Terpukau Selepas Bersalaman Dengan Lelaki Tua

September 16, 2011 at 2:10 am 2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Kali ini saya nak coretkan disini kisah saya terpukau dengan seorang lelaki tua di stesen bas putra.

Alkisah, kejadian ini berlaku lebih kurang pada tahun 2007 semasa saya masih belajar di Universiti Malaya lagi. Seperti mana pelajar yang lain, setiap kali cuti semester sudah pasti mereka akan pulang ke kampung masing2 tidak terkecuali juga saya. Perjalanan balik kampung bermula dengan menaiki bas di stesen Putra dan setiap para penumpang hendaklah menunggu di stesen bas 10 minit lebih awal dari masa yang tertera di tiket masing2.

Pada hari saya nak balik kampung, saya pergi awal ke stesen bas untuk mengelak dari terlepas bas seperti yang berlaku pasa saya sebelum ini..(hehehe kisah kali pertama naik bas). Setelah saya sampai di stesen bas, saya duduk di kerusi yang telah dibuat khas untuk semua penumpang yang datang awal untuk naik bas. Di tempat duduk tersebut saya menunggu lebih kurang setengah jam awal dari masa bas bertolak.

Semasa saya menunggu basa, tiba-tiba datang seorang pak cik tua memberi salam dan bersalaman dengan saya secara tergesa-gesa dan saya terus sambut salamnya dengan baik. Dari situ bermulalah cerita pakcik, apa yang dikatanya ialah minta maaf nak pakcik nak balik umah jauh (saya tak ingat kat mana) dan perlukan duit untuk tambang. Pakcik xde duit nak tambang, selepas terus pakcik tu tanya saya nak balik mana nak, saya jawab nak balik Kelantan. Pak cik sambung lagi ceritanya bahawa di pernah belajar kat pondok di Kelantan dan sebagainya. Dalam masa yang sama pakcik tu juga bercerita pasal dia kena halau kat isterinya kerana dia marah kat isterinya yang tengok cerita S**S kat tv sampai pakcik tu pecahkan tv tersebut. Saya dengar jelah, apa yang ada dalam pikiran saya adalah pakcik ni orang baik.

Last sekali pakcik tu cakap lagi pasal duit, dia nak pinjam duit sebanyak Rm50 untuk buat tambang balik kampung nak jumpa anak-anak dia dan berjanji akan bayar balik sekiranya berjumpa dengan saya nanti. Pakcik tersebut juga minta no telefon saya kerana dia akan call saya apabila pakcik tersebut telah sampai kat kampungnya. Saya apa lagi, tanpa fikir panjang terus bagi RM50 kerana nampak kesian kat pakcik tersebut yang xde duit disusuli dengan ceritanya yang sangat menarik dan no telefon juga saya bagi.

Sebelum pakcik tu pergi dia minta lagi duit Rm50 nak beli buah tangan, saya pun cakap dah cukup tu pakcik duit Rm50 yang saya bagi tadi, dia cakap tak cukup sebab tambang dah berapa nak beli buah tangan lagi untuk bawa balik kampung. Apa lagi, saya cakap nak bagi Rm50… saya pun nak guna juga duit tu pakcik…. Rm20 ringgit boleh tak pakcik?, pakcik tu cakap ok dan saya pun terus bagi lagi Rm20. Akhir sekali drama pakcik ni ialah, dia tanya nama saya dan terus berdoa kat situ dan saya pun tadah tangan mengaminkannya. Selepas baca doa pakcik ni minta lagi duit, dia rasa tak cukup untuk perjalanan balik, saya cakap…..saya dah xde duit pakcik (masa ini baru saya rasa pelik dengan pakcik ni sebab macam nak kenakan aku je “dalam fikiranla” ). Selepas tu, pakcik tu cakap nanti sampai pakcik telefon yea….dan pakcik tu terus pergi…..

Selepas beberapa minit, bas yang saya nanti akhirnya sampai, saya tanpa menlengahkan masa terus naik bas dan duduk seperti mana no bas yang tercatat pada tiket. Semasa perjalanan dalam bas, saya ingat kembali kisah tersebut dan saya merasakan saya tertipu kerana saya berikan duit tersebut dalam keadaan separa sedar. Walau bagaimanapun, saya fikir xpelah mungkin ujian Allah kepada saya kerana pada masa tu dalam wallet saya ada duit lebih kurang Rm200 ringgit, tu yang saya tak teragak-agak untuk beri kepada pakcik tersebut. Bila saya fikir kembali memang saya tak berapa sedar ketika kejadian tersebut dan membuat penilaian yang wajar terhadap pakcik itu. Apapun yang terjadi mungkin ada hikmah di sebaliknya dan saya juga telah niat sedekah padanya apabila sekian lama tidak ada call dari pakcik tersebut seperti mana yang dijanjikan.

Namun demikian, hasil dari kejadian tersebut membuatkan saya lebih berhati-hati apabila ada seseorang datang berjumpa dengan saya dan bercakap benda yang sama. Kerana saya akan menilai dengan keadaan fikir secara sedar bukan separa sedar walaupun diceritakan dengan pelbagai cerita untuk menyakinkan saya. Oleh itu, marilah kita semua berfikir sejenak apabila ada orang susah yang datang minta bantuan pada kita, memang ada orang yang betul-betul susah tetapi tidak ketinggalan juga ada sesetengah individu yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain.

So jangan mudah terpukau dengan cerita kesian orang…k..berhati-hatilah jika berjumpa dengan seseorang kerana ada inividu berjumpa dengan anda dengan niat menipu bukan untuk meminta pertolongan..

Sekian wasalam dari zakizakirin

Entry filed under: Alkisah, Lain-lain. Tags: , , , .

Hati-Hati Dengan Sihir Guna Gambar Dalam Facebook Ular Gergasi

2 Comments Add your own

  • 1. Mohd Zainuddin  |  September 17, 2011 at 6:11 am

    Assalam…

    Kie, kita ada kisah yang hampir sama. Apa yg blaku kat aku lama sangat dah..

    Lepas aku abis SPM, aku mai KL cari kijooo…aku mtk kijo kilang tp xleh..last2 jadi pok gad. Dipendekkan cerita, bila dpt gaji pertama, aku gi lah sorang2 ke Puduraya nak beli handset…

    Lps beli nset, aku pun gi lah stesen bas nak balik Shah Alam (ms tu duk hostel di Shah Alam). Duk tunggu bas, marilah pakcik (tak tua mana, dlm umur 40 lebih)..

    Mula2 dia cerita, dia mai dari Langkawi ngan bini dia nak gi JB. Tiba2 bini dia beranak dalam bas. Beranak kembar. Bas berhenti di tepi jln (dkt KL doh) bila ambulans sampai n bawak bini dia gi spital. Dia plak ms tgh kalut2 tu tggal semua brg2 di tepi jln.

    Bila bini dia dah selamat di spital, dia mai smula nak ambik brg2 dia tp dia tgk seme brg2 dia dah kena kebas. Duit2 dia seme kena curi.

    Jadi dia mtk ngan aku RM50 utk tambang keretapi blk Langkawi. Dia nak blk Langkawi sb nak ambil kereta dia, mudah sket nak bwk balik bini dia yg br bsalin tu blk Langkawi.

    Dia buat muka sedih, citer sedih..aku pun kesian la…tak byk soal lg, aku pun bg RM50.

    Bila aku dah bg RM50, dia mtk lg RM50. Dia kata nak guna dlm perjalanan, nak mkn, nak beli brg2..aku dah takde duit dalam dompet masa tu. Aku jujur sgt mungkin…aku bgtau dia, duit dalam dompet dah xdop..dalam bank ada lah sket lg. Dia pun mtk aku pegi bank utk keluarkan duit.

    Aku pun pegi la..dia pun follow. Pastu dia mtk no phone aku. dia kata, bila dia dah sampai Langkawi, dia akan masukkan duit aku blk. Aku pun lega lah sket..aku pun mtk jgk no phone dia, dan dia bagi.

    Dia kata jgn risau…dia akan bank in kan balik. Klu dia tak bank in balik, dia kata, dia rela jadi kafirrrr…

    Bila dah 3 hari blalu, aku pun pegi la tgk kat bank, duit x masuk lg.. lps 2 3 hari kemudian, gi tgk lg..xdop lagi.. 2 3 hari kemudian, xdop lg..ermmm, sah2 dah kena tipu lah ni, aku fikir..

    aku pun try call dia, x angkat…byk2 kali call pun x angkat..esoknya pun x angkat, lusanya pun x angkat. Last2 aku remove jer no phone dia..

    Duit rm100 tu x seberapa sgt..yg aku plg sedih skali dia kata, dia rela jd kafirr klu x bank in balik…hanya kerana rm100, sanggup jd kafirr..nauzubillah..

    Reply
  • 2. zakizakirin  |  September 17, 2011 at 2:18 pm

    wah……rupa-rupanya bukan aku sorang je yang kena tipu macam ni, ramai lagi senasib dgn aku…apapun kerana duit orang sanggup buat apa sahaja….malahan sampai sanggup bunuh orang lain termasuklah keluarga sendiri…itulah dunia yang penuh dengan tipu daya yang boleh membawa kita ke neraka…nauzubillah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 32 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 303,628 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter

Like Page Zakizakirin

Follow My Bisnes Info


%d bloggers like this: