Berhati-hati Web Page Tipu

February 26, 2011 at 11:45 am 4 comments

Salam sejahtera semua, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penipuan di internet. Seperti yang sedia maklum dalam alam maya terdapat pelbagai cara penipuan seiring dengan kecanggihan teknologi internet, namun tidak semua yang menyedari akan teknik penipuan yang giat dilakukan. Mungkin ada segelintir daripada yang tahu dan ada juga yang tidak tahu terutama bagi “new user” di internet. Orang baru atau pengguna baru yang menggunakan internet mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk ditipu kerana mereka kurang ilmu dan pendedahan semasa yang berkaitan dengan penipuan secara online.

Oleh itu, kepada sesiapa yang mengetahui mengenai cara penipuan yang dijalankan diinternet hendaklah menghebahkan maklumat tersebut untuk kebaikan bersama terutama bagi pengguna baru. Keadaan ini boleh mengurangkan berlakunya penipuan yang boleh membawa kepada penindasan dan penganianyaan kepada pengguna. Di dalam internet terdapat pelbagai skim penipuan yang aktif dan telah menipu banyak orang tanpa disedari terutamanya pelaburan haram.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan dedahkan mengenai penipuan yang giat dilakukan berkaitan dengan Online Banking terutama melibatkan Maybank. Penipuan ini telah lama dijalankan, namun kali ini pihak yang tidak bertanggung jawab masih lagi melakukan perkara yang sama seperti mana yang saya sendiri alami. Saya akan tunjukkan bukti penipuan yang cuba dilakukan ke atas akaun Maybank saya.

Pada peringkat permulaan anda akan mendapat email seolah-olah email benar dari pihak Maybank dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Padahal pihak Maybank tidak pernah menghantar email tersebut. Email-email ini akan masuk dalam inbox anda dan oleh itu anda hendaklah sentiasa berhati-hati dengan email tersebut. Untuk mengelakkan anda terlupa dan tertekan email tersebut anda dinasihatkan untuk setup email itu ke dalam SPAM MAIL. Contoh email-email tipu anda dapat lihat dalam gambar dibawah:

Maybank Tipu

Lagi gambar penipuan di bawah…

Maybank Tipu

Bagaimana anda ingin mengenalpasti samada itu adalah laman web asal Maybank atau laman web tipu yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa yang boleh saya bagitau untuk membezakan web page Maybank asal dengan web page Maybank tipu ialah seperti anak panah tersebut. Pertama ialah link atas yang ditunjukkan oleh anak panah  yang membawa kepada page Maybank adalah tidak sama dengan link Maybank yang asal dan yang kedua ialah tarikh seperti anak panah di atas. Sekiranya page Maybank yang asal akan menunjukkan tarikh yang terkini manakala page yang tipu akan menunjukkan tarikh bila anda mendapat email tersebut.

Apa yang menimbulkan persoalan dan kemusykilan ialah bagaimana pihak penghantar Fraud Email itu tahu bahawa kita adalah pengguna Maybank2u.com? Inilah yang sering menjadi pertanyaan ramai padahal kita bukan sahaja menggunakan Maybank sebaliknya bank-bank lain juga kita menggunkannya secara online. Namun penipuan mengenai bank lain tidak pulak pernah didedahkan mengenai penipuan yang sama. Adakah ini adalah kegiatan orang dalam Maybank yang mendedahkan maklumat pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab?Pelik Tapi Benar. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan kepada pengguna Maybank2u .com haruslah berhati-hati bila menggunakannya.

Sekian Wasalam

Tambahan Gambar:

Facebook LoginAdakah ada pihak yang tidak bertanggungjawab menipu untuk mendapatkan email dan password pengguna Facebook?

Entry filed under: Business, Internet, Video. Tags: , , , , .

Adakah Propaganda Atau Realiti? Pentingnya mengosongkan “cache” di browser

4 Comments Add your own

  • 1. aya  |  February 26, 2011 at 12:27 pm

    salam.. tahniah atas pendedahan saudara ni. sekarang ni memang dah banyak kes penipuan macam ni. Hasil pemerhatian saya juga, pengguna maybank2u perlu lebih berhati-hati. Bukan sekadar menghantar fraud email malah pihak yang tak bertanggungjawab juga tanpa segan silu akan menghantar mesej ke telefon bimbit dan meminta maklumat akaun maybank dengan alasan telah memenangi cabutan bertuah dari syarikat mereka dan memerlukan nombor akaun maybank untuk urusan pemberian hadiah. Perlu diingatkan, sekiranya ada TIDAK PERNAH menyertai apa-apa peraduan, selidiklah terlebih dahulu sebelum membalas mesej yang anda terima. Penipuan sekarang makin canggih selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Apa-apa pun, diharapkan pihak berkenaan perlu segera mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras permasalahan ini.

    Reply
  • 2. zakizakirin  |  February 27, 2011 at 2:06 am

    Saya setuju dengan pandangan yang diberikan, oleh kita semua harus berhati-hati dalam penggunaan internet agar tidak menjadi penipu dan ditipu…

    Reply
  • 3. farah ilyana  |  June 5, 2013 at 3:48 pm

    sy nk tanye adakah peraduan ini benar?http://www.free-test.com.my

    Reply
    • 4. zakizakirin  |  June 9, 2013 at 4:23 am

      ini untuk iklan dan trick nak dapatkan maklumat customer/public

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 32 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

February 2011
M T W T F S S
« Jan   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 304,673 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter

Like Page Zakizakirin

Follow My Bisnes Info


%d bloggers like this: