Posts tagged ‘United States’

Udang Spesies Baru

SPESIES baharu menyerupai udang yang ditemui di dalam kolam sebuah gua di negeri New Mexico, AS pada bulan lalu. - Agensi

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa saintis menemui spesies baharu haiwan seperti udang yang buta, kecil dan hampir lutsinar di sebuah gua di negeri New Mexico.

Penemuan spesies berkenaan diumumkan oleh oleh Biro Pengurusan Tanah AS kelmarin.

Haiwan tersebut yang tergolong dalam kategori amphipod ditemui sekitar sebulan lalu di dalam sebuah kolam bawah tanah pada kedalaman kurang 24 meter daripada permukaan.

Lokasi penemuan tersebut terletak berhampiran Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico.

“Ia mungkin hidup puluhan ribu tahun atau jutaan tahun dan hanya ditemui baru-baru ini,” kata seorang pakar biro berkenaan tersebut, Jim Goodbar.

Menurutnya, spesies baharu itu yang masih belum diberi nama mungkin memakan bakteria, mineral atau cebisan tumbuhan yang jatuh di dalam air. – Agensi

April 19, 2012 at 12:59 pm Leave a comment

Surat Khalifah Abu Hafs kepada Pope

SEPUCUK surat daripada Khalifah Abu Hafs dipamerkan di Capitol Hill, Rom kelmarin.

ROM, Itali – Sepucuk surat daripada Khalifah Abu Hafs Umar al-Murtada dari Maghribi kepada Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Innocent IV dipamerkan di sini kelmarin. Surat itu bertarikh 10 Jun 1250 dari Marrakesh, Maghribi.

Abu Hafs memerintah sebahagian kawasan di Maghribi dari tahun 1248 sehingga 1266 Masihi. Surat tersebut merupakan sebahagian dokumen yang dipamerkan pada pameran Arkib Rahsia Vatican yang diadakan di Capitol Hill, Rom.

Pameran itu dibuka kepada orang awam bermula semalam dan akan berakhir pada September depan. - Agensi

March 2, 2012 at 10:34 pm Leave a comment

Jambatan Kayu Unik Di Afghanistan

SEBUAH van bergerak di atas jambatan kayu di wilayah Daykundi semalam.

 KABUL - Sebuah jambatan kayu menjadi tumpuan pergerakan kereta dan van di wilayah Daykundi, Afghanistan. Jambatan itu menghubungkan dua kawasan berbukit di wilayah berkenaan. Ibu kota Daykundi ialah Nili yang terletak 310 kilometer dari Kabul. – AFP

January 4, 2012 at 12:32 pm Leave a comment

Ular Albino Berkepala Dua

SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu  di Ridge Manor, Florida baru-baru ini.

SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida baru-baru ini.

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) – Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.

Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.

Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.

Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih. Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu.

Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk. Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil. – Agensi

November 2, 2011 at 9:29 pm 1 comment

Ular Telan Rusa Dibunuh

ULAR SAWA betina yang ditangkap di Taman Negara Everglades, negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.
TAMAN NEGARA EVERGLADES, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pekerja di Taman Negara Everglades, negeri Florida, menangkap dan membunuh seekor ular sawa Burma sepanjang 4.87 meter.
Reptilia itu ditangkap semasa ia kekenyangan selepas menelan seekor rusa seberat 34.5 kilogram. Penyelaras spesies eksotik Suruhanjaya Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Scott Hardin berkata, pekerja-pekerja berkenaan menemui ular sawa betina itu. Menurutnya, ular itu ialah antara reptilia terbesar pernah ditemui di Florida Selatan. – Agensi

October 30, 2011 at 2:35 pm Leave a comment

Kebaikan Minuman Coca Cola

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke Coca Cola.

 Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama  sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

 2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gentian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrom : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

 4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

 7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

 8 .Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit  osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis: bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

 9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!

 10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

 Disampaikan oleh seorang sahabat…..

Assalamualaikum kengkawan… last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu… masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita… dulu ada sorang mamat yahudi ni datang  egypt to study the muslims’ lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you’re a wee bit late.

October 9, 2011 at 12:46 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Pautan Kementerian KPKK

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 11 other followers

Recent Posts

Categories

Yang Paling Digemari

Blog Stats

  • 45,949 hits

Jumlah Pelawat


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.