Posts filed under ‘Pelik’

Benarkah??? Tengkorak Makhluk Asing Di Mexico

GAMBAR yang dirakamkan di laman YouTube semalam menunjukkan tengkorak manusia berbentuk lonjong yang ditemui di Kampung Onavas, Mexico

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi

Advertisements

December 20, 2012 at 5:25 am 2 comments

Ombak Biru

AFPOMBAK kelihatan berwarna biru di Pantai Stanwell Park, Sydney pada Rabu lalu


OMBAK kelihatan berwarna biru di Pantai Stanwell Park, Sydney pada Rabu lalu – AFP

SYDNEY – Beberapa pantai popular di sini pernah ditutup kerana fenomena pertumbuhan organisma alga merah.

Kehadiran organisma itu menyebabkan air bertukar menjadi merah.

Bagaimanapun, pada waktu malam, ombak bertukar menjadi biru cerah pada Rabu lalu.

Kehadiran alga itu yang dikenali sebagai Nocturnal Scintillans telah menyebabkan ramai orang tidak boleh berenang di pantai.

Bagaimanapun, pantai-pantai tersebut dibuka semula untuk orang ramai berenang kelmarin. – Agensi

 

November 30, 2012 at 11:42 pm Leave a comment

Udang Karang Berwarna Warni

GAMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu

PORTLAND, Amerika Syarikat – Para saintis kini mendapati terdapat banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini.

Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan.

Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor.

Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam jangka hayat haiwan itu.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan.

Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. – Agensi

July 24, 2012 at 9:52 pm Leave a comment

Pondok Telefon Otak Manusia

SEORANG lelaki menggunakan pondok telefon awam yang dihiasi dengan lukisan otak manusia di Sao Paulo kelmarin

SAO PAULO, Brazil – Sebanyak 100 pondok telefon awam di bandar raya ini dihiasi dengan lukisan yang menarik seperti otak manusia.

Terdapat juga pondok telefon itu yang mempunyai hiasan yang unik seperti replika kincir angin.

Hiasan lukisan itu dibiayai oleh sebuah syarikat telefon tempatan.

Beberapa penduduk turut mengambil kesempatan dengan bergambar beramai-ramai di pondok tersebut. – Agensi

May 22, 2012 at 11:13 pm Leave a comment

Rawatan Santau Live Oleh Ustaz Syarhan Syafie

Salam dan selamat sejahtera semua, dengar je santau atau apa-apa yang berkaitan dengan perkara pelik ni semua orang takut dan tidak percaya. Ada yang percaya tetapi tidak ramai melainkan orang itu pernah mengalaminya. Apa yang nak diceritakan di sini adalah berkenaan rawatan yang telah dilakukan oleh seorang dikatakan pakar perubatan islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran iaitu Ustaz Syarhan Syafie.

Namun apa yang ditunjukkan dan dibicarakan oleh ustaz tersebut ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Seperti mana yang telah ditunjukkan oleh beliau berkenaan merawat santau yang dilakukan secara live di Tv3 dalam sesi Al-Kuliyyah pada setiap jumaat. Video yang ditunjukkan ini samada betul atau tidak saya pun tak pasti, tetapi terdapat jugak sesetengah individu yang mengatakan ustaz ini adalah penipu.

Sejauh manakah benarnya kenyataan dia saya pun tak tau. Bagi saya, kalau dia menipu pun itu dia punya pasallah “Takde Bukti“. Kalau kita tak percaya pergilah jumpa dengan dia sendiri atau kalau ada bukti yang kukuh kemukakan kepada pihak berkuasa untuk pengadilan. Janganlah dok buat kenyataan atau komentar seolah-olah cuba nak menjatuhkan seseorang itu. Ini mengambarkan seperti orang memberi komentar yang buruk-buruk itulah yang perlu mendapat rawatan dari Ustaz Syafie ini hehehe3… Apapun, setiap orang ada melakukan kesilapannya dan janganlah kerana satu kesilapan yang pernah dilakukan orang itu, menjadikan orang itu jahat selama-lamanya. huhuhu3 kembalilah kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Selamat beramal….

May 5, 2012 at 3:54 am 2 comments

Udang Gergasi Dijumpai Saintis

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan haiwan laut dalam seperti udang gergasi di luar pantai New Zealand.

WELLINGTON – Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.

Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.

Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).

Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.

“Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki,” kata Jamieson.

Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.

“Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik,” jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.

Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.

Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya.

Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. – Agensi

February 4, 2012 at 12:09 am Leave a comment

Pesara Nepal Paling Kerdil

GAMBAR yang dirakamkan pada 30 Januari lalu menunjukkan Chandra Bahadur Dangi pada satu sidang media di daerah Jhapa, barat daya Nepal.

KATHMANDU – Pakar-pakar Guinness World Records kelmarin menyatakan, mereka pergi ke sebuah lembah yang terpencil di barat daya Nepal untuk mengukur ketinggian seorang lelaki, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa dirinya sebagai lelaki paling rendah di dunia.

Dangi setinggi 56 sentimeter dan berat 12 kilogram. Anggota-anggota keluarga lelaki itu yang dipetik media tempatan menyatakan keadaan kesihatan Dangi berada dalam keadaan baik dan dia tidak pernah mengambil ubat atau pergi ke hospital. “Kami mengesahkan ketinggian Dangi sehingga ukuran rasmi diambil dan disahkan oleh para pegawai Guinness World Records,” kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday.

Dangi telah menjadi selebriti tempatan di selatan Nepal apabila dia muncul dalam majlis-majlis komuniti dan merasmikan festival keagamaan. Rekod lelaki paling rendah di dunia ketika ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.93 sentimeter.

Dia memegang gelaran itu pada tahun lalu. Sebelum Balawing, lelaki paling rendah di dunia ialah Khagendra Thapa Magar juga dari Nepal yang setinggi 67 sentimeter. Magar melawat banyak negara dan muncul di televisyen Eropah dan Amerika Syarikat semasa dia dinobatkan sebagai lelaki paling rendah di dunia. – AFP

February 3, 2012 at 11:56 pm Leave a comment

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

September 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 358,984 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter