Posts tagged ‘facebook’

Bank Dalam Facebook

bank

CIMB Bank melancarkan OctoPay, perkhidmatan perbankan menerusi laman sosial facebook (fb) yang pertama di Asean yang boleh diakses 24 jam sehari di mana-mana di seluruh dunia secara percuma.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Penggunanya, Renzo Viegas berkata, perkhidmatan terbabit adalah lanjutan daripada perkhidmatan perbankan Internet syarikat, CIMB Clicks.

“Kami sering menjadi peneraju dalam pelbagai saluran perkhidmatan alternatif dan penyepaduan keupayaan perbankan Internet dengan menampilkan unsur rangkaian sosial.
“OctoPay satu lagi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana saja di dunia dengan sambungan Internet, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa caj perkhidmatan atau sebarang transaksi,” katanya pada majlis pelancaran OctoPay di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, urus niaga yang dijalankan menerusi OctoPay adalah selamat kerana aplikasi itu berada dalam prasarana CIMB Click.

“Kami membelanjakan jumlah yang besar untuk memastikan keselamatan penggunaan perbankan Internet kami,” katanya.
Viegas berkata, pihaknya berharap aplikasi baru itu akan dapat menarik pelanggan berdaftar dengan CIMB Clicks.

“Kami belum menetapkan sasaran penggunaan OctoPay, tetapi dengan pengenalannya, kami harap pelanggan berminat mendaftar dengan CIMB Clicks yang kini mempunyai 3.6 juta pengguna berdaftar di Malaysia dengan jumlah purata transaksi kewangan bulanan sebanyak RM 3.5 juta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

December 19, 2012 at 9:58 am Leave a comment

Kena Tipu Lagiiii – Setiausaha ditipu kekasih Nigeria

HOCK SENG menunjukkan gambar lucah di telefon bimbit yang dirampas daripada warga Nigeria yang ditahan kelmarin

MELAKA – Hanya dalam tempoh dua bulan, seorang janda anak satu kerugian RM233,227.96 gara-gara terjerat dengan ayat-ayat cinta lelaki Nigeria menyamar sebagai doktor yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook pada awal Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, dalam tempoh perkenalan di alam siber itu, lelaki Nigeria itu mendakwa dia bekerja di Switzerland manakala mangsa yang berusia 56 tahun bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat.

Menurut beliau, setelah usia perkenalan mencecah hampir sebulan, suspek memberitahu bahawa dia ingin mengirim wang sebanyak AS$380,000 (kira-kira RM1,444,000) kepada mangsa kerana ingin membuka sebuah klinik di negara ini.

“Suspek juga memberitahu akan datang ke Malaysia pada penghujung bulan Mei untuk mengambil wang tersebut.

“Pada 30 Mei lalu, suspek mendakwa wang yang dibawa oleh seorang wanita sudah tiba di Kuching, Sarawak, namun pembawa wang tersebut ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas kesalahan membawa wang tunai,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Hock Sing berkata, suspek yang berhubungan dengan mangsa kemudian merayu agar mangsa menolongnya membayar RM54,500 kepada JKDM kononnya sebagai yuran kerana membawa wang tunai.

Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank seorang wanita tempatan pada penghujung Mei lalu.

“Keesokan harinya, janda itu memasukkan sebanyak RM6,500 ke dalam akuan sama setelah suspek mendakwa ada caj lain,” kata beliau.

Jelas Hock Sing, pada 1 Jun lalu, mangsa sekali lagi memindahkan wang berjumlah RM77,227.96 ke dalam akaun sama setelah suspek memaklumkan perlu membayar cukai sebanyak tujuh peratus kerana wang yang dibawa itu.

Pada 4 Jun lalu, mangsa sekali lagi memindahkan wang sebanyak RM85,000 kononnya sebagai bayaran tambahan cukai tujuh peratus yang dikenakan.

Pada 5 Jun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek kononnya wang sudah tiba di Kuala Lumpur dan meminta mangsa membayar RM10,000 kepada pembawa wang berkenaan melalui satu akaun bank lain.

Menurut Hock Sing, mangsa yang berasal dari sini kemudian diminta ke sebuah hotel di Kuala Lumpur kononnya untuk mengambil wang tersebut daripada seorang lelaki Afrika yang ditemani seorang lelaki tempatan.

“Mangsa diperbodohkan lagi apabila lelaki Afrika itu menyuruh mangsa membayar RM10,000 bagi membeli sejenis cecair kononnya bagi mencuci mata wang dolar Amerika Syarikat yang dibawa dalam sebuah peti besi,” kata beliau

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa terselamat daripada terus kerugian apabila dia tidak membawa duit dan mula berasa curiga dengan kedua-dua lelaki terbabit.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir pada 16 Ogos lalu.

Polis yang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut menahan pemilik akaun yang digunakan suspek.

Pemilik akaun tersebut merupakan seorang pelajar wanita tempatan berusia 23.

Susulan penangkapan wanita itu, polis kemudian menahan tiga lagi lelaki Nigeria di sebuah resort di Putrajaya pada pukul 3 pagi kelmarin.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit milik warga asing berkenaan. Semakan telefon bimbit berkenaan mengandungi klip video lucah yang dipercayai digunakan oleh lelaki-lelaki Afrika itu untuk memikat mangsa-mangsa mereka.

Sumber kosmo:

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosm.com.my

August 30, 2012 at 3:58 am Leave a comment

Suami Dan Isteri Berserta Laman Sosial

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.

 Sumber: Syahirul.com

July 3, 2012 at 11:33 pm 1 comment

Proton Preve Kemalangan Vs Nokia 3310 Satu Penghinaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, satu Malaysia kecoh berkenaan satu kemalangan yang berlaku pada kereta proton keluaran yang terbaru iaitu Proton Preve. Pelbagai komen yang mengatakan bahawa kereta keluaran tempatan proton adalah kereta yang tidak berkualiti, mahal, tidak berbaloi dan sebagainya di blog dan Facebook.

Ini Gambar kemalangan pertama melibatkan sebuah model Proton Preve yang dikatakan berlaku di Lebuhraya DUKE (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang) 

Cubalah cari info terlebih dahulu berkenaan kemalangan tersebut samada memang disebabkan oleh kelemahan kualiti kenderaan tersebut atau disebabkan oleh kecuaian manusia. Kereta semahal manapun atau secanggih manapun kalau disebabkan kecuaian manusia, kereta tersebut tidak boleh lari dari kerosakan atau kemalangan. Jom kita lihat maklumat dari editor Top Gear Malaysia, Hezeri Samsuri:, kereta itu dipandu oleh seorang salesman di Sentul dengan kelajuan 120 km/h, namun ketika cuba mengelak sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung. 

 

Tweet dari  @HazeriSamsuri Tentang Gambaran Sebenar Kejadian

Ini Dari Fan Page Proton Berkenaan Kejadian Sebenar

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan cerita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, diharap tiada andaian yang bukan-bukan dibuat. Kalau tak yakin, anda semua bolehla cari dan bertanya pada si pemandu kereta tersebut…huhuhu3

Walau bagaimanapun disebabkan tidak puas hati dengan produk proton ada sesetengah pihak yang cuba mengedit gambar kemalangan tersebut seolah-olah menyatakan bahawa proton preve terpijak telepon nokia 3310 dan patah tie-rodnya. Ini adalah satu penghinaan pada proton dan cuba merendah-rendahkan kualiti keluaran proton seperti mana gambar di bawah:,

Apapun terpulanglah kepada anda sebagai pengguna, jika mampu beli yang mahal, belilah yang mahal janganlah mengutuk kereta keluaran tempatan yang semakin meningkat dari segi kualiti dan keluarannya. Tidak salah memberi pandangan yang membina tetapi janganlah sampai menghina dan mengutk sehingga hilang percaya rakyat tempatan untuk membeli kereta keluaran tempatan seperti proton. So berpada-padalah dalam melakukan sesuatu tindakan supaya tidak tersilap langkah…..

Sekian Wasalam.

April 21, 2012 at 1:10 am 4 comments

Kisah Dedah Aurat Di Facebook!!!

Kisah Benar: Akibat Dedah Aurat di Facebook…….

Kisah ini mengenai seorang hamba allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook… Dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat…

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook… Malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya…

Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum….

Dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah api neraka!

*cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna…. Kita tak tahu bila kita akan mati… Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya….

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat ilahi…ameen…al-fatihah!

Sumber: dari facebook..benar ke tak gua tak tau…tapi ambiklah iktibar…

January 24, 2012 at 3:11 pm Leave a comment

Fitnah Akhir Zaman – Promosi Pelacuran Di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Dunia semakin menghampiri ke hari penghujungnya. Seperti mana anda semua sedia maklum, kiamat tetap akan berlaku cuma kita je yang tidak tahu bila masanya. Namun sebelum kiamat pasti akan ada tanda-tanda yang mengambarkan akan berlakunya kiamat. Antara petanda awal yang akan berlakunya kiamat seperti dalam hadis nabi iaitu:

Zina Bermaharajalela

 “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

 “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” – Abu Hurairah r.a

Sudah jelas, keadaan sekarang menepati seperti mana hadis Nabi Muhammad s.a.w bahawa di akhir zaman perbuatan zina akan berleluasa dan perbuatan tersebut dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Malah ada yang menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah hak individu yang perlu diberi penghormatan sehingga dianggap perbuatan yang mulia dikalangan sesetengah pihak.

Perbuatan penyebaran zina secara terbuka seperti promosi pelacuran di ruangan awam seperti facebook adalah tidak wajar kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak termasuklah budak-budak bawah umur. Facebook kebanyakan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya promosi perbuatan zina berlaku di ruangan facebook ia adalah malapetaka yang besar ke atas umat manusia. Keadaan ini lah yang di kenali sebagai fitnah di akhir zaman yang kebanyakannya tidak disedari oleh kebanyakan pihak berwajib.

Penyalahgunaan facebook harus dikenakan tindakan oleh pihak berwajib dan bagi pihak pengguna pulak tidak seharusnya anda semua mendedahkan maklumat peribadi di ruangan siber tersebut kerana pelbagai kemungkinan fitnah yang lebih dasyat akan berlaku. Maklumat peribadi anda seperti gambar seharusnya tidak dimuatnaikkan dalam akaun facebook kerana pelbagai pihak lain boleh memanipulasikan gambar tersebut tanpa anda sedari.

Inilah agenda Yahudi yang ingin menghancurkan umat manusia supaya mengikut jejak langkah mereka dengan hiburan secara halus tanpa kita sedari. Oleh itu saya nasihatkan kepada nada semua supaya berhati-hatilah dalam menggunakan facebook untuk mengelak dari fitnah yang mungkin berlaku kepada diri kita seperti mana yang telah berlaku kepada kawan-kawan kita.. Sedarilah sebelum terlambat…

Hayatilah Kisah benar yang di alami oleh kawan kita….

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Kredit: Harian Metro

October 11, 2011 at 5:25 am Leave a comment

Hati-Hati Dengan Sihir Guna Gambar Dalam Facebook

NILAIDisihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

“Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

“Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Kredit Oleh: SUHANA MD. YUSOP (kosmo)

September 12, 2011 at 9:54 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

June 2017
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 342,862 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter