Posts tagged ‘luar biasa’
Anehnya Pokok Abadi

Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP
MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.
Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.
Namun, beberapa tahun lalu, kewujudan tumbuhan tersebut di kawasan ini yang dikenali sebagai Lebuh Baobab terancam.
“Sebuah kilang gula berdekatan mengalirkan air ke kawasan ini dan penduduk menggunakan air tersebut untuk menanam padi. Akar pokok-pokok baobab mereput akibat ditenggelami air sepanjang tahun,” kata seorang aktivis alam sekitar tempatan, Anselme Tilahimena.
Menurutnya, nasib pokok-pokok baobab kembali cerah apabila pihak berkuasa mewartakan lokasi berkenaan sebagai kawasan lindungan pada 2007. – AFP
Ular Albino Berkepala Dua

SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida baru-baru ini.
MIAMI, Amerika Syarikat (AS) – Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.
Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.
Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.
Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih. Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu.
Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk. Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil. – Agensi
Pemain Bowling Pro
Salam, kali ini saya nak tunjukkan kepada anda semua mengenai seorang pemain bowling yang sangat pro. Tidak semua orang boleh buat seperti pemain tersebut. Anda tak percaya? cuba tengok di bawah pasti teruja dan mungkin anda semua boleh pikir macamana pemain tersebut boleh buat aksi tersebut yang sangat luar biasa.
Kalau anda nak belajar baling bowling seperti di atas? Pergilah training setiap hari pasti skill luar biasa akan tercipta secara semulajadi pada diri anda….xpercaya cuba..k































































Recent Comments