Hidup Bersyarat

October 16, 2009 at 4:33 am Leave a comment

Salam semua kepada pembaca yang sedang menunggu post terbaru dari saya…Harap penantian anda adalah suatu kesabaran dalam mengutip juadah ilmu yang  akan dihidangkan untuk pembangunan diri anda sendiri.

Pada kali ini saya akan mengulas sedikit mengenai kehidupan kita seharian. Dalam kehidupan sudah pasti semua orang inginkan kebebasan dari pelbagai aspek. Ada yang nakkan kebebasan kewangan, kebebasan dari tekanan, kebebasan dari pelbagai masalah yang mungkin memberi implikasi yang buruk pada diri mereka. Walau bagaimanapun dalam kehidupan ini kita mestilah hidup seperti mana yang telah ditetapkan oleh tuan punya alam.

Kita tidak boleh hidup mengikut sesuka hati kita je, boleh nak buat itu nak buat ini mengikut kehendak diri. Tuan punya alam telah menetapkan syarat-syarat dalam menjalani kehidupan kerana dia tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya. Tapi malangnya kita sebagai ciptaanNya jarang sekali mengikut dan mengakui syarat-syarat yang diberi oleh Allah swt sebaliknya kita cuba mencipta syarat kehidupan kita sendiri. Oleh sebab itulah lahirnya pelbagai syarat kehidupan ciptaan manusia yang menyusahkan manusia itu sendiri.

Dalam setiap perkara, kita telah ditetapkan dengan syarat-syarat tertentu sebagai contoh nak jadi pemimpin kena ada syaratnya, nak cari rezeki kena ikut syariat yang ditetapkan bukannya main belasah je cari rezeki tak kira halal haram.. Sama sebagai pemimpin tak boleh main suka-suka hati je ikut undang-undang sendiri buat macam muka bumi yang ayah depa punya dan sebagainyala. Semuanya hidup ini kena bersyarat dan bersyariat.. Indahnya hidup bersyarat kerana Allah telah sesuaikan dengan lumrah dan sifat-sifat semulajadi manusia itu sendiri yang tidak indahnya bila kita membuat syarat sendiri..

Sebagai contoh kita sebagai seorang pemimpin tak kira pemimpin negara mahupun pemimpin dalam sebuah keluarga. Kita sebagai pemimpin mestilah melaksanakan kaedah-kaedah memimpin yang sesuai mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Bukannya mengikut kehendak dan nafsu kita sendiri kerana ini akan menghancurkan perjalanan kepimpinan kita. Kalau dalam keluarga akan musnahla keluarga itu, anak-anak terabai, penceraian berlaku, maksiat dalam rumah tangga akan berlaku dan ini akan membawa kepada kemusnahan rumah tangga secara tak langsung. Sama juga dalam negara perpecahan dan keruntuhan sesebuah negara adalah bergantung kepada pemimpin yang menerajui sesebuah negara itu, silapnya pemimpin maka musnahla negara tersebut.

Setiap perkara memerlukan syarat dan syarat itu mestilah bersesuaian mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah pencipta sekian alam bukannya syarat ciptaan manusia sendiri. Ermmm ini yang sering dilupai oleh wanita sebelum kahwin janganla letak syarat-syarat yang bukan-bukan kat pasangan anda nantikan menyusahkan mereka. Ada wanita yang meletakkan syarat seperti wang hantaran yang melampau tak sepadan dengan kemampuan lelaki, ada juga yang menghadkan jumlah anak dalam keluarga, tak boleh berpoligami dan macam-macam lagila syarat yang ditetapkan. Ini akan membuatkan bakal pasangan lelaki pening kepala dan mungkin akan berfikir 100 kali untuk mengahwini anda apa tidaknya ramai lagi wanita yang tidak menyusahkan. So be careful sebelum meletakkan syarat kepada pasangan anda…

So fikir-fikrikanlah yang mana baik take it as a guide line..

Sekian Wasalam…Zakizakirin aka CheKy…

 

 

Entry filed under: Agama, Ilmu. Tags: , .

Kehilangan Yang Amat Bermakna UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 32 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 304,673 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter

Like Page Zakizakirin

Follow My Bisnes Info


%d bloggers like this: