gemar untuk menggunanya terutama bagi golongan yang berkeluarga.

Walau bagaimanapun, saya bukan nak berbicara berkenaan harga kereta tetapi lebih kepada ‘service after sale” atau boleh dikatakan juga service selepas pembelian. Setiap orang inginkan kereta yang murah dan service nya juga adalah murah dan puas pelanggan. Namun, ingin saya berkongsi berkenaan service kereta proton saga flx se (A) buat pertama kali bagi 1000km. Kereta yang dibeli adalah dari wakil pengedar proton iaitu Edaran Outomobil Nasional (EON) dan service juga dilakukan dicawangan yang sama.

Untuk pengetahuan anda semua, pada hari service saya ke kaunter service dan tanya pegawai khidmat pelanggan dengan menyatakan hasrat untuk melakukan service kali pertama bagi 1000km. Pegawai tersebut minta buku service dan terus memberitahu apa yang perlu ditukar iaitu 3 perkara. 1. Oil Engine, 2. Oil Filter dan 3. Plug Gasket. Ok… Selepas itu pegawai tersebut terus memberitahu harga service adalah sebanyak RM189.00 dan saya cakap okeh sebab saya ingatkan 3 benda itu memang sesuai dengan harga tersebut. Lagipun pegawai tersebut tidak menjelaskan secara terperinci dengan menunjukkan buku panduan harga barangan yang ingin ditukar.  Kita sebagai pelanggan yang kali pertama dan tidak tahu selok belok berkenaan kereta sudah pasti akan akur dengan apa yang dikatakan oleh pegawai tersebut.

Selepas diberitahu harga service, pegawai tersebut juga menanyakan soalan, kereta ada apa2 kerosakkan tak…dan saya terus senaraikan kerosakan yang berlaku iaitu getah pintu belakang sebelah kiri terkopek, body kit sebelah kiri pun nampak longgar dan sedikit penambahbaikan pada skru side mirror. Then, kereta masukklah workshop untuk diservice dan lebih kurang sejam kereta pun siap.  Kereta sudah siap apa lagi, saya terus ke kaunter dan buat pembayaran sebanyak RM189.00 tanpa melihat detail resit tersebut.

Adakah Wajar??? Apa tu Magnetrap???

Apabila siap semua dan saya balik ke rumah barulah saya tengok buku panduan service apa yang perlu ditukar dan chek kat website proton berpakah jumlah bayaran untuk service kali pertama dan saya dapati jumlah caj bayaran adalah berbeza. Lihat di sini “Service Proton” atau download “Di Sini“. So apa komen anda semua… adakah disebabkan cawangan service yang berbeza??? Barangan yang digunakan lebih berkualiti???  ataupun memang sengaja mereka nak kenakan bayaran yang mahal sebab kita pelanggan yang tidak tahu pasal kereta??? atau juga memang taktik penipuan dalam jualan kereta untuk menarik pembeli dengan menunjukkan ‘service after sale” adalah  murah berbanding dengan service kereta lain??? atau???  memang RM189.00 adalah harga service yang sebenar seperti anda semua….. mohon perkongsian informasi dari anda semua iaitu pengguna kereta proton saga flx se (A)..

Sekian terima kasih…..

June 7, 2012 at 4:33 pm 158 comments

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

June 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 334,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter