Posts tagged ‘Guinness World Records’

Buaya Gergasi Filipino

GAMBAR fail menunjukkan buaya yang bernama Lolong
ditangkap di sebatang anak sungai di Bunawan pada
September tahun lalu.

MANILA – Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia.

Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan.

Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu.

Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu.

Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.

Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut.

Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut.

Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.

Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut.

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren. – Agensi

July 1, 2012 at 9:01 pm Leave a comment

Basikal Paling Tinggi Di Dunia

FELIX GUIROLA melambai tangan semasa menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu.

HAVANA, Cuba – Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini.

Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.

Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.

“Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening,” kata lelaki berusia 48 tahun itu.

“Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks,” tambahnya.

Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.

Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.

Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.

Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. – Agensi

June 7, 2012 at 4:07 am 1 comment

Pesara Nepal Paling Kerdil

GAMBAR yang dirakamkan pada 30 Januari lalu menunjukkan Chandra Bahadur Dangi pada satu sidang media di daerah Jhapa, barat daya Nepal.

KATHMANDU – Pakar-pakar Guinness World Records kelmarin menyatakan, mereka pergi ke sebuah lembah yang terpencil di barat daya Nepal untuk mengukur ketinggian seorang lelaki, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa dirinya sebagai lelaki paling rendah di dunia.

Dangi setinggi 56 sentimeter dan berat 12 kilogram. Anggota-anggota keluarga lelaki itu yang dipetik media tempatan menyatakan keadaan kesihatan Dangi berada dalam keadaan baik dan dia tidak pernah mengambil ubat atau pergi ke hospital. “Kami mengesahkan ketinggian Dangi sehingga ukuran rasmi diambil dan disahkan oleh para pegawai Guinness World Records,” kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday.

Dangi telah menjadi selebriti tempatan di selatan Nepal apabila dia muncul dalam majlis-majlis komuniti dan merasmikan festival keagamaan. Rekod lelaki paling rendah di dunia ketika ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.93 sentimeter.

Dia memegang gelaran itu pada tahun lalu. Sebelum Balawing, lelaki paling rendah di dunia ialah Khagendra Thapa Magar juga dari Nepal yang setinggi 67 sentimeter. Magar melawat banyak negara dan muncul di televisyen Eropah dan Amerika Syarikat semasa dia dinobatkan sebagai lelaki paling rendah di dunia. – AFP

February 3, 2012 at 11:56 pm Leave a comment

Lidah Manusia Terpanjang

CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.

LOS ANGELES – Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai

“Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi,” katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. – Agensi

September 19, 2011 at 9:01 am 2 comments


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 336,059 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter