Archive for September, 2009

Kehilangan Yang Amat Bermakna

Salam semua…

Harap anda semua sihat sentiasa dan masih dalam rahmat yang Maha Esa… Apa yang nak dibicarakan ialah mengenai kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan seharian kita. Sesuatu yang dianggap berharga oleh seseorang itu pasti ia merupakan barangan yang paling disayangi dan bernilai dalam kehidupannnya. Kalau hilang sukar untuk dicari ganti. Setiap orang pasti pernah mengalami kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan tidak kira benda yang hilang itu sama ada bernilai atau tidak pada orang lain.

Ada orang pernah kehilangan gambar kekasih dianggap sesuatu yang amat bermakna dan ada orang kehilangan mak ayah yang dianggap sesuatu yang amat bermakna. Walau bagaimanapun tahap berharganya sesuatu itu bergantung pada diri individu yang menilainya.

Saya juga baru sahaja mengalami kehilangan sesuatu yang dianggap bermakna namun kehilangannya tak ku tangisi kerana ia adalah benda dunia sahaja. Apa yang saya hilang ialah semua file yang disimpan dalam hard disk laptop yang dikumpul dan dimpan dengan rapi untuk kegunaan masa akan datang. Kehilangan itu berlaku pada minggu yang lepas akibat kerosakan hard disk laptop. So semua file tidak ada backup dalam external hard disk maknanya yang pergi takkan kembali lagi. Diharapkan sape2 yang belum backup lagi file dalam hard disk laptop cepat-cepatla backup dalam cd ke atau external hard disk untuk kegunaan akan datang kalau ada file yang pentingla.

Kehilangan yang saya alami adalah sesuatu yang biasa dan mungkin kebanyakan orang turut merasai apa yang saya rasai. Kebanyakan orang lebih suka tangisi akibat kehilangan sesuatu yang bersifat keduniaan tetapi yang akhirat tak ramai yang menangis apabila kita kehilangannya. Apa yang nak dihairankan mengenai kehilangan benda-benda dunia kerana setiap apa yang kita dapat tetap akan silih berganti. Hari ini kita dapat sesuatu esok atau bahkan lusa seribu kemungkinan kita akan kehilangannya. Setiap ciptaan yang ada dalam dunia ini tetap akan datang dan pergi bila tiba masanya. Sebagai contoh anda dapat duit hari ini mungkin esok anda akan kehilangannya sama juga hari ini anda dapat awek mungkin esok awek anda meninggalkan anda. Itu adalah sesuatu kebiasaan dan lumrah kehidupan, jangan tangisi kehilangan keduniaan yang datang tetap akan pergi yang hidup tetap akan mati.

Namun apa yang nak dibicarakan adalah sesuatu kehilangan yang paling bermakna dan harus diratapi oleh semua insan. Kehilangan itu  adalah kita tidak dapat apa yang harus kita bawa untuk mengadap yang maha Esa pada hari yang dijanjikan olehNya. Kita seharusnya menangis jika kita jauh dari yang Maha Esa, kita jahil dalam mengenalinyNya,  jauh dari beribadat padaNya dan sesat dalam mencari jalan yang diredhaiNya.

Apa yang nak dikaitkan dengan kehilangan yang amat bermakna ialah pemergian Ramadhan yang mungkin kita tidak akan berjumpa lagi pada masa akan datang. Mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. Seandainya pada bulan ini kita tidak ada kekuatan untuk merebahkan diri kita untuk sujud pada yang Empunya dunia dan seandainya kita terlepas dalam  merebut malam Lailatur Qadar yang diharapkan oleh setiap insan yang bertakwa. Kita seharusnya meratapi dan menangisi sepuas-puasnya kerana Ramadhan tetap akan mninggalkan kita.

Walau bagaimanapun, kita masih lagi ada peluang sekiranya kita  kehilangan Ramadhan kali ini. Apa yang kita masih ada ialah malam hari raya yang merupakan salah satu malam Allah akan memenuhi hajat setiap permintaaan hambanya. Peluang ini masih terbuka luas untuk setiap hambaNya. So marilah kita sama-sama bermunajat memohon pada yang Maha Esa agar memberi kekuatan untuk beramal ibadat dalam mencari keredhaanNya. Mudah-mudahan yang lemah diberi kekuatan untuk beribadat, yang sesat ditunjukkan hidayah, yang jahil dicampakkan ilmu pengetahuan, yang keras hati dilembutkan hatinya, yang susah dipermudahkan urusannya, yang berhajat dikabulkan hajatnya dan yang gagal diberi kejayaan. Amin..

Semoga kita semua mendapat apa yang kita inginkan dan tangisilah pemergian Ramadhan dan hal-hal akhirat…

Sekian Wasalam… CheKy………

 

September 18, 2009 at 7:45 am Leave a comment

Kasihan Isteri, Suami Penipu

Salam semua jumpa kembali dalam post terbaru di blog zakizakirin…

Ermmmmm…. Kalau ditanya kepada setiap individu kebanyakannya mengatakan seronoknya apabila masuk alam rumah tangga terutamanya bagi yang belum kahwin tidak kira orang yang dah berumur ataupun masih lagi anak muda. Alam rumah tangga adalah satu alam yang cukup indah jika kita dapat membentuk suasana yang harmorni antara ahli-ahli keluarga. Keseronokan akan wujud bila hubungan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak dapat dibentuk… tetapi malangnya jika keadaan sedemikian tidak berlaku seperti yang diimpikan oleh semua pasangan.

Apa yang diceritakan mengenai malangnya seorang isteri yang mempunyai suami yang suka menipu. Setiap kasih sayang isteri pada suami adalah 100% dalam proses mewujudkan hubungan yang erat. Namun dari segi kepercayaan anda tidak perlu meletakkan 100% kepercayaan pada suami anda  sebaik-baiknya anda simpan 10% atau 20% ketidak percayaan atau kecurigaan anda terhadapnya untuk memerhati tingkah laku suami anda. Akibat memberi kepercayaan 100% kepada suami, anda sebagai isteri kemungkinan akan menghadapi situasi ditipu oleh suami anda.

Berhati-hatilah dengan suami anda kerana dengan kepercayaan 100% yang diberi kemungkinan suami anda akan cuba mengambil kesempatan dalam menipu anda untuk melakukan perkara-perkara yang anda tidak suka. Termasuklah cuba menipu anda untuk membuka cawangan baru. So berhati-hatilah walaupun dia adalah suami anda. Apa yang perlu anda buat ialah sentiasa berhubung dengan suami anda dan memerhatikan apa-apa perubahan yang berlaku dari hari ke hari dari permulaaan anda mengenalinya sehinggalah penghujung perkahwinan anda “ending of life”.

Seandainya ada perubahan yang berlaku pada suami anda cepat-cepatlah anda ambil masa duduk bersama dan berbincang dengan cara yang sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah bukannya untuk menambahkan masalah.. Tetapi apa yang berlaku isteri tidak sedar bahawa dia ditipu sehinggakan suami kahwin seorang lagi dia tidak sedar. Sedar-sedar dah suami kahwin 3 baru nak menangis mengadu situ mengadu sini. Orang kata “nasi sudah jadi bubur makan jelah jangan buang.. membazir”. Nak tak nak terpaksa bermadu.

Kasihan isteri kalau dapat suami penipu, untung suami kalau isteri percaya 100% dapat kahwin 3…

Persoanlannya adakah anda sebagai isteri boleh hidup dengan suami yang suka menipu? Tidak bukan? Kita tanya lain dia jawab benda lain. Tidakkah sakit hati anda.. so sebelum kahwin carilah bakal suami yang pantang dalam tipu menipu… Baru aman hidup anda.. So fikir-fikirkanlah untuk diri anda dan keluarga anda pada masa akan datang..

Sekian dahulu dari zakirin a.k.a Cheky..

Wasalam..

September 6, 2009 at 1:43 am 19 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 336,059 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter