Posts tagged ‘Jonghyun’

Pentingnya Buku Catatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan sesuatu yang sangat penting tetapi sering diabaikan oleh kebanyakan orang termasuklah saya sendiri. Apa benda yang sangat penting tu? Iaitu “Buku Catatan Harian”. Kenapa pentingnya buku catatan ini? Haruskah kita memilikinya? Yeaaa buku catatan ini sangat penting untuk setiap insan yang bergelar manusia normal. Cuba anda perhatikan di sekeliling anda berkenaan orang yang berjaya terutamanya golongan korporat ataupun golongan profesional, sudah pasti mereka memiliki buku catatan harian masing-masing dan dibawa ke mana sahaja mereka pergi….

Apa yang membuatkan buku catatan harian ini penting kepada manusia ialah kita harus sedar bahawa manusia ini dicipta penuh dengan sifat yang tidak boleh lari iaitu lupa. Lupa ini berlaku bukan sahaja kepada orang yang bermasalah mental mahupun sudah lanjut usia. Keadaan ini juga berlaku pada sesiapa yang mempunyai tanggungjawab atau tugas yang banyak untuk diselesaikan dalam sesuatu tempoh. Dek kerana banyak benda yang perlu dilakukakan sudah pasti seseorang itu akan lupa sesetengah perkara yang perlu mereka lakukan. Hal ini turut juga berlaku pada saya, apabila saya mempunyai banyak perkara untuk dibuat dalam sesuatu tempoh masa. Dulu saya anggap buku catatan harian ini tidak penting walaupun tahu bahawa salah satu tabiat atau ciri usahawan  yang berjaya adalah mempunyai buku catatan. Saya juga pernah menganggap bahawa mental kita boleh planning apa yang perlu dibuat tanpa mencatatnya, hakikat ini tidak berlaku apabila tanggungjawab atau beban semakin banyak dan banyak perkara yang perlu difikirkan.

Tahukah anda kenapa perempuan senang untuk mengingati sesuatu perkara berbanding lelaki sebagai contoh tarikh berkenalan, tarikh mula2 jatuh cinta, tarikh lahir dan sebagainya??? Ini kerana golongan perempuan adalah golongan yang suka mencatat setiap perkara dan mereka akan ingat dan simpan dalam minda mereka. Oleh itu, tidak hairan mereka ingat peristiwa permulaaan jatuh cinta dengan anda berbanding golongan lelaki. Lelaki akan lupa perkara2 tersebut dan lebih untuk memikirkan perkara yang besar dan memberi kesan lebih segera. Budaya mencatat ini akan membuatkan kita lebih berjaya dalam hidup kita, ini terbukti apabila lebih ramai golongan wanita yang berjaya dalam kerjaya mereka walaupun golongan mereka ini dikatakan lebih beremosi dalam melakukan sesuatu tindakan.

Ingat buku catatan adalah penting kerana kita boleh mengurus setiap perkara yang kita belum dan ingin laksanakan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.  Setiap orang harus memilikinya untuk memastikan perjalanan kehidupan berjalan lancar. Kalau kita tidak mempunyai sebarang buku catatan, sudah pasti kita akan lupa apa perkara yang ingin kita lakukan. Bukan buku catatan sahaja, jika kita ada recording, orang yang nak tolong ingatkan kita pun boleh jugak janji ada tempat untuk kita rujuk berkenaan apa yang kita perlu lakukan. Sedangakan malaikat pun membuat catatan harian berkenaaan tindak tanduk kita di sebelah kiri dan kanan sebagai bukti apa yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan bahawa buku catatan itu adalah penting untk memudahkan kita mengingati, merancang, menyusun, dan sebagai bukti sesuatu perkara yang akan kita lakukan.

So…apa tunggu lagi jom kita mulakan budaya mencatat setiap apa yang kita ingin lakukan dalam kehidupan seharian kita semoga lebih senang kita mengurus tugas serta tanggungjawab kehidupan seharian kita. Budaya ini juga insyaAllah akan menjadian kita lebih efisien dan produktif dalam melakukan tugas harian…..

Selamat beramal….

July 30, 2012 at 2:33 pm Leave a comment

Panduan Edit Gambar Percuma Secara Online

Salam sejahtera semua, apa khabar anda semua dan diharapkan semua sihat selalu. Kali ini saya ingin berkongsi pada anda semua berkenaan mengubahsuai gambar secara percuma dan online. Kini teknologi semakin canggih dengan adanya pelbagai perkara secara online sahaja. Anda tidak perlu install software di komputer anda yang mungkin akan membuatkan komputer anda menjadi lembat dan slow. Kini semuanya online dan yang penting adalah percuma. Anda juga boleh belajar untuk edit gambar seperti mana pakar design walaupun anda sebenarnya baru dalam mengedit gambar.

Adakah anda semua nak tahu bagaimana caranya… Klik: di sini dan follow tutorial di bawah…

Ingat… saya berkongsi pada anda semua hanya untuk anda memanfaatkannya ke arah kebaikan, sekiranya anda belajar untuk membuat keburukan ia bukan di bawah tanggungan saya..harap maklum….dan jangnlah anda gunakan picture editor ini untuk menyebarkan keburukan dan kejahatan mana-mana pihak….

sekian…jom belajar berpanduan tutorial di bawah:

1. Basic Tutorial dan Latihan

2. Cara Membuat Efek

3. Cara Buat Banner

4. Cara Tukar Saiz dan Crop

5. Cara Guna Brush Tool

6. Harry Potter Collage from Childhood to Adulthood

July 13, 2012 at 12:01 am Leave a comment

Suami Dan Isteri Berserta Laman Sosial

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.

 Sumber: Syahirul.com

July 3, 2012 at 11:33 pm 1 comment

Jutawan Jadi Pizza Delivery

Assalamulaikum dan salam sejahtera….

Kami ada terbaca kisah seorang Bos besar yang kini
bekerja sebagai Penghantar Pizza. Pernah
dengar tak kisah tersebut?

DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani
kehidupan mewah.

Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke
destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki
persegi. Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000
setahun, WOW!

Ia jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan
rakyat Amerika Syarikat. Namun kini, bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di
Florida dengan upah AS$7.29 sejam.

Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk
menghadapi krisis ekonomi dunia.

Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa
rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara
hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000.

Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di
sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak
lain yang menanggung kosnya.

Kami petik kata-kata Karpman..

“Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami
dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga
Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah
membayar semula pinjaman,” ~ Karpman.

Nasihat kami untuk renungan kita bersama…

Tidak kisahlah berapa banyak wang yang kita dapat, tetapi
jika kita tidak menutup kebocoran (aliran wang keluar) dan
tidak menyimpan maka tidak ada gunanya kita mendapat
wang yang banyak tadi.

Menyimpan atau simpanan merupakan benteng pertahanan
yang paling asas dalam pengurusan kewangan peribadi. Ia
merupakan perkara yang paling penting kerana ia dapat
menyelamatkan kita apabila berlaku sebarang kecemasan
seperti anak sakit, kemalangan, kereta rosak dan bermacam-
macam lagi.

Jom kita mulakan hari ini untuk mengurus kewangan peribadi
kita!

Credit: Flarebiz

June 24, 2012 at 12:33 pm Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 334,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter