Posts tagged ‘Duduk’

Mediafire Account Di Suspense, Minta Pandangan….

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, di sisni saya nak berkongsi sedikit masalah yang telah saya alami berkenaan dengan akaun mediafire. Sebelum ini saya telah mendaftar satu akaun mediafire untuk memudahkan saya simpan file atau maklumat untuk kegunaan jangka masa yang lama di samping untuk perkongsian kepada orang ramai.

 Namun demikian, semakin banyak saya upload fail dalam akaun tersebut, saya menghadapi masalah iaitu mediafire.com menghantar email mengatakan akaun saya telah disuspense. Saya pun tak tahu kenapa akaun saya disuspense dan adakah akaun tersebut saya boleh dapatkan kembali? Dan bagaimana dengan fail yang telah diupload dan disimpan kat dalam akaun itu?


Kepada sesiapa yang pernah mengalami perkara yang sama seperti saya, tolonglah berkongsi disini pengalaman anda. Mungkin ramai yang pernah alami dan mereka juga ingin tahu samada akaun tersebut boleh diguna kembali, dan bagaimana fail kat dalam akaun tersebut dan bagaimana cara untuk mendapatkkannya. Yang penting apakah punca atau sebab akaun itu mudah untuk disuspense. So diharapkan, berkongsilah idea untuk semua bagi memberi maklumat kepada orang ramai.

Jasa anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih…

Advertisements

May 24, 2012 at 1:24 pm 1 comment

Udang Spesies Baru

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa saintis menemui spesies baharu haiwan seperti udang yang buta, kecil dan hampir lutsinar di sebuah gua di negeri New Mexico.

Penemuan spesies berkenaan diumumkan oleh oleh Biro Pengurusan Tanah AS kelmarin.

Haiwan tersebut yang tergolong dalam kategori amphipod ditemui sekitar sebulan lalu di dalam sebuah kolam bawah tanah pada kedalaman kurang 24 meter daripada permukaan.

Lokasi penemuan tersebut terletak berhampiran Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico.

“Ia mungkin hidup puluhan ribu tahun atau jutaan tahun dan hanya ditemui baru-baru ini,” kata seorang pakar biro berkenaan tersebut, Jim Goodbar.

Menurutnya, spesies baharu itu yang masih belum diberi nama mungkin memakan bakteria, mineral atau cebisan tumbuhan yang jatuh di dalam air. – Agensi

April 19, 2012 at 12:59 pm Leave a comment

Penjelasan Isu Mahasiswa Turunkan Bendera Gambar Najib

Jom layan, jangan dok gaduh-gaduh…kalau gaduh-gaduh sama islam jadi bodo semua….takde akhlak dan budi bahasa. Semua nak tunjuk hebat apa benda????????????….pikirla kawan….semua nak buat huru hara ke…..??? belajarla kawan….jadilah orang berilmu yang sentiasa berfikir rasional berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w…

Pasal Bendera Pun Nak Ludah Muka Orang

Maklumbalas Mahasiswa Pasal Kejadian tersebut

itu dia perang

December 19, 2011 at 12:53 pm Leave a comment

Ikan Kerapu Gergasi Harga RM16,000

SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.

SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.

IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.

Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.

Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

 

November 2, 2011 at 9:10 pm 2 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

December 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 373,409 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter