Posts tagged ‘aneh’

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia. Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.

Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.

Oleh: NAIMAH SHAARI

February 6, 2012 at 6:23 am 4 comments

Ikan Spesies Baru Pseudacanthicus

IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha.

PARAMARIBO, Surinam – Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.

Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.

Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.

Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. – Reuters

January 27, 2012 at 1:00 pm Leave a comment

Pokok Usia 3500 Tahun Terbakar

API membakar bahagian dalam pokok berusia 3,500 tahun di Longwood, Florida kelmarin.

LONGWOOD, Florida – Beberapa anggota bomba menyatakan sebatang pokok yang berusia 3,500 tahun terbakar dan tumbang di tengah Florida pada Isnin lalu.

Punca pokok sipres itu terbakar yang setinggi 36 meter dan diberi nama jolokan Senator itu masih tidak diketahui.

Namun, seorang pegawai bahagian perhutanan memberitahu akhbar Orlando Sentinel bahawa ia mungkin sengaja dibakar.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Seminole, Steve Wright, pokok tersebut terbakar selama beberapa jam.

Dia berkata, api itu terbakar dari dalam pokok berkenaan.

Anggota-anggota bomba tiba pada pukul 5.50 pagi dan menggunakan hos sepanjang lebih 240 meter untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Wright berkata, satu bahagian pokok yang sepanjang enam meter tumbang pada pukul 7.45 pagi.

Beberapa pegawai taman hutan simpanan menyatakan pokok itu pernah mencecah ketinggian 50 meter sebelum bahagian atasnya ‘dipotong’ akibat puting beliung pada tahun 1925. – Agensi

January 18, 2012 at 1:07 pm Leave a comment

Aneh!! Bertan-tan Ikan Mati Di Utara Norway

SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.

 OSLO – Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin. Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.

Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.

Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. – Dpa

January 4, 2012 at 12:37 pm Leave a comment

Kenalilah Seseorang Itu Melalui….

Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu;

Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan orang berlainan jantina yang ‘cantik’ & ‘handsome’ @ disukainya;

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;

Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya;

Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.

Sumber: Ustaz Zaharuddin

December 15, 2011 at 5:37 pm Leave a comment

Anehnya Pokok Abadi

Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP

MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.

Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.

Namun, beberapa tahun lalu, kewujudan tumbuhan tersebut di kawasan ini yang dikenali sebagai Lebuh Baobab terancam.

“Sebuah kilang gula berdekatan mengalirkan air ke kawasan ini dan penduduk menggunakan air tersebut untuk menanam padi. Akar pokok-pokok baobab mereput akibat ditenggelami air sepanjang tahun,” kata seorang aktivis alam sekitar tempatan, Anselme Tilahimena.

Menurutnya, nasib pokok-pokok baobab kembali cerah apabila pihak berkuasa mewartakan lokasi berkenaan sebagai kawasan lindungan pada 2007. – AFP

December 11, 2011 at 2:30 am Leave a comment

Ular Gergasi

NIALL MCCANN (kanan) bergambar dengan seekor ular sawa gergasi yang ditangkapnya di tebing Sungai Rewa, Guyana baru-baru ini.

GEORGETOWN – Seorang pengembara, Niall McCann berjaya menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang 5.48 meter dan seberat 100 kilogram di sebuah hutan di Guyana, lapor sebuah akhbar semalam.

McCann yang merupakan seorang ahli biologi dari Cardiff, Britain yang berusia 29 tahun menemui ular tersebut di tebing Sungai Rewa.

Dia menangkap ular tersebut bersama sekumpulan pasukannya yang terdiri daripada penduduk tempatan. – Agensi

September 19, 2011 at 7:16 am Leave a comment

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 334,877 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter