Archive for May, 2009

Nasyid Kumpulan Saujana

saujana

saujana

Salam semua, untuk mendengar lagu nasyid kumpulan saujana anda bolehla mendownloadnya di sini:-

Download Nasyid Saujana <Click>:-

Saujana-senyuman <click>

Saujana-suci sekeping hati <click>

Saujana-sepohon kayu <click>

Saujana-ya Rasulullah <click>

Saujana-bulan bintang <click>

Advertisements

May 30, 2009 at 7:27 am 1 comment

Ada apa dengan aku…

Salam semua, saya sering kali tertanya-tanya, ada apa dengan diri saya dan ada apa dengan diri anda semua. Saya dan anda semua adalah manusia, dan setiap manusia adalah hamba. So setiap apa yang ada pada diri saya dan anda adalah bukan hak milik kita termasukla diri kita sendiri. Berdasarkan kepada hakikat ini jelas kita tidak ada apa-apa sebenarnya. Setiap yang kita miliki sama ada kita tahu ataupun tidak ia tetap bukan milik kita seratus peratus. Kadang kala kita tidak sedar bahawa apa yang ada pada kita adalah bukan milik kita, dengan itu ramai di antara kita yang sering tidak guna dan salah guna apa yang ada pada diri mereka.

Ini jelas dapat dilihat berdasarkan beberapa contoh yang telah menyebabkan kita jauh menyimpang dari jalan kehidupan yang sebenar. Sebagai contohnya orang yang memliki harta yang banyak hasil usahanya dalam setiap pekerjaan. Keadaan ini akan membentuk satu perasaan bahawa apa yang mereka dapat adalah seratus peratus dari hasil usahanya sehingga menyebabkan terkeluar satu kata yang boleh membawa kepada kufur tanpa disedari iaitu

“ setiap hasil yang aku dapat adalah dari usaha aku sendiri”.

Dari kenyataan ayat yang berunsurkan kebanggaan mengenai diri sendiri tersebut, akidah kita boleh terkeluar dari ajaran islam yang sebenar. Di mana kita akan merasakan bahawa diri kitalah yang menyebabkan kita dapat apa yang kita usahakan. Walhal semua apa yang kita dapat adalah datangnya daripada Allah s.w.t Tuan empunya alam.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil berat akan hal ini kerana ia melibatkan akidah dan pegangan kita terhadap kepercayaan kita. Tanpa akidah yang benar ke manakah hala tuju kita selepas ini. Adakah kita rasa kita mati dalam keadaan tanpa peganggan akidah yang kukuh boleh membawa kepada kebahagiaan di akhirat kelak. Atau dengan senang kita dapat masuk syurga tanpa hisab. Untuk mengelak daripada kecelakaan dan kehinaan yang bakal menunggu kita di akhirat marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dalam setiap perbuatan.

May 25, 2009 at 11:49 pm Leave a comment

Nasyid Kumpulan Raihan

Salam kawan-kawan semua, kalau anda ingin mendengar lagu nasyid kumpulan Raihan anda boleh mendownloadnya

dengar klik link dibawah <download mp3>:

1. Assalamualaikum <download mp3>

2. Bacalah <download mp3>

2. Puji-pujian <download mp3>

3. Thank You Allah <download mp3>

4. 25 Rasul <download mp3>

5. 10 Malaikat <download mp3>

6. Syukur <download mp3>

7. Sifat <download mp3>

8. Iman Mutiara <download mp3>

9. Rakan Selawat <download mp3>

10. Bismillah <download mp3>

11. Cahaya Selawat <download mp3>

12. Demi Masa <download mp3>

13. Mari Bersolat <download mp3>

14. Ya Nabi Salamun Alaika <download mp3>

15. Cing Ai Ching Ai <download mp3>

16. Kasih Sayang <download mp3>

17. Mari Berhibur<download mp3>

18. Bonds Of Love <download mp3>

May 23, 2009 at 1:28 pm Leave a comment

Kenapa Babi Haram

Hukum memakan babi dalam islam adalah haram sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran:

FirmanNya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Berdasarkan firman Allah jelas bahawa babi adalah haram untuk semua manusia terutamanya umat islam. Hal ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan ulasan yang dilakukan oleh Sayyid Qutub, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia… babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Apa yang peliknya ialah ramai manusia yang lebih suka makan benda-benda yang haram walaupun yang haram itu jelas dan nyata akan keburukannya. Keadaan inilah yang menyebabkan pelbagai masalah penyakit wujud sepertimana yang berlaku pada masa kini iaitu selesema babi. Oleh itu, marila kita semua beringat sepertimana yang telah diingatkan oleh Allah terhadap seluruh umat manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.

May 16, 2009 at 3:53 pm 2 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2009
M T W T F S S
« Mar   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 362,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter