Aurat Wanita

May 29, 2008 at 7:51 pm 2 comments

(Yang kita kata atau yang ada dalam Al Quran)

Bila kita bicara mengenai aurat, kita tahu aurat tu kena tutup. Kita pun tahu aurat tu meliputi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (mazhab Shafie). Kita semua tahu tak tutup aurat berdosa. Kita semua tahu tak tutup aurat hari-hari maknanya hari-harilah kita berdosa. Dan kita semua tahu kalau dah banyak dosa mestilah masuk neraka. Ha! Neraka! Astaghfirulahala’zim. Kita tahu neraka tu tempat yang dasyat. Kita tahu kita tak mampu menahan azab siksa neraka. Kita tahu kita ni tak banyak amalan yang lain. Pendek kata memang kita tahu semua tu, tu, tu, tu dan macam-macam tu. So, sebab kita takut berdosa, kita takut masuk neraka, kita pun tutuplah aurat (kita yang kata…). Kita pakai T-shirt lengan panjang dengan kain , atau pakai baju kurung, lepas tu pakai tudung. Kita pun ucap Alhamdulillah…(ucap Syukur pada Allah tu baguslah!) sebab kita kata kita dah tutup aurat (kita yang kata…). Kadang-kadang kita pakai T-shirt atau kemeja dengan seluar panjang, sebab nak ringkas… yang penting pakai tudung supaya tutup aurat.. takut dosa! (kita yang kata). Pakai tudung pulak warnanya mestilah kena dengan baju.. tudung ikut trend, pakai tudung ada corak bunga-bunga. Pakai tudung pun ada ‘style’… dengan keronsang yang berkilau. Tak pe, yang penting tutup aurat (kita yang kata….)

Tapi, kenapa ada golongan yang pakai tudung labuh pulak. Ooo… sebab dia baik sikit atau alim sikit (kita yang kata…). “Aku belum boleh pakai tudung labuh sebab aku ni jahat sikit, kah kah…” aik! Mengaku jahat pun boleh ketawa. Lepas tu ada pulak golongan yang pakai jubah dengan tudung labuh tu. Itulah org yang tinggi ilmu agamanya (kita yang kata….) Pendek kata, memang semuanya kita yang kata. Kata-kata kita pun memang pendek-pendek belaka. Sebab kita guna akal yg pendek. Bila tanya, sekolah agama sampai darjah khas. Tapi, hukum agama main ikut kata sendiri. Islam yang kita lihat sana-sini, penampilan dan keperibadian ditafsirkan mengikut pendapat kita sendiri…. sebab kita yang kata. Tak terfikirkah kita kalau apa yang kita kata tu tak betul. Takut tak dengan azab kubur dan siksa neraka? Eeee… takut! Memang takut. Tapi, tak terfikir ke kita kalau tersilap kata… akhirnya kita boleh masuk neraka. Berdasarkan hadis Rasullullah SAW, “Ramai yang masuk neraka hanya kerana hasil ucapannya sendiri”

Saudari para muslimat yang dihormati, sebenarnya Islam tidak pernah mengkategorikan pakaian menutup aurat mengikut tahap kealiman seseorang. Tiada kategori yang menentukan pakaian itu samaada orang yang jahil agama atau tinggi agama. Ketahuilah bahawa hanya ada satu garis panduan sebagai perintah menutup aurat kepada kaum wanita muslimat. Iaitu menutup aurat mengikut syariat Islam seperti yang tersebut dalam Surah An-Nur ayat 30-31.

Setiap kaum wanita muslimat itu wajib menutup aurat mengikut syariat Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak perlu tunggu sehingga tinggi ilmu agama atau alim baru nak tutup aurat. Hari ni kita masuk Islam, maka hari ni lah kita kena tutup aurat.

Macam mana pakaian tutup aurat tu? Pakaian menutup aurat mestilah menepati konsep dan ciri-cirinya seperti mana yang disarankan oleh Nabi Junjungan SAW. Yang dikatakan telah menutup aurat ialah apabila kita telah menutup seluruh tubuh badan serta perhiasan yang ada pada diri kita samaada perhiasan semulajadi atau tidak. Dengan erti kata yang lain, bila kita pakai pakaian menutup aurat, janganlah pula pakaian tu ada unsur-unsur perhiasan. Untuk memudahkan bicara, kita sebut pakaian tutup aurat tu sebagai hijab.

Hijab adalah wajib ke atas wanita Islam seperti mana wajibnya solat dan puasa. Jika seseorang muslimat tidak memakainya atau mengingkari kewajipannya maka jatuhlah Islamnya dan menjadi murtad. Sebaliknya jika ia tidak memakai tetapi mengakui wajibnya berhijab (tidak mengingkari) cuma tak pakai sebab ikut trend semasa dan sebagainya, maka dia adalah ‘aasiah’ (derhaka) terhadap perintah Allah SWT yang menyuruh dia berhijab seperti yang tersebut di dalam ayat 59 surah Al Ahzab. Oleh yang demikian wahai para muslimat, patuhilah perintahNya atau adakah anda ingin termasuk golongan murtad atau penderhaka kepada Khaliq (pencipta)?

Saudari para muslimat yang dihormati, selagi pakaian kita tidak menepati ciri-ciri ‘hijab’, selagi itulah kita belum menutup aurat. Tiada istilah ‘dah tutup aurat tapi tak lengkap atau tutup aurat lengkap’. Istilah yang wujud hanyalah ‘ tutup aurat atau buka aurat’. Dan jika memakai seluar panjang atau baju kurung sutera dengan warna-warni serta corak bunga yang indah berserta tudung atau selendang yang juga ‘indah’ itu telah menutup aurat, maka mengapa ada wanita lain yang memakai jubah yang luas serta tudung labuh. Apakah mereka ini alim atau tinggi ilmu agama? Apakah orang lain yang tidak alim maka tidak layak memakai pakaian jubah yang luas? Sedangkan yang menentukan tahap kealiman seseorang itu hanya Allah SWT. Orang yang beribadat bertahun-tahun pun belum tentu masuk syurga. Ini jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu bagaimana Allah menilai para hambanya. Yang kita dapat lakukan ialah meningkatkan ilmu agama dari masa ke semasa dan berusaha sedaya mungkin (tanpa jemu) untuk mencari keredhaan Allah.

Saudari para muslimat yang dihormati, buangkanlah salah faham yang ada dalam diri kita. Buangkan jauh-jauh dan tuntutlah ilmu. Bukan kita atau mereka (sape-sape je) yang mentukan seseorang itu alim atau tidak. Menutup aurat yakni memakai hijab itu wajib, kita tak perlu tunggu ‘ilmu agama’ kita tinggi atau ‘alim’ baru nak pakai hijab. Menuntut ilmu dari masa ke semasa. Ilmu Allah Maha luas. Sesuai dengan tuntutanNya bahawa menuntut ilmu itu wajib dan sesuai dengan hadis Rasulullah yang menyuruh kita menuntut ilmu walau sampai ke negeri China. Bila kita dah menutup aurat (berhijab), janganlah pula ‘over confident’, yang kita cari ialah keredhaan Allah. Bukannya status ‘alim’ pada pandangan manusia. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati mengawal pergerakan hati kita jangan sampai ‘riak’ atau takbur. Nawaitu (niat) kita perlu dijaga dengan penuh waspada dan merendah diri sesuai dengan status kita sebagai hambaNya.

Apabila kita melihat seorang muslimat itu telah berhijab, bermakna dia telah melaksanakan salah satu daripada tanggungjawabnya. Maka jika kita dapati dia melakukan ‘kesilapan’ yakni perbuatan mungkar. Jangan sekali-kali kita mengaitkan perbuatan mungkar muslimat tadi dengan pakaian hijabnya. Jangan pandang mereka ibarat kain putih yang mana tercalit sedikit… kita terus menganggap kain itu kotor. Sedangkan jika kita fikir menggunakan akal bijak, kain putih itu masih boleh dibersihkan dan kembali putih dan suci seperti sedia kala. Sama seperti seorang wanita yang berhijab, mereka belum tentu alim. Mereka memakai hijab kerana kewajipan. Maka, apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan mungkar samaada sengaja atau tidak, hendaklah kita menegur dengan cara yang paling baik. Sampaikan pada nya bahawa apa yang dilakukan itu adalah perbuatan mungkar. Samaada dia berdosa atau tidak, Allahualam. Kewajipan kita menegur… kerana tiada manusia yang ‘perfect’ dalam dunia ni. Jangan mudah mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya tuntutlah ilmu supaya kita tidak taksub dalam beramal atau terburu-terburu mempertikaikan amalan orang lain.

Semoga segala isi perbincangan yang dihuraikan dapat membantu umat Islam sama ada muslimin ataupun muslimat memahami hakikat sebenar. Dengan keberkatan dan keredhaan Allah SWT, apabila kita menjaga aurat sepertimana yang telah disyariatkanNya, semoga kita terpelihara daripada sebarang fitnah dan bala yang boleh merosakkan diri dan umat Islam. Amin.

‘Jangan malu untuk beribadat dan jangan pula riak ketika melakukan amal ibadat’

Entry filed under: Wanita. Tags: .

Arahkan Minda Supaya Jadi Bersemangat Membaca Secara Berkesan

2 Comments Add your own

  • 1. itayahlurun ilmar  |  November 4, 2008 at 1:33 pm

    hurm.. 1st time ana bc tajuk, tetiba rasa interested lak..
    anyway thanks 2 da author, memang betul.. jgn krn secalit kekotoran yg dilihat, terus di assume semuanya mcm 2..
    so, if ade sahabat handai kt yg x menutup aurat.. gnakanlah cara yg lembut.. hati kita umpama kerak nasik.. makin lama, akan lembut juga.. buat secara istikhomah teguran 2…
    bg yg da sedia menutup aurat 2, cb tingkatkan lagi..mungkin ade kekurangan yg blh kita tingkatkan..
    perhatikan sekeliling kita..
    all da best .. segala apa yg kt inginkan adalah bermula dari hati kita..
    u is d one who will choose dat..🙂

    Reply
  • 2. Ahliahnizam  |  October 22, 2009 at 11:23 am

    Semoga saya dan semua wanita islam dapat menutup aurat SEMPURNA, Insya-Allah …..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Contact Me

Chat with me

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 32 other followers

Rahsia Membina Mesin WANG PERCUMA

Photobucket

Sedekah Tanpa Wang

Photobucket

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2008
M T W T F S S
    Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Categories

Yang Paling Digemari

Jumlah Pelawat

Blog Stats

  • 304,673 hits

Pengintip Harian

Flag Counter

Follow My Twitter

Like Page Zakizakirin

Follow My Bisnes Info


%d bloggers like this: