Posts tagged ‘pelik’

Ikan Tuna Gergasi Rm2.3 Juta

KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam.

TOKYO – Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.

Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura. “Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya,” kata Kimura.

Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun. Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. – AFP

Advertisements

January 6, 2012 at 1:38 pm Leave a comment

Aneh!! Bertan-tan Ikan Mati Di Utara Norway

SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.

 OSLO – Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin. Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.

Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.

Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. – Dpa

January 4, 2012 at 12:37 pm Leave a comment

Basikal Gergasi

ZHANG YALI menguji basikal gergasi ciptaannya di luar sebuah rumah gudang yang disewa di Jilin, China kelmarin.

JILIN, China – Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini. Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong.

Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter. Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu.Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. – Reuters

December 27, 2011 at 2:57 pm Leave a comment

Anda & Jin

Salam sejahtera semua, jom kita sama-sama mengenali alam manusia dan jin. Dalam kehidupan kita ini terdapat manusia dan juga jin. Ingat, dua makhluk itu mempunyai pelbagai watak dan ragam. So apa lagi jom kenali mereka….

December 24, 2011 at 4:37 am Leave a comment

Anehnya Pokok Abadi

Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP

MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.

Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.

Namun, beberapa tahun lalu, kewujudan tumbuhan tersebut di kawasan ini yang dikenali sebagai Lebuh Baobab terancam.

“Sebuah kilang gula berdekatan mengalirkan air ke kawasan ini dan penduduk menggunakan air tersebut untuk menanam padi. Akar pokok-pokok baobab mereput akibat ditenggelami air sepanjang tahun,” kata seorang aktivis alam sekitar tempatan, Anselme Tilahimena.

Menurutnya, nasib pokok-pokok baobab kembali cerah apabila pihak berkuasa mewartakan lokasi berkenaan sebagai kawasan lindungan pada 2007. – AFP

December 11, 2011 at 2:30 am Leave a comment

Ular Terbesar Di Malaysia

Ular apa ntah aku pun tak tau…..kalau yeaa memang besar gilerla ular ni…..

 

 

November 27, 2011 at 2:49 pm 1 comment

Lidah Manusia Terpanjang

CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.

LOS ANGELES – Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai

“Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi,” katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. – Agensi

September 19, 2011 at 9:01 am 2 comments

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

September 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 358,984 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter