Memahami Isu Hukum Hudud

September 24, 2011 at 1:36 am 1 comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Diharapkan anda semua sihat dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat yang Maha Esa iaitu Allah SWT. Kali ini nak diceritakan sedikit sebanyak isu masalah umat islam di Malaysia terutamanya. Isu yang sering dibangkitkan oleh orang Islam di Malaysia ialah berkenaan undang-undang Islam iaitu Hudud.

Malaysia seperti yang kita semua tahu, Undang-undang hudud masih belum lagi dilaksanakan walaupun hukum ini adalah wajib dilaksanakan oleh pemerintah Islam. Negara kita dikatakan negara islam tetapi pelaksanaan hukum islam masih lagi tidak dilaksanakan oleh pemerintah islam. Namun, isu pelaksanaan ini dirungkai oleh pelbagai pihak terutamanya oleh golongan Ilmuan Islam yang pakar dalam bidang masing-masing, tidak terkecuali jugak isu ini dibangkitkan oleh ahli-ahli politik untuk kepetingan dan tujuan masing2.

Bagi Parti PAS pendirian mereka adalah tegas dalam pelaksanaan hukum hudud iaitu wajib dilaksanakan sebagai penganti undang-undang yang sedia ada yang bukan islamic dan bagi saya ia adalah perlu untuk membangkitkan kesedaran orang islam tentang perjuangan Hukum Allah walaupun tak dapat dilaksanakan lagi. Manakala bagi BN mereka masih lagi dengan pendirian bahawa Malaysia masih belum lagi sesuai untuk dilaksanakan kerana keadaan masih tidak sesuai atau kondusif dan mungkin akan menimbulkan pelbagai keburukan kepada orang awam yang masih belum memahami dengan pelaksanaan hukum hudud tersebut. Namun bagi Parti DAP MCA dan MIC mereka tetap akan menolak pelaksanaan hukum hudud kerana meraka bukan golongan Islam dan masih belum jelas keadilan yang wujud sekiranya ada pelaksanaan Hukum tersebut. Oleh itu, tidak hairan sekiranya golongan kafir menolak pelaksanaan hukum islam. Masalah utama ialah adakah pemerintah sekarang memberi kefahaman kepada orang awam dan golongan bukan islam untuk memahami islam tentang pelaksanaan hukum tersebut supaya mereka dapat lihat akan keadilan hukum islam.

Pada pandangan saya masalah utama ialah sejauhmana pihak pemerintah cuba mewujudkan keadaan kondusif dan memberi pemahaman yang meluas kepada orang Islam dan bukan islam akan keadilan Hukum Hudud. Persoalannya adakah promosi islam secara meluas ini berlaku??? Untuk memberi kefahaman kepada orang awam samada orang islam yang belum betul2 memahami islam dan orang bukan islam yang pasti tak faham islam boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti media elektronik iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, ASTRO dan sebgainya….Manakala media cetak ialah surat khabar, majalah dan sebagainya ataupun memberi risalah percuma mengenai Islam. 

Sebaliknya ialah hiburan yang sering di beri dan disuap kepada orang awam yang akan menyesatkan umat islam itu sendiri. Sepatutnya wacana Ilmu seperti debat, wawancara, dan lain-lain yang memberi kefahaman kepada orang awam perlu dilakukan untuk menampakkan kebaikan Islam itu sendiri. Promosi islam perlu dilakukan melalui media utama seperti TV untuk memudahkan penyampaian yang berkesan kerana majoriti orang awam yang menonton TV iaitu 90 % . Pikir-pikirkanlan dan lihatlah dari sudut yang positif….

Kepada orang awam seperti saya dan lain2 yang ingin lebih memahami mengenai pelaksanaan hudud perlulah menuntut ilmu secera mendalam. Untuk mendapat ulasan mengenai  pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dari salah seorang pakar agama iaitu Ustaz Dr Asri atau DRMAZA dengan pendirian bahawa keadaan negara Malaysia yang masih belum kondusif.

Selamat Menonton dan Memahami

Manakala Bahan Bacaan dan ulasan DRMAZA:

Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud

Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah

Ustaz Azhar Idrus – Hudud Bagi Bukan Islam

Ustaz Zaharuddin – Undang – Undang Islam Dan Hukum Hudud

AAM HUDUD; Hukum, Hikmah, Kritikan & Jawapan

Saksikan Juga Forum Hudud Oleh:  Ustaz Ismail Kamus dan Dr. Haron Din

  

Entry filed under: Agama, Idea, Ilmu, Lain-lain, Politik, Umum, Video. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Pengantin Gelisah Malam Pertama 774 Wanita Gersang Cair Digoda Nigeria

1 Comment Add your own

  • 1. me n you  |  November 16, 2014 at 2:44 pm

    bole ka sekiranya setiap ucapan n penulisan singkirkan perkataan meng kafir kn org? sbb nmpk sangat sifat manusia merendahkan diri org lain.pd hal belum tentu siapa yg nasibnya masuk sorga atau neraka.klo kita yakin diri sendiri yg pasti terbaik bagi tuhan,bersyukurla,,rasanya tak perlu la terlebih bersyukur sehingga mengkafirkan/merendahkn org lain…sbb org yg makan babi tetapi sedar diri dia lebih renda dari malaikat atau tuhan jika di bandingkn dgn org yg meninggi diri menyamai tuhan atau terlebi2 dr tuhan,,aku rasa lebih sesuai lagi org yg makan babi tersebut di pangil manusia dr yg meninggi diri itu…tq

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 32 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 303,628 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter

Like Page Zakizakirin

Follow My Bisnes Info


%d bloggers like this: