Archive for March, 2009

Konsep Budaya Ilmu

Islam menekankan umatnya agar mengamalkan konsep budaya ilmu di dalam segenap aspek kehidupan. Secara ringkasnya,budaya ilmu ini yang perlu diberikan penekanan di dalam kehidupan, dapat diperincikan melalui beberapa elemen yang utama (Wan Mohd Nor Wan Daud,1990:51-67):

1. Tindakan menjadikan pencarian ilmu itu sebagai matlamat utama kehidupan melebihi semua matlamat lain seperti matlamat mencari harta benda dan pengaruh.

2. Tindakan yang menghargai semua bentuk ilmu pengetahuan sama ada tergolong dalam ilmu fardu ain ataupun fardu kifayah.

3. Tindakan yang menghrgai semua bentuk sumber ilmu merangkumi sumber wahyu, alam semesta, diri manusia sendiri dan juga akal yang waras serta terpimpin.

4. Terlibat secara langsung dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan.

5. Bertindak mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya mengikut dorongan ilmu yang salah serta hawa nafsu.

6. Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak yang mulia. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperoleh pencapaian akademik yang tinggi sekiranya tidak mempunyai akhlak yang mulia.

7. Bersikap hormat-kritis terhadap pandangan sarjana silam dengan perkiraan dan neraca kebenaran yang berteraskan sumber wahyu.

8. Bersikap selektif terhadap semua bentuk ilmu pengetahuan menggunakan pendekatan tauhid.

9. Bertindak mengamalkan semua ilmu yang dimiliki secara bersepadu.

10. Budaya ilmu mendapat dokongan penuh pihak kerajaan di dalam setiap dasar negara.

(petikan dari Islam Hadhari:Pendekatan Pembangunan Peradaban; Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et. al)

p/s : proses pencarian ilmu perlu dibuat sepanjang hayat. makanan untuk otak ialah ilmu, kerana hanya ilmu yang akan menentukan kedudukan seseorang itu. kaya harta akan membuatkan hidup seseorang itu gundah gulana, tetapi kaya ilmu akan membuatkan hidup seseorang itu akan disegani.

March 12, 2009 at 11:04 am Leave a comment

Luahan Hati Seorang Hamba Lelaki untuk Kaum Wanita

Salam semua kaum hawa, di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat, pandangan dan boleh dijadikan nasihat secara tidak langsung bagi mereka yang mengambil dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Wahai semua kaum hawa yang membaca blog ini, bermulanya ciptaan kaum hawa adalah dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. yang telah menjadi bapa segala manusia. Di sini dapat dilihat bahawa wanita itu sememangnya dicipta dengan keadaan bengkok dan lemah. Oleh itu kaum hawa semua adalah dicipta untuk dibimbing dan dipimpin oleh kaum adam.

Dalam proses kehidupan seharian sudah semestinya anda semua akan mencari pemimpin yang boleh memimpim anda ke jalan yang lurus untuk kehidupan dunia dan akhirat. Semasa proses pemilihan ini anda seharusnya tidak melakukan kesilapan yang mungkin telah jelas dan terang lagi bersuluh bahawa seseorang itu tidak layak untuk memimpin anda. Sekiranya dari awal bakal pemimpin tidak layak menjadi pemimpin usahlah anda memilihnya kerana dia akan membuatkan anda kecewa suatu hari nanti.

Pemimpin bagi kaum hawa yang dimaksudkan ialah bakal suami anda. Seperti kita tahu untuk bermulanya sesuatu perhubungan antara dua insan secara interpersonal bermulanya dengan suatu perkenalan. Perkenalan ini berlaku secara tidak langsung sama ada selalu berjumpa, berhubung, berkomunikasi dan sebagainya yang akan membuatkan kita berasa rapat dengannya. Dalam proses ini juga kita boleh tahu siapakah dia lelaki pilihan anda, apakah personalitinya, tingkah lakunya, pandangannya, perangainya, kareernya dan sebagainya.

Tetapi harus diingat bahawa kaum hawa sememangnya dicipta dengan sifat lemah lembut dan mudah dipengaruhi oleh orang lain terutamanya kaum adam. Anda kaum hawa ingin saya tegaskan sekali lagi dalam proses interpersonal ini anda jangan mudah terpengaruh dengan lelaki yang bakal menjadi pemimpin anda sebelum anda betul-betul mengenalinya. Apa yang dapat diperhatikan pada hari ini ramai kaum hawa mudah terpengaruh dengan ciri-ciri pemimpin yang hanya nampak dari luar sahaja bukannya dalaman.

Sekali lagi saya nak nyatakan wahai kaum hawa janganlah anda mudah terpikat atau terpengaruh dengan seseorang lelaki yang hanya pandai berkata-kata, yang hanya pandai meluahkan kata-kata cinta, yang mempunyai banyak harta, yang mempunyai nama atau jawatan tinggi, yang pandai berkata-kata mengenai agama tapi tidak mengamalkannya, yang handsome dan sebagainya.

Kebanyakan kaum hawa senang sekali dipengaruhi oleh semua ciri-ciri sedemikian yang ada pada bakal seseorang pemimpin. Di atas kelemahan kaum hawa yang senang dipikat dengan pujian, belaian dan luahan kata-kata cinta pertama inilah maka ramai kaum lelaki yang sepatutnya boleh memimpin telah mengambil kesempatan dan lupa tanggung jawabnya yang dicipta untuk memimpin.

Dek kelemahan kaum hawa ini jugalah ramai kaum lelaki mengambil kesempatan dengan cuba menjalinkan hubungan semata-mata untuk mendapatkan manfaat sementara sebelum bertukar dengan pasangan lain. Keadaan sedemikian semakin banyak berlaku tanpa kita sedari bahawa ini adalah suatu penganiayaan dan tidak sepatutnya berlaku kepada kaum hawa.

Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kaum hawa janganlah anda menunjukkan kelemahan anda pada kaum lelaki bahawa anda adalah seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi dengan sewenang-wenangnya. Macam mana tak nak tunjukkan anda seorang yang lemah? Kuatkan diri anda. Macam mana nak kuat? Carilah yang Maha Kuat dan mintalah dengaNYa insyaAllah anda akan menjadi orang yang tidak mudah dipengaruhi. Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat anda.

Dalam proses pemilihan pemimpin juga anda sepatutnya tidak teruja dengan hanya ciri-ciri atau kebolehan luaran sahaja tetapi sebaliknya pemimpin yang betul-betul boleh menjadi pemimpin. Pemimpin macamana? Cari sendiri. Heheh3 .

Bagi kaum lelaki yang membaca blog ini saya nasihatkan bahawa anda seharusnya betul-betul menjadi pemimpin dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan di atas pimpinan anda.

March 10, 2009 at 3:30 pm Leave a comment

Suatu Perubahan

Dalam kehidupan kita, akan ada pasang surutnya. Umpama ada kalanya kita di atas, kadangkala kita di bawah.Namun itu bukanlah penentu kehidupan kita. Yang penting bagaimanakah caranya untuk kita menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan.

Seringkaliperubahan tidak dapat di terima pada peringkat permulaan. Bagaiman pula pada akhirnya? Anda adalah insan yang bertanggungjawab untuk menentukan apakah yang akan berlaku pada akhirnya. Setiap manusia yang bergelar insan akan melalui pengalaman ini. Tidak kiralah di mana dan bagaimana. Betul,kn?

Untuk memulakan langkah kearah perubahan,kekuatan diperlukan. Dalaman dan luaran. KEBERANIAN. Itu adalah kunci utama untuk perubahan. Berani untuk menanggung segala risiko yang bakal dihadapi. Mungkin untuk memulakan langkah, ramai yang tidak berani, namun; fikirkanlah tentang apa yang akan diperoleh hasil daripada langkah pertama itu. Adakah ianya emas, perak,mahupun gangsa. Itu semuanya bergantung kepada tahap kepentingan sesuatu perkara yang menyebabkan anda ingin memulakan langkah kearah suatu pembaharuan.

Adakalanya, perasaan untuk mengalami suatu perubahan tidak dapat dijangka. Umpama gunung berapi yang mahu meletus mahupun hanya ibarat air sungai yang mengalir tenang. Tidak terburu-buru. Mana satu pilihan anda? Fikir-fikirkan dan buatlah pilihan yang bijak. Jangan tepuk dada mahupun tanya selera anda kerana ianya tidak hanya melibatkan diri sendiri tetapi juga orang lain. Tanyalah hati anda, apa sebenarnya yang ia inginkan.

Akhir kalam, untuk melakukan suatu perubahan, keberanian perlu ada. Diri anda sendiri perlu berani. Yang pasti, perubahan itu haruslah membawa kebaikan bukan hanya pada diri sendiri, jua pada orang di sekeliling anda. Jua jangan malu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati anda. Kadangkala, hasil dari luahan hati juga mampu untuk membawa kepada satu perubahan. Ops, terfikir tentang sesuatu? Fikirkanlah… mungkin ada hikmah di sebaliknya.

“berani untuk berubah membuktikan setinggi mana kekuatan yang ada dalam diri”

“kekuatan diri bermula dari dalaman. bersama-sama tingkatkan keimanan kita untuk membina kekuatan jasmani dan rohani”  (*_*)

March 4, 2009 at 7:28 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

March 2009
M T W T F S S
« Nov   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 342,862 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter