Archive for October, 2011

Ular Telan Rusa Dibunuh

ULAR SAWA betina yang ditangkap di Taman Negara Everglades, negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.
TAMAN NEGARA EVERGLADES, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pekerja di Taman Negara Everglades, negeri Florida, menangkap dan membunuh seekor ular sawa Burma sepanjang 4.87 meter.
Reptilia itu ditangkap semasa ia kekenyangan selepas menelan seekor rusa seberat 34.5 kilogram. Penyelaras spesies eksotik Suruhanjaya Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Scott Hardin berkata, pekerja-pekerja berkenaan menemui ular sawa betina itu. Menurutnya, ular itu ialah antara reptilia terbesar pernah ditemui di Florida Selatan. – Agensi

October 30, 2011 at 2:35 pm Leave a comment

Wacana Sinar – Hudud : Dilema Dan Pelaksanaannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, jom pakat dengar. Wacana Sinar Harian siri 8 bertajuk Hudud Dilema & Perlaksanaannya ini telah berlangsung di auditorium karangkraf di Shah Alam pada 25 Oktober 2011. Moderator adalah Dr. Maszlee Malik Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 3 Ahli panel ialah Prof.Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia / Pendakwah Bebas, Dato’Mohd Amar Abdullah Exco Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, dan Sdr Mohd Isa Abd Ralip Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

October 26, 2011 at 8:14 am Leave a comment

Punca Murtad – Tolak Islam, Ambil Nasionalis

Salam, di Malaysia ini murtad boleh berlaku disebabkan pelbagai punca samada lemah imannya, kurang ilmunya, kurang fahamnya pada agama, tiada sokongan rakan seagama dan sebagainya. Namun jangan dilupa, antara salah satu punca utama kenapa ramai orang islam boleh jatuh imannya dan boleh membawa kepada murtad ialah, ramai pemimpin islam memilih cara kepimpinan yang bersifat kebangsaan berbanding dengan bercirikan Islam. Apabila pemimpin sering melaungkan slogan kebangsaan berbanding dengan slogan Allah Maha Besar dan Islam segala-galanya akan membuatkan ramai rakyat mengambil ringan pasal agama. Keadaaan ini secara tidak langsung akan membawa kepada agama itu tidak penting dan islam adalah melibatkan sola kahwin dan haji sahaja.

Oleh itu, kembalilah kita dengan mentadbir negara berkonsepkan Islam dengan laungan Allahuakbar. Setiap pentadbiran haruslah menggunakan Islam secara total. Mudah-mudahan kita selamat dari kepimpinan kebangsaan.

October 26, 2011 at 1:57 am 2 comments

Bangkai Makhluk Asing

IMEJ bangkai makhluk asing yang dirakam pada 26 September lalu di Brazil dan disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. - YouTube

IMEJ bangkai makhluk asing yang dirakam pada 26 September lalu di Brazil dan disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. - YouTube

ITAJUBA, Brazil – Satu mayat makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi.

Mayat itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais. Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya.

Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat. Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan. Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. – Agensi

October 24, 2011 at 9:23 am Leave a comment

Berakhirnya Riwayat Gaddafi

FOTO Muammar Gaddafi dilumuri darah di Sirte, Libya semalam.- Reuters

FOTO Muammar Gaddafi dilumuri darah di Sirte, Libya semalam.- Reuters

SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam. Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.

NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu. “Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.

Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam. Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.

NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu. Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut. NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.

Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi. Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.

Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.” Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya. Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut. Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh. “Dia sudah pun mati,” katanya kepada stesen televisyen Al-Jazeera.

Mayat Gaddafi itu dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan demi keselamatan, kata seorang lagi pegawai NTC. “Mayat Gaddafi bersama dengan unit kami di dalam sebuah kereta dan kami membawa mayat tersebut ke sebuah lokasi rahsia atas alasan keselamatan,” kata pegawai itu, Mohamed Abdel Kafi.

Bagaimanapun, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan bahawa mayat Gaddafi telah tiba di Misrata. Stesen televisyen satelit Al- Jazeera me laporkan jenazah Gaddafi kemudian ditempatkan di sebuah masjid di bandar Misrata, barat daya Libya. Stesen-stesen televisyen dan beberapa saluran lain menunjukkan imej askar-askar mengelilingi sebuah lubang paip besar di bawah lebuh raya iaitu lokasi tempat Gaddafi ditemui dan membuat rayuan supaya dia jangan ditembak.

Sementara itu, anak kelima Gaddafi, Moutassem dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi ditangkap semalam di pelabuhan Sirte. Kedua-duanya dibawa dari Sirte ke Misrata yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Tripoli. Stesen-stesen televisyen di seluruh dunia menyiarkan Gaddafi selepas NTC menyatakan bahawa dia terbunuh. Seorang pegawai NTC kemudian mengesahkan bahawa gambar tersebut adalah Gaddafi. Gambar itu yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukkan wajah yang pucat, berdarah dan mata hampir tertutup mirip Gaddafi. Foto tersebut menunjukkan rambut kerinting halus dan struktur muka mirip Gaddafi.

Ketika gambar tersebut disiarkan, masih tidak jelas sama ada dia masih hidup atau cedera. Foto tersebut menunjukkan terdapat darah dari bahagian mulutnya. Adalah menjadi sesuatu kebiasaan bagi para pejuang Gaddafi merakamkan gambar di lokasi pertempuran. Seorang lagi pegawai tentera Libya mengesahkan bahawa satu foto yang menunjukan seorang lelaki yang mirip Gaddafi mati itu dan disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera adalah Gaddafi yang sebenar. Pegawai itu iaitu anggota jawatankuasa keselamatan NTC di Tripoli, Kolonel Mostafa Noah berkata: “Ya, itu adalah betul.”

Bekas Menteri Pertahanan Libya, Abu Bakr Younis dilaporkan turut terbunuh di pelabuhan Sirte, menurut stesen televisyen Free Libya. Stesen itu menunjukkan gambar Abu Bakr dengan kecederaan di bahagian dada. Menurut laporan media, Abu Bakr mengiringi Gaddafi semasa dia terbunuh. Gaddafi dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung dakwaan membunuh sejumlah orang awam.

Rejim pemerintahannya tumbang pada 23 Ogos lalu selepas memerintah selama 42 tahun di negara yang kaya dengan minyak itu. Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969. Ketika itu, Gaddafi merupakan seorang pegawai tentera Libya. Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.

Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa.  Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi. Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.

– Agensi

October 21, 2011 at 8:24 am 1 comment

Mykad Baru Awal Tahun 2012

KLUANG – Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu. Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.

Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim. Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.

October 16, 2011 at 2:26 pm Leave a comment

WACANA HUDUD – PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA (REALITI & CABARAN)

Assalamualaikum dan salam sejahter kepada pembaca semua, Jom kita sama-sama tonton wacana hudud yang telah berlangsung di Seksyen 18 Shah Alam anjuran PAS. Ahli Panel terdiri daripada Ustaz Fathul Bari (wakil UMNO), Dr Khairuddin (wakil PAS) dan Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan) yang berlangsung pada Jumaat 7 Okt 2011. Bagi mana-mana individu yang tidak dapat pergi ke  majlis tersebut boleh tonton dalam channel youtube TVSUNNAH.

Selamat menonton….

October 15, 2011 at 4:35 am Leave a comment

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

October 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 334,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter