Posts tagged ‘Malaysia’

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

images

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji…

4. bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts…dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt – 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat – clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km…tukar clutch!

7.Fuel Filter – tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara – yang ni di tukar setiap 20,000km….tapipada mereka yang tukar kepada K&N type…benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF – Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita…tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje….yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil – untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat….sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he…jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15… selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje…maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata “preventive maintenance”

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar…preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran….

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya “shock absorber”.. perlu diganti setiap 20,000km….! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump – ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug – every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad – tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin…erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Sumber FB

Advertisements

July 21, 2013 at 7:43 am 5 comments

Penipuan I-City

i city park-2

Artikel ini ditulis oleh seseorang yang admin tidak kenali dan admin terjumpa artikel ini di FB, mungkin benar mungkin tidak itu admin tidak pasti, kalau benar anda semua boleh komen di ruangan komen untuk kebaikan orang ramai, kalau tidak maklumkan pada admin untuk buang artikel ini, apapun ambillah penganjaran disebalik cerita kawan yang dirompak ini.

Satu luahan panjang lebar telah dikarang oleh seorang pengunjung I-City setelah merasakan diri dirompak oleh I-City. Jom baca luahan beliau:

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit….

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara ‘as per term and condition’, juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10 . Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli.

Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Dengan berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, “handbeg tak boleh bawak masuk”. Aku balas balik dengan sabar,”handbeg nak kena letak mana?”. “Dalam locker kat sana”, brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, “ada duit kecik? locker tu kena bayar”. Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, “is this the best they can offer?”. Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik? Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau “Janganlah..mahal lah”.

yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated “RM5/person” untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game” RM10/person”. Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang “kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?” Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,”Kat atas kan ada beritahu” sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal “encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main”, kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5.

Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30? Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG…ng. Kesimpulan yang aku boleh bagi; Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

February 2, 2013 at 2:43 am 1 comment

Bank Dalam Facebook

bank

CIMB Bank melancarkan OctoPay, perkhidmatan perbankan menerusi laman sosial facebook (fb) yang pertama di Asean yang boleh diakses 24 jam sehari di mana-mana di seluruh dunia secara percuma.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Penggunanya, Renzo Viegas berkata, perkhidmatan terbabit adalah lanjutan daripada perkhidmatan perbankan Internet syarikat, CIMB Clicks.

“Kami sering menjadi peneraju dalam pelbagai saluran perkhidmatan alternatif dan penyepaduan keupayaan perbankan Internet dengan menampilkan unsur rangkaian sosial.
“OctoPay satu lagi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana saja di dunia dengan sambungan Internet, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa caj perkhidmatan atau sebarang transaksi,” katanya pada majlis pelancaran OctoPay di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, urus niaga yang dijalankan menerusi OctoPay adalah selamat kerana aplikasi itu berada dalam prasarana CIMB Click.

“Kami membelanjakan jumlah yang besar untuk memastikan keselamatan penggunaan perbankan Internet kami,” katanya.
Viegas berkata, pihaknya berharap aplikasi baru itu akan dapat menarik pelanggan berdaftar dengan CIMB Clicks.

“Kami belum menetapkan sasaran penggunaan OctoPay, tetapi dengan pengenalannya, kami harap pelanggan berminat mendaftar dengan CIMB Clicks yang kini mempunyai 3.6 juta pengguna berdaftar di Malaysia dengan jumlah purata transaksi kewangan bulanan sebanyak RM 3.5 juta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

December 19, 2012 at 9:58 am Leave a comment

Politik Malaysia

Seorang A politikus parti 123 berkata “Aku mendapati patung barbie boleh digunakan untuk kanak-kanak”. Orang B melaporkan “A berkata bahawa babi itu halal dan boleh dimakan oleh kanak-kanak”. Orang dari parti C berkata “Jahatnya A, menghalalkan yang haram”. 

A menjawab “Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!”.

C dan rakan2nya D,E F berkata ” Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liberal dan menghina Islam

Z ditanya oleh media sedang dia tidak mendengar sendiri lalu memberi komen “Ish, ini sudah teruk, kalau dia menghalalkan babi, saya merasakan dia adalah agen Yahudi di negara kita”

Pengajaran Ringkas : 

a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepretasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.

b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.

c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..

d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes tertentu dan parti secara specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Keranaia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.

 
Sumber:Zaharuddin.net

November 11, 2012 at 4:33 am Leave a comment

Kena Tipu Lagiiii – Setiausaha ditipu kekasih Nigeria

HOCK SENG menunjukkan gambar lucah di telefon bimbit yang dirampas daripada warga Nigeria yang ditahan kelmarin

MELAKA – Hanya dalam tempoh dua bulan, seorang janda anak satu kerugian RM233,227.96 gara-gara terjerat dengan ayat-ayat cinta lelaki Nigeria menyamar sebagai doktor yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook pada awal Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, dalam tempoh perkenalan di alam siber itu, lelaki Nigeria itu mendakwa dia bekerja di Switzerland manakala mangsa yang berusia 56 tahun bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat.

Menurut beliau, setelah usia perkenalan mencecah hampir sebulan, suspek memberitahu bahawa dia ingin mengirim wang sebanyak AS$380,000 (kira-kira RM1,444,000) kepada mangsa kerana ingin membuka sebuah klinik di negara ini.

“Suspek juga memberitahu akan datang ke Malaysia pada penghujung bulan Mei untuk mengambil wang tersebut.

“Pada 30 Mei lalu, suspek mendakwa wang yang dibawa oleh seorang wanita sudah tiba di Kuching, Sarawak, namun pembawa wang tersebut ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas kesalahan membawa wang tunai,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Hock Sing berkata, suspek yang berhubungan dengan mangsa kemudian merayu agar mangsa menolongnya membayar RM54,500 kepada JKDM kononnya sebagai yuran kerana membawa wang tunai.

Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank seorang wanita tempatan pada penghujung Mei lalu.

“Keesokan harinya, janda itu memasukkan sebanyak RM6,500 ke dalam akuan sama setelah suspek mendakwa ada caj lain,” kata beliau.

Jelas Hock Sing, pada 1 Jun lalu, mangsa sekali lagi memindahkan wang berjumlah RM77,227.96 ke dalam akaun sama setelah suspek memaklumkan perlu membayar cukai sebanyak tujuh peratus kerana wang yang dibawa itu.

Pada 4 Jun lalu, mangsa sekali lagi memindahkan wang sebanyak RM85,000 kononnya sebagai bayaran tambahan cukai tujuh peratus yang dikenakan.

Pada 5 Jun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek kononnya wang sudah tiba di Kuala Lumpur dan meminta mangsa membayar RM10,000 kepada pembawa wang berkenaan melalui satu akaun bank lain.

Menurut Hock Sing, mangsa yang berasal dari sini kemudian diminta ke sebuah hotel di Kuala Lumpur kononnya untuk mengambil wang tersebut daripada seorang lelaki Afrika yang ditemani seorang lelaki tempatan.

“Mangsa diperbodohkan lagi apabila lelaki Afrika itu menyuruh mangsa membayar RM10,000 bagi membeli sejenis cecair kononnya bagi mencuci mata wang dolar Amerika Syarikat yang dibawa dalam sebuah peti besi,” kata beliau

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa terselamat daripada terus kerugian apabila dia tidak membawa duit dan mula berasa curiga dengan kedua-dua lelaki terbabit.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir pada 16 Ogos lalu.

Polis yang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut menahan pemilik akaun yang digunakan suspek.

Pemilik akaun tersebut merupakan seorang pelajar wanita tempatan berusia 23.

Susulan penangkapan wanita itu, polis kemudian menahan tiga lagi lelaki Nigeria di sebuah resort di Putrajaya pada pukul 3 pagi kelmarin.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit milik warga asing berkenaan. Semakan telefon bimbit berkenaan mengandungi klip video lucah yang dipercayai digunakan oleh lelaki-lelaki Afrika itu untuk memikat mangsa-mangsa mereka.

Sumber kosmo:

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosm.com.my

August 30, 2012 at 3:58 am Leave a comment

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta’ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
“Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Credit Oleh: zaharudidin.net (FB)

June 25, 2012 at 11:25 pm Leave a comment

Apa Itu Stiforp dan Peluang Buat Duit

APA ITU STIFORP?

Stiforp adalah bisnes internet terhebat masakini. 100% dijalankan secara online. Sistem yang sangatPOWERFULL. Baca FAKTA berikut:

  •   Pelan pemasaran yang terkini dengan Bonus yang sangat BESAR!

Jika anda menaja, bonus sehingga 88%. Jika anda tidak sempat menaja (atau kurang pandai), anda tetap layak bonus hasil dari limpahan kami, anda dapat 2.5% daripada jumlah yuran langganan dalam kumpulan anda setiap bulan!

  •   Limpahan network berlaku di secara binary.

Jika anda tidak pandai menaja, anda perlu kekal aktif melanggan sistem Stiforp iaitu hanya usd9.95 setiap bulan (anggaran RM32). Hanya guna pakai sahaja, network anda akan berkembang secara automatik. Bonus limpahan ini adalah bonus matrix dan tiada syarat dikenakan untuk anda terima bonus ini. Maksudnya, walaupun anda belum buat apa-apa lagi, asalkan akaun anda AKTIF, maka bonus matrix ini akan tetap dibayar.

Senang cakap… “Tak Pandai Menaja Pun Dapat Income Bulanan”

  •   Bonus Powerline USD4 (bonus khas sebelum upgrade) .

Jika anda belum upgrade lagi, ramai ahli stiforp satu dunia sedang upgrade ketika ini. Dan berdasarkan powerline, mereka yang mendaftar selepas anda akan diletakkan dalam powerline ini. Maka, anda akan dapat USD4 dari bonus powerline ini. Bonus ini akan dimasukkan ke akaun kita pada awal bulan berikutnya (khamis pagi waktu Malaysia) S

Senang cakap, anda tunggu sehingga 30 hari (atau lebih cepat), bonus USD4 ini comfirm masuk.

Join sahaja, dapat USD4

APA PRODUKNYA?

Selepas anda “UPGRADE” anda akan diajarkan cara daftar Kad Debit Mastercard Payoneer . Yg mana akan di pos kerumah anda dalam masa 3-4 minggu. Dan, bila bonus masuk, anda boleh keluarkan CASH dari mana-mana ATM machine satu dunia!

Bukan itu jer, dengan melanggan system STIFORP, anda akan dapat TOOLS Internet Marketing yang bernilai ribuan ringgit! Ianya termasuk:

1.        Personalized Landing Page

Anda akan dapat SISTEM PERSONALIZED LANDING PAGE. Yang mana automatic sudah wujud + borang opt in + autoresponder.

Setiap satunya anda boleh edit:

•  Tukar tajuk & Butiran

•  Ayat Promosi

•  Gambar profil & Header

•  Akaun FB dan Twitter

•  Links apa jua bisnes tambahan

•  Tukar Design & color

•  Pilih Video Presentation (build in) atau letak youtube link.

2.        Landing Page Setup (3 Set) – Pelbagai Pilihan Design

 

Sistem ini berbeza dengan Produk 1, ianya lebih focus kepada Video Spokeperson, Flash Movie, dan pilihan sehingga 10 Design Template. Hanya guna pakai saja untuk prome bisnes internet untuk ada dapatkan “Mailing List”.

3.       Video Spokeperson

4.       Flash Movie Presentation

5.       Sistem Autoresponder

6.       Dan Banyak Lagi…

SEMUA SISTEM NI JIKA LANGGAN SATU PERSATU HARGA BERNILAI > lebih RM2,000 Tapi, dengan STIFORP hanya USD9.95 sebulan saja..!

KEKALKAN BISNES ANDA * MAJUKAN BISNES!!

Apa saja bisnes anda lakukan! Kami HORMATI bisnes anda. Dan kami disini BERSATU demi ILMU Marketing Yang POWER + Income ke-3!!

Bayangkan semua leader-leader hebat berkumpul dan sama-sama saling bantu membantu dengan berikan ILMU yang tanpa berbelah bagi.

BERMULA DENGAN DAFTAR PERCUMA

Anda akan diberikan website promosi atas nama anda. Pelbagai design pilihan dan pelbagai bahasa. Ini memudahkan anda mendapat network hanya dengan pendaftaran percuma!

Website tambahan daripada Group PowerTeam juga diberikan PERCUMA kepada anda. Contohnya:http://stiforp.asia/reseller

SISTEM EMAIL FOLLOW UP BANTUAN

Anda tidak perlu susah-susah untuk mengarang email follow up dalam bahasa melayu. Kerana apabila anda bersama kami (Power Team), maka anda boleh pakai sistem kami secara PERCUMA! Sudah siap sepenuhnya, anda hanya perlu gunakan saja.

CLOSING 2 KALI SEMINGGU

 

Closing adalah setiap selasa dan jumaat 12 malam (waktu USA), jika waktu Malaysia adalah setiap Rabu 1.00ptg dan juga Sabtu 1.00ptg

Apabila sampai waktu closing (cut-off), maka mereka yang telah upgarde akan masuk dalam kedudukan matrix mengikut level. Jika anda telah mendaftar dahulu, tetapi upgrade lewat, maka orang yang terkemudian mendaftar dan upgrade segera akan duduk dilevel lebih atas daripada anda.

jadi, jika anda sudah bersedia, TERUS UPGRADE!

RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA GEGAR DUNIA!!

Terkini, di carta Top Leader sudah membuktikan rakyat Malaysia dan Indonesia mula menakluki dunia..! Sedangkan baru saja bermula pada Mei 2012.

Malah, ramai juga nama-nama majoriti adalah dari Power Team dan DGreat Network! Iaitu team kami 🙂

BONUS USD4 JIKA ANDA UPGRADE!

Jika dalam “powerline” anda sudah ada warna oren, dan lebih daripada 3 orang, maka anda akan dapat USD4 sekiranya anda Upgrade keahlian anda.

Anda belum buat apa-apa lagi, tapi sudah dapat USD4 hasil ahli yang lain upgrade dalam Powerline anda. Ini juga sebagai bonus galakkan kerana anda bersama Stiforp.

CARA SEMAK POWERLINE:

1# klik http://stiforp.com/login

2# masukkan email anda di bahagian Pre Enroller dan klik login

3# selepas login, klik pada Genealogy atau Company Momentum

4# anda lihat berapa ramai telah warna oren yang sudah upgrade.

BONUS-BONUS YANG BESAR + LUMAYAN!

1) BONUS TAJAAN / SPONSOR /ENROLL NEW MEMBERS

Jika anda melakukan promosi website anda, maka setiap yang sertai anda, anda akan dapat USD25. Anda boleh menaja seberapa ramai yang anda suka! Jika anda menaja 10 orang, maka anda dapat 10 x USD25 = USD250

Bukan itu saja, setiap tajaan anda membuat tajaan pula, anda mendapat:

# Tajaan generasi ke-2 : USD2 setiap seorang.

# Tajaan generasi ke-3: USD1 setiap seorang.

Bonus Tambahan (jika anda status 4 star dan 5 star):

# 4 Star Infinity: USD1 setiap new upgraded infinity (tanpa had generasi)

# 5 Star Infinity: USD1 setiap new upgraded infinity (tanpa had generasi)

** Kelayakan 4 Star dan 5 Star akan diberikan panduan selepas anda upgrade.

2) BONUS MATRIX 2X14 LEVEL

Setiap ahli dalam rangkaian anda, samada anda yang taja atau secara limpahan, maka anda akan dapat 2.5% setiap seorang daripada jumlah maintain USD9.95 sehingga 14 level (jika anda ambik pek 2) atau sehingga 12 level sahaja (jika anda ambil pek 1)

Walaupun anda tidak menaja, anda tetap LAYAK BONUS INI.

Pada mulanya ianya mungkin kecil, tapi, bila group berkembang, anda berpotensi mendapat income pasif setiap bulan sehingga USD8191 (RM24,000)

Ya, dengan bantuan Komuniti POWERTEAM + DGREAT NETWORK, kami bekerjasama membantu yang lain. Anda yang KEKAL MELANGGAN produk stiforp, anda akan dapat pulangannya juga, sedikit demi sedikit?. Kumpul lama-lama jadi banyak,

PASTIKAN ANDA KEKAL AKTIF MELANGGAN SETIAP BULAN USD9.95 SAHAJA!

3) BONUS MATCHING 5 GENERATIONS

Ini merupakan bonus yang paling lumayan jika anda buat tajaan. Setiap orang yang anda taja, anda akan dapat 50% bonus matching dari pendapatan matrix mereka setiap bulan!

– Matching Generasi Pertama: 50%

Bukan itu saja, anda akan dapat juga bagi generasi berikutnya:

-Matching Generasi Ke-2: 20%

-Matching Generasi Ke-3: 10%

-Matching Generasi Ke-4: 5%

-Matching Generasi Ke-5: 3%

 

BUKTI PENDAPATAN GROUP KAMI!

Baru saja bermula, dan kami FOKUS 100% buat bisnes ni sampai jadi. Hasilnya, kurang 30 hari sudah collect RM10,821. Setakat ini kami memegang rekod Malaysia sebagai TERPANTAS mencecah pendapatan 5 angka dalam stiforp, iaitu cuma dalam 29 hari sahaja selepas JOIN.

BERAPA KENA BAYAR UNTUK UPGRADE?

Ada 2 Pakej Untuk Anda JOIN:

1) PAKEJ 1: USD49.95 (~RM160) dan bulanan USD9.95 (~RM30)

– ranking ahli biasa

– bonus matrix layak 12 level

– risiko terkeluar dari matrix jika ‘miss’ yuran bulanan

2) PAKEJ 2: USD149.95 (~RM480) – tidak perlu yuran bulanan selama 1 tahun.

– Jimat 20%

– Naik rank 3 star

– Kelebihan bonus matrix 14 level

– Bonus Matching 3 level

– Akaun aktif 1 tahun – tiada risiko terkeluar

CARA PEMBAYARAN YURAN UPGRADE

PILIHAN 1: KAD KREDIT / KAD DEBIT

Memandangkan ini ada bisnes internet, untuk anda upgrade anda perlukan kad kredit atau kad debit yang ada logo VISA atau MASTERCARD.

PILIHAN 2: KAD DEBIT MAYBANK (BUAH CERI)

Jika anda memiliki Kad Debit Maybank (buah ceri) seperti gambar berikut, maka anda boleh gunakan.

Jika kad ATM Maybank anda masih yang lama (Kuning/Hitam), anda boleh terus ke Maybank dah tukarkan kepada yang baru (gambar ceri):

PILIHAN 3: KAD DEBIT RHB

ATAU, jika anda TIADA KAD DEBIT MAYBANK INI, anda boleh pergi mana-mana Easy RHB branch, kebiasaannya ada di TESCO dan buka pada malam hari dan juga hari sabtu ahad.

Anda boleh apply “Kad Debit RHB” hanya dalam 10-15 minit dah siap. Bawa saja IC (kad pengenalan) dan juga wang untuk dimasukkan sebagai deposit (untuk dijadikan baki dalam kad). Tak perlu nak buka akaun RHB, hanya bawa saja IC dan duit.

PILIHAN 4: GUNAKAN VIRTUAL CREDIT CARD (VCC)

Jika anda tahu cara beli VCC, anda boleh gunakan cara VCC untuk upgrade. Sila gunakan VCC bernilaiUSD50 untuk Pakej 1 dan USD150 untuk Pakej 2.

Jangan peningkan kepala jika anda tidak pernah dengar VCC, maka anda boleh guna PILIHAN 5

PILIHAN 5: BAYAR TUNAI / CASH (BANK IN)

Sekiranya anda memang tiada kredit atau debit card, dan anda malas untuk ke Easy RHB Bank, anda boleh bank in kepada akaun kami (Team Leader). Dan kami akan belikan VCC untuk anda dan kami akan UPGRADE kan akaun anda.

Cumanya, untuk permohonan VCC anda akan dikenakan sedikit caj dari VCC provider. Jumlah yang perlu anda bank in adalah:

PAKEJ 1: RM180

PAKEJ 2: RM530

Sila hubungi enroller anda untuk mengetahui cara pembayaran CASH ini.

Like Kami Di Facebook Di Sini: Bisness Online

June 19, 2012 at 1:32 pm 2 comments

Older Posts


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 35 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 369,042 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter