Posts tagged ‘India’

Kelawar 100 Tahun

PHILADELPHIA – Seekor kelawar buah dari India yang berusia 100 tahun yang telah diawet dipamerkan di Akademi Sains Semula Jadi di sini.

Kelawar itu merupakan antara haiwan yang dipamerkan sempena sambutan ulang tahun yang ke-200 akademi tersebut.

Haiwan tersebut juga merupakan antara 18 juta spesimen yang disimpan di akademi itu. – AP

Advertisements

March 27, 2012 at 12:36 pm Leave a comment

Anak Kambing Klon

SRINAGAR, India – Sekumpulan saintis di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah mengklonkan seekor anak kambing Kashmir dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan haiwan yang sukar ditemui itu.

Kambing Kashmir hidup di beberapa bahagian Banjaran Himalaya dan dataran Tibet.

Bulu kambing itu yang dinamakan bulu pashmina digunakan untuk membuat baju panas Kashmir.

Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, seorang saintis, Riaz Ahmad Shah berkata, klon seekor anak kambing Kashmir betina yang lahir pada 9 Mac lalu itu akan membolehkan program pembiakan kambing berkenaan dilakukan di beberapa kawasan lain di Banjaran Himalaya bagi tujuan komersial.

Menurutnya, klon anak kambing betina itu dinamakan Noori yang bermaksud cahaya.

Pasukan saintis yang diketuai oleh Riaz di Universiti Sher-i-Kashmir mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan klon kambing tersebut. – Agensi

March 16, 2012 at 9:10 am Leave a comment

Kereta Kasut

HYDERABAD, India – Seorang pekerja menguji sebuah kereta yang mempunyai bentuk seperti kasut tumit tinggi di sebatang jalan raya di sini kelmarin.

Kasut itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada satu siri ciptaan yang dilakukan oleh pereka kereta di India, Sudhakar Yadav.

Kereta itu boleh bergerak selaju 45 kilometer sejam. – REUTERS

March 9, 2012 at 3:20 am Leave a comment

Cabut Gigi Di Tepi Jalan

PARMINDER SINGH merawat gigi seorang pelanggannya di tepi sebatang jalan di Srinagar, India.

PARMINDER SINGH merawat gigi seorang pelanggannya di tepi sebatang jalan di Srinagar, India.

SRINAGAR, India – Penduduk di bandar ini, wilayah Kashmir tidak gemar mengunjungi klinik-klinik gigi untuk mendapatkan rawatan pergigian.

Mereka sebaliknya lebih suka menemui doktor-doktor gigi tidak bertauliah yang beroperasi di tepi jalan-jalan sekiranya mahu gigi mereka dicabut.

Berbekalkan beberapa peralatan asas termasuk pahat, doktor-doktor gigi jalanan tersebut hanya mengenakan caj sekitar AS$2.03 (RM6.50) untuk perkhidmatan mereka. – Reuters

October 7, 2011 at 8:28 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

October 2017
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 362,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter