Posts tagged ‘Government’

Bank Dalam Facebook

bank

CIMB Bank melancarkan OctoPay, perkhidmatan perbankan menerusi laman sosial facebook (fb) yang pertama di Asean yang boleh diakses 24 jam sehari di mana-mana di seluruh dunia secara percuma.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Penggunanya, Renzo Viegas berkata, perkhidmatan terbabit adalah lanjutan daripada perkhidmatan perbankan Internet syarikat, CIMB Clicks.

“Kami sering menjadi peneraju dalam pelbagai saluran perkhidmatan alternatif dan penyepaduan keupayaan perbankan Internet dengan menampilkan unsur rangkaian sosial.
“OctoPay satu lagi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana saja di dunia dengan sambungan Internet, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa caj perkhidmatan atau sebarang transaksi,” katanya pada majlis pelancaran OctoPay di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, urus niaga yang dijalankan menerusi OctoPay adalah selamat kerana aplikasi itu berada dalam prasarana CIMB Click.

“Kami membelanjakan jumlah yang besar untuk memastikan keselamatan penggunaan perbankan Internet kami,” katanya.
Viegas berkata, pihaknya berharap aplikasi baru itu akan dapat menarik pelanggan berdaftar dengan CIMB Clicks.

“Kami belum menetapkan sasaran penggunaan OctoPay, tetapi dengan pengenalannya, kami harap pelanggan berminat mendaftar dengan CIMB Clicks yang kini mempunyai 3.6 juta pengguna berdaftar di Malaysia dengan jumlah purata transaksi kewangan bulanan sebanyak RM 3.5 juta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

Advertisements

December 19, 2012 at 9:58 am Leave a comment

Hutang Oh Hutang, Mau Pinjam Tak Mau bayar

hutang

SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
04/12/2012

December 4, 2012 at 2:40 pm 2 comments

Kelawar 100 Tahun

PHILADELPHIA – Seekor kelawar buah dari India yang berusia 100 tahun yang telah diawet dipamerkan di Akademi Sains Semula Jadi di sini.

Kelawar itu merupakan antara haiwan yang dipamerkan sempena sambutan ulang tahun yang ke-200 akademi tersebut.

Haiwan tersebut juga merupakan antara 18 juta spesimen yang disimpan di akademi itu. – AP

March 27, 2012 at 12:36 pm Leave a comment

Buih Gergasi

SEORANG budak lelaki bermain dengan buih sabun gergasi.

MANILA Seorang penjual buih sabun gergasi, Andrew Ang menjadi tumpuan kanak-kanak di Taman Luneta di sini semalam.

Dia berjaya menghasilkan buih itu dengan menggunakan cecair khas.

Namun, formula bagi mencipta buih tersebut dirahsiakan.

Ang menjual buih tersebut kepada para pengunjung yang membawa anak-anak mereka di taman berkenaan. – AFP

March 27, 2012 at 12:28 pm Leave a comment

Jambatan Kayu Unik Di Afghanistan

SEBUAH van bergerak di atas jambatan kayu di wilayah Daykundi semalam.

 KABUL – Sebuah jambatan kayu menjadi tumpuan pergerakan kereta dan van di wilayah Daykundi, Afghanistan. Jambatan itu menghubungkan dua kawasan berbukit di wilayah berkenaan. Ibu kota Daykundi ialah Nili yang terletak 310 kilometer dari Kabul. – AFP

January 4, 2012 at 12:32 pm Leave a comment

Abu Mayat Jadi Manik

PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil) MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.

INCHEON, Korea Selatan – Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada. Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar. Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata. “Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya,” kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati. “Manik-manik kami bersih dan tidak berbau,” katanya. Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. – Agensi

November 15, 2011 at 5:46 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

October 2017
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 362,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter