Perempuan Kahwin Dengan Lelaki Fasik

August 4, 2010 at 5:18 pm Leave a comment

Salam sejahtera untuk anda semua, harap anda semua suka membaca di ruangan ini dan memberi komen yang membina untuk semua. Ini kisah mengenai salah seorang perempuan yang takut bermadu dan sanggup berkahwin dan memberi cintanya pada lelaki yang fasik….apa pandangan anda sila beri komen…

Salam sekali lagi, ini cerita mengenai seorang perempuan yang bekerjaya sebagai seorang cikgu, umurnya sudah lanjut usia hampir 30 an. Sebelum ini dia pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang handsome, baik dan beriman boleh dikatakan, setelah sekian lama dia terkejut apabila dia dapat tahu bahawa lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Perasaannya sangat kecewa kerana dia jatuh cinta dengan lelaki orang yang beranak pinak ditambah pula perkahwinan lelaki itu disembunyikan selama 2 tahun tanpa pengetahuannya. Kekecewaannya itu telah membuatnya benci pada lelaki kerana dianggapnya lelaki tersebut mempermainkann perasaannya selama ini, cintanya terhadap lelaki tersebut selama 2 tahun hanya sia-sia.

Selepas dia sedar kekasihnya itu sudah berkahwin lalu dia putuskan hubungan, dan cuba menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. Dia tekad tidak ingin lagi berkenalan dengan mana-mana lelaki kerana dianggapnya semua lelaki adalah penipu dan suka mempermain-mainkan perasaan perempuan. Padahal isteri kepada kekasihnya tidak kisahpun mengenai lakinya yang gatal nak berkahwin lagi sorang dan sanggup menerimanya sebagai madunya. Apa boleh  buat perempuan ini sudah tekad tak ingin bermadu dan dia masih pegang dengan prinsip hidupnya semasa belajar lagi. Semasa dia belajar dulu, kawan dia pernah tanya sanggup tak kalau kamu kahwin dengan suami orang dan jadi madu no 2 ke, no 3 ke, dia terus jawab “tak sanggup aku bermadu, aku rela tak kahwin”. Prinsip ini masih dipegangnya sampaila masa betul-betul dengan keadaan yang dialaminya ketika dia umur 30 an tanpa dia sedari kembali pegangan hidupnya mengenai poligami.

Walau bagaimanapun, baginya hidup mesti diteruskan meskipun tiada lelaki disamping perjalanan hidupnya. Setelah selama setengah tahun dia putuskan hubungan dengan lelaki suami orang tersebut, dia mula sedar umurnya sudah lanjut usia dan jika umur sepertinya belum kahwin lagi dipandang serong oleh masyarakat. Akibat takut digelar ‘andartu’ dia sanggup menerima lamaran pertunangan dari seorang lelaki yang tidak dikenalnya. Lelaki tersebut diselidiki oleh keluarga perempuan dan mendapati lelaki itu adalah lelaki yang baik dari segi fizikalnya dan ada juga yang mengatakan bahawa lelaki tersebut ramai kawan perempuan. Profile lelaki tersebut adalah seorang doktor pakar yang berjaya dan mempunyai sebuah klinik persendirian. Hati si perempuan berbunga-bunga bila mendapati lelaki yang melamarnya adalah orang yang bekerjaya dan berjaya dalam bidangnya sebagai seorang doktor. Dalam masa yang sama si perempuan pula  sudah memikirkan bahawa hidup bujanngya sudah berakhir dan membayangkan rumahtangga yang indah bersama si doktor.

Secara ringkasnya, selama bertunang si perempuan tidak banyak tahu pasal doktor tunangnya yang mempunyai cara hidup yang tersendiri semasa bujang. Selepas perbincangan dilakukan, maka ijabkabulllah sudah dua pasangan tersebut dan sudah sahlah sebagai pasangan suami isteri yang bahagia. Dalam tempoh  3 bulan pertama berkahwin, maka lakinya telah mula mengeluarkan taringnya yang digunakan semasa bujang dalam memuaskan nafsunya semata-mata tanpa disedari oleh sesiapapun. Biasalah orang banyak duit sering berfikir “aku boleh buat apa saja yang aku nak, aku ada duit”. Taringnya yang disimpan elok sebelum berkahwin telah diasah kembali menjadi tajam sehingga membuatkan isterinya sedar siapa sebenar lelakinya yang berstatus doktor yang berjaya. Hatinya sentiasa mencurigai si suami yang selalu balik lewat malam, dan kadang-kadang tidak balik tidur di rumahnya.

Setelah sekian lama, perangai suaminya yang semakin menjadi-jadi, si isteri cuba membuat penyiasatan persendirian dan menjadi detective tak terlatih, hasilnya cukup mengecewakan dan menghampakan bila mendapati bahawa suaminya adalah seorang “playboy” yang mempunyai ramai perampuan di situ, di sana dan di sini keliling pinggang. Pernah si suami terserempak dengan isterinya yang sedang menyiasat dan menyelidik kegiatannya selama ini, ketika terserempak si isteri bertanya “kenapa abang mencari yang lain sedangkan saya ada, sama saja saya pun perempuan  jugak yang halal lagi bagi abang, kenapa nak mencari yang haram lagi”? Maka jawab si suami “aku sudah merasa yang pelbagai, halal haram no 2”.

Maka remuklah hati si isteri…”Apa boleh buat sudah nasib aku kahwin dengan lelaki fasik walaupun banyak duit dan bekerjaya”…………kata si isteri dalam hatinya…….ceraikan aku……menjerit isterinya meminta cerai……

Sekian wasalam…

Dari Zakizakirin AKA Che Ky

Entry filed under: Idea. Tags: , .

Ibarat Mati Hidup Kembali Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 32 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

August 2010
M T W T F S S
« Jun   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 304,673 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter

Like Page Zakizakirin

Follow My Bisnes Info


%d bloggers like this: