Archive for November, 2008

Think Positif

Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya. Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, “orang itu tak boleh dipercayai”, semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri.

Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.

Oleh itu, kita semua harus think positif……

Advertisements

November 4, 2008 at 12:44 pm Leave a comment

Mengurus Masa

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah:

 

1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 – 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 – 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.

2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.

3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.

4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

6. Sediakan senarai tugas harian (“TO DO” lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first things first”.

7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.

8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.

10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat.

11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 – 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.

12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

 

November 4, 2008 at 12:33 pm Leave a comment

Membaca Secara Berkesan

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.

 

Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.

 

1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Wastu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.

2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.

3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.

4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.

 

Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.

 

  • Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
  • Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.
  • Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

 

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.

 

  • Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.

Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.

Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.

Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.

Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.

November 4, 2008 at 12:26 pm Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« May   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 373,409 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter