Posts filed under ‘Berita’

Permintaan Terakhir Dari Isteri Solehah

 isteri solehah

KISAH BENAR LAGI MENYAYAT HATI ~

TAJUK : ” PERMINTAAN TERAKHIR ISTERI SOLEHAH ”

Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah.

Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”


Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.

Admin – Jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu.

♥ jangan lupa kemukakan KOMEN / LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥

July 1, 2013 at 11:15 am 2 comments

Ulat beluncas terbesar ditemui di Switzerland

atlas

BERN, Switzerland – Seorang ahli botani di sini telah menemui seekor ulat  beluncas terbesar yang pernah ditemui di dunia semalam.

Ahli botani itu, Markus Buerki mendedahkan ulat yang ditemuinya merupakan ulat beluncas dari spesis atlas moth atau attacus atlas.

Atlas moth akan bertukar menjadi kupu-kupu dengan lebar sayapnya boleh  mencecah lebih 25 sentimeter.

Ulat beluncas tersebut kini dipelihara di sebuah taman botani di Bern. –  Agensi

 

February 1, 2013 at 12:25 am Leave a comment

Benarkah??? Tengkorak Makhluk Asing Di Mexico

GAMBAR yang dirakamkan di laman YouTube semalam menunjukkan tengkorak manusia berbentuk lonjong yang ditemui di Kampung Onavas, Mexico

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi

December 20, 2012 at 5:25 am 2 comments

Bank Dalam Facebook

bank

CIMB Bank melancarkan OctoPay, perkhidmatan perbankan menerusi laman sosial facebook (fb) yang pertama di Asean yang boleh diakses 24 jam sehari di mana-mana di seluruh dunia secara percuma.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Penggunanya, Renzo Viegas berkata, perkhidmatan terbabit adalah lanjutan daripada perkhidmatan perbankan Internet syarikat, CIMB Clicks.

“Kami sering menjadi peneraju dalam pelbagai saluran perkhidmatan alternatif dan penyepaduan keupayaan perbankan Internet dengan menampilkan unsur rangkaian sosial.
“OctoPay satu lagi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana saja di dunia dengan sambungan Internet, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa caj perkhidmatan atau sebarang transaksi,” katanya pada majlis pelancaran OctoPay di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, urus niaga yang dijalankan menerusi OctoPay adalah selamat kerana aplikasi itu berada dalam prasarana CIMB Click.

“Kami membelanjakan jumlah yang besar untuk memastikan keselamatan penggunaan perbankan Internet kami,” katanya.
Viegas berkata, pihaknya berharap aplikasi baru itu akan dapat menarik pelanggan berdaftar dengan CIMB Clicks.

“Kami belum menetapkan sasaran penggunaan OctoPay, tetapi dengan pengenalannya, kami harap pelanggan berminat mendaftar dengan CIMB Clicks yang kini mempunyai 3.6 juta pengguna berdaftar di Malaysia dengan jumlah purata transaksi kewangan bulanan sebanyak RM 3.5 juta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

December 19, 2012 at 9:58 am Leave a comment

Rumah Dalam Pembentung

KEADAAN di dalam pembetung itu yang dihuni Restrepo (kiri) dan Garcia bersama anjing mereka.

MEDELLIN, Colombia – Seorang lelaki, Miguel Restrepo tinggal di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya, Maria Garcia di sini lebih 30 tahun lalu.

Restrepo, 62, turut tinggal di dalam pembetung tersebut dengan seekor anjing.

Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas.

Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang. – Agensi

 

December 6, 2012 at 11:58 am Leave a comment

Hutang Oh Hutang, Mau Pinjam Tak Mau bayar

hutang

SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
04/12/2012

December 4, 2012 at 2:40 pm 2 comments

Hotel Ais Di Sweden

SWEDEN-LAPLAND-KIRUNA-ICE-HOTEL-FILES

BEBERAPA orang menyiapkan sebuah bangunan hotel ais di Jukkasjarvi pada 16 November lalu

KIRUNA, Sweden – Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu.

Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu.

Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. – Agensi

December 3, 2012 at 7:46 am Leave a comment

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 334,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter