Posts tagged ‘Programming’

Rawatan Santau Live Oleh Ustaz Syarhan Syafie

Salam dan selamat sejahtera semua, dengar je santau atau apa-apa yang berkaitan dengan perkara pelik ni semua orang takut dan tidak percaya. Ada yang percaya tetapi tidak ramai melainkan orang itu pernah mengalaminya. Apa yang nak diceritakan di sini adalah berkenaan rawatan yang telah dilakukan oleh seorang dikatakan pakar perubatan islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran iaitu Ustaz Syarhan Syafie.

Namun apa yang ditunjukkan dan dibicarakan oleh ustaz tersebut ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Seperti mana yang telah ditunjukkan oleh beliau berkenaan merawat santau yang dilakukan secara live di Tv3 dalam sesi Al-Kuliyyah pada setiap jumaat. Video yang ditunjukkan ini samada betul atau tidak saya pun tak pasti, tetapi terdapat jugak sesetengah individu yang mengatakan ustaz ini adalah penipu.

Sejauh manakah benarnya kenyataan dia saya pun tak tau. Bagi saya, kalau dia menipu pun itu dia punya pasallah “Takde Bukti“. Kalau kita tak percaya pergilah jumpa dengan dia sendiri atau kalau ada bukti yang kukuh kemukakan kepada pihak berkuasa untuk pengadilan. Janganlah dok buat kenyataan atau komentar seolah-olah cuba nak menjatuhkan seseorang itu. Ini mengambarkan seperti orang memberi komentar yang buruk-buruk itulah yang perlu mendapat rawatan dari Ustaz Syafie ini hehehe3… Apapun, setiap orang ada melakukan kesilapannya dan janganlah kerana satu kesilapan yang pernah dilakukan orang itu, menjadikan orang itu jahat selama-lamanya. huhuhu3 kembalilah kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Selamat beramal….

May 5, 2012 at 3:54 am Leave a comment

18 Sebab Jin Merasuk Manusia : Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

March 29, 2012 at 10:10 am Leave a comment

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia. Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.

Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.

Oleh: NAIMAH SHAARI

February 6, 2012 at 6:23 am 1 comment

Telemovie Khas Untuk Ore Kelate “Sorok Bau Budu”

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, jom kita saksikan sebuah telemovie khas untuk anak-anak Kelantan yang berada di perantauan. Video ini bagus untuk mendidik kita supaya tidak lupa akan asal usul kita dan asal usul kita sebenarnya bukanlah penghalang untuk kita berjaya. Kita juga tidak harus buang adat dan budaya kita apabila kita berada di  tempat orang, teruskan dengan adat negeri kita supaya orang kenal siapa kita dan negeri kita.

Dalam mengejar kejayaan seperti mana dalam cerita ini, kita haruslah mengekalkan apa yang kita ada di samping kita mempelajari apa yang kita tidak ada ibarat “menyelam sambil menangkap ikan” dua-dua dapat bukannya buat kerja yang merugikan ibarat “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.”

Selamat menonton….

November 19, 2011 at 7:15 pm Leave a comment

Maut Diterajang Badak Kesayangan

SEBELUM MENGAMUK...Els menunggang Humphrey di tasik yang dibuat khas untuk haiwan liar itu, baru-baru ini.

KLERKSDORP (Afrika Selatan): Seorang peladang maut dibunuh badak air yang dibelanya sejak haiwan liar itu berusia lima bulan dan dilayan seperti anak sendiri. Marius Els dilaporkan dibaham berkali-kali Humphrey – nama badak air itu sehingga dia menemui ajalnya pada malam Sabtu lalu.

Media semalam melaporkan, mayat Els, 41, yang mempunyai kesan cedera serius ditemui terapung dalam sungai di kawasan ladangnya di Klerksdorp, wilayah Barat Laut Afrika Selatan. Awal tahun ini, Els menjadi perhatian ramai apabila gambarnya menunggang Humphrey disiarkan. Kata Els, Humphrey seberat 1,200 kilogram itu seolah-olah anak lelakinya sendiri. “Perangainya juga seperti manusia,” katanya. Menurut Els, wujud pertalian unik dan akrab di antara dirinya dengan Humphrey tetapi ia gagal difahami ramai orang.

“Bagi sesetengah orang, mereka menyangka hubungan baik manusia dengan haiwan hanya boleh berlaku jika ia membabitkan anjing, kucing dan haiwan domestik,” katanya. Memiliki ladang seluas 162 hektar, Els berbangga kerana dia mampu menjalin hubungan baik dengan haiwan paling berbahaya di Afrika. Selain Humphrey, Els memelihara 20 haiwan eksotik berlainan spesies di ladang itu, termasuk zirafah dan badak sumbu.

Bagaimanapun, Els mempunyai hubungan istimewa dengan Humphrey sejak ia dibeli ketika haiwan liar itu berusia lima bulan. Els juga membina tasik khas untuk Humphrey di ladangnya. Ketika ini, Humphrey berusia enam tahun.

Menurut Els, dia sedar ada bahaya pada setiap haiwan peliharaannya itu dan sentiasa berhati-hati. “Jika Humphrey berasa tidak mahu ditunggangi, dia akan mencampak saya seperti seekor kuda,” katanya satu ketika dulu. Mac lalu, Humphrey menyerang dua pemain kenu yang melalui tasik berkenaan untuk ke Sungai berhampiran. – DM

November 15, 2011 at 5:35 am Leave a comment

774 Wanita Gersang Cair Digoda Nigeria

Assalamualaikum dah salam sejahtera kepada para pembaca semua, hari ini terdapat isu menarik mengenai masalah sosial yang melibatkan wanita-wanita tempatan lebih-lebih lagi orang melayu islam. Sungguh mendukacitakan sekiranya terdapat umat islam yang dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain terutama wanita.

Wanita seperti yang kita tahu, mereka adalah golongan yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu sekiranya tidak ada benteng yang kukuh.  Apa itu benteng yang kukuh bagi kaum wanita yang sedia lemah ini????…. Benteng dari ancaman luar ke atas wanita ialah, iman yang teguh perlu ada dalam diri setiap wanita. Apabila tiada iman ditambah pula dengan kekurangan ilmu sudah pasti kaum wanita mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu. Hal ini kerana, sekiranya setiap godaan, ujian, penipuan dan sebagainya hanya dapat diatasi dengan iman yang teguh.

Selain itu, seperti yang kita tahu setiap orang mempunyai nafsu tidak terkecuali wanita dan nafsu ini hanya boleh dikawal dengan kaedah yang betul menurut islam.  Kebanyakan wanita yang mudah diperguna oleh lelaki ialah wanita yang belum berkahwin dan lanjut usia. Keadaan ini mudah berlaku kerana golongan wanita ini tidak dapat melepaskan nafsu mereka dengan cara yang halal. Oleh itu apabila mereka digoda dan dipujuk rayu, dengan mudahnya mereka akan terangsang dan tergoda oleh pujuk rayu lelaki berhidung belang tanpa mereka berfikir panjang. Situasi ini lebih mudah berlaku kepada insan yang dahagakan kasih sayang.  Sudah kena tipu barulah mereka rasa menyesal.

Dalam keadaan ini peranan lelaki adalah amat penting bagi setiap wanita iaitu, sebagai penasihat dan pembuat keputusan terhadap tindak tanduk wanita. Oleh itu, wanita yang berkahwin lebih selamat dari wanita yang bujang atau dara tua kerana mereka ada suami yang boleh menjadi hakim, penasihat, pembimbing, tempat rujukan dan pembuat keputusan yang logik sebagai benteng untuk menjaga diri wanita itu sendiri.  Isteri yang taat pada suami itu adalah salah satu punca kebahagiaan rumah tangga.

Ingin saya sarankan kepada wanita-wanita diluar yang belum berkahwin, segerakanlah berkahwin dengan lelaki pilihan anda sekiranya sudah ada calon, tak perlu ditangguh-tangguhkan dalam membuat kebaikan. Bagi yang tiada calon terus mencuba cari calon yang sesuai iaitu lelaki yang pentingkan agama bukannya lelaki handsome semata-mata tetapi akhirat ntah kemana…Perkahwinan bukanlah menambahkan masalah tetapi lebih kepada menyelesaikan banyak masalah…Jika tidak….kes di bawah inilah salah satu masalah yang akan berlaku jika anda “WANITA” tidak bersuami atau… isteri yang tidak taat pada suami….renung2kanlah dan selamat berifikir….

KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

 Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.

 Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.

September 29, 2011 at 5:01 am Leave a comment


Contact Me

Chat with me

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Pautan Kementerian KPKK

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 11 other followers

Recent Posts

Categories

Yang Paling Digemari

Blog Stats

  • 45,949 hits

Jumlah Pelawat


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.