Posts filed under ‘Wanita’
Tuah Tok Imam Kahwin Isteri Muda
TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.
Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.
Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.
Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.
Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.
Sumber: Harian Metro
Doktor Lelaki Rawat Pesakit Wanita
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, tengok tajuk macam best je….apa komen anda jika doktor lelaki merawat pesakit wanita/perempuan sehingga menampakkan aurat pesakit tersebut??? Kalau pesakit tersebut adalah isteri anda apakah perasaan anda??? Suka? Rela? Ok je… atau tidak suka dan tak redha melainkan keadaan yang darurat sehingga melibatkan nyawa itu dibolehkan.
Di Malaysia kebanyakan hospital masih lagi membenarkan doktor lelaki merawat pesakit wanita terutamanya ketika wanita itu ingin bersalin. Tidakkah lebih wajar dan sesuai jika doktor perempuan menyambut kelahiran bayi atau merawat setiap anggota wanita yang sakit melainkan keadaan yang darurat. Begitu juga sebaliknya bagi pesakit lelaki, sebaiknya doktor lelaki yang merawat pesakit lelaki jika melibatkan keadaan yang mengaibkan mereka. Inilah pentingnya cara atau adab dalam Islam untuk menjaga maruah setiap manusia tidak kira jantina, agama dan bangsa. Tetapi kita sekarang lebih kepada cara rawatan di barat yang tidak kira keadaan sehingga seseorang itu terpaksa maruahnya tercemar.
So apa yang perlu dibuat ialah kembalilah kepada konsep Islam yang sejagat dan amalkannya di negara kita. Jika tidak kita sentiasa berada dalam keadaan serba salah disebabkan keadaan yang kita tidak inginkan. Walau pun tak suka tetapi itu keadaan yang perlu kita lalui, untuk mengelakkanya tukarla keadaan tersebut dan pilihlah doktor yang sesuai untuk merawat diri, anak, isteri dan suami anda untuk menjaga maruah dan harga diri kita. Pikir-pikirkanlah bersama dan pilihlah yang terbaik berlandaskan atau berpandukan ajaran Islam.
Wallahuallam.
774 Wanita Gersang Cair Digoda Nigeria
Assalamualaikum dah salam sejahtera kepada para pembaca semua, hari ini terdapat isu menarik mengenai masalah sosial yang melibatkan wanita-wanita tempatan lebih-lebih lagi orang melayu islam. Sungguh mendukacitakan sekiranya terdapat umat islam yang dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain terutama wanita.
Wanita seperti yang kita tahu, mereka adalah golongan yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu sekiranya tidak ada benteng yang kukuh. Apa itu benteng yang kukuh bagi kaum wanita yang sedia lemah ini????…. Benteng dari ancaman luar ke atas wanita ialah, iman yang teguh perlu ada dalam diri setiap wanita. Apabila tiada iman ditambah pula dengan kekurangan ilmu sudah pasti kaum wanita mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu. Hal ini kerana, sekiranya setiap godaan, ujian, penipuan dan sebagainya hanya dapat diatasi dengan iman yang teguh.
Selain itu, seperti yang kita tahu setiap orang mempunyai nafsu tidak terkecuali wanita dan nafsu ini hanya boleh dikawal dengan kaedah yang betul menurut islam. Kebanyakan wanita yang mudah diperguna oleh lelaki ialah wanita yang belum berkahwin dan lanjut usia. Keadaan ini mudah berlaku kerana golongan wanita ini tidak dapat melepaskan nafsu mereka dengan cara yang halal. Oleh itu apabila mereka digoda dan dipujuk rayu, dengan mudahnya mereka akan terangsang dan tergoda oleh pujuk rayu lelaki berhidung belang tanpa mereka berfikir panjang. Situasi ini lebih mudah berlaku kepada insan yang dahagakan kasih sayang. Sudah kena tipu barulah mereka rasa menyesal.
Dalam keadaan ini peranan lelaki adalah amat penting bagi setiap wanita iaitu, sebagai penasihat dan pembuat keputusan terhadap tindak tanduk wanita. Oleh itu, wanita yang berkahwin lebih selamat dari wanita yang bujang atau dara tua kerana mereka ada suami yang boleh menjadi hakim, penasihat, pembimbing, tempat rujukan dan pembuat keputusan yang logik sebagai benteng untuk menjaga diri wanita itu sendiri. Isteri yang taat pada suami itu adalah salah satu punca kebahagiaan rumah tangga.
Ingin saya sarankan kepada wanita-wanita diluar yang belum berkahwin, segerakanlah berkahwin dengan lelaki pilihan anda sekiranya sudah ada calon, tak perlu ditangguh-tangguhkan dalam membuat kebaikan. Bagi yang tiada calon terus mencuba cari calon yang sesuai iaitu lelaki yang pentingkan agama bukannya lelaki handsome semata-mata tetapi akhirat ntah kemana…Perkahwinan bukanlah menambahkan masalah tetapi lebih kepada menyelesaikan banyak masalah…Jika tidak….kes di bawah inilah salah satu masalah yang akan berlaku jika anda “WANITA” tidak bersuami atau… isteri yang tidak taat pada suami….renung2kanlah dan selamat berifikir….
KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.
“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.
Kebodohan Wanita Dalam Berinternet
Salam sejahtera semua…Perempuan secara semulajadinya telah dicipta dengan pelbagai kelemahannya termasuklah dari segi daya fikirnya. Oleh itu, perempuan memerlukan lelaki dalam sesentengah perkara untuk membuat keputusan supaya keputusan yang dibuat adalah lebih tepat dan lebih ke arah kebaikan.
Pada zaman moden kini, perempuan lebih terdedah kepada pelbagai bahaya fitnah yang boleh berlaku dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi kepada mana-mana perempuan yang tidak mengikut ajaran Islam secara holistik. Dari segi penggunaan internet sememangnya perempuan banyak melakukan kesilapan terutamanya dengan sengaja mendedahkan diri melalui facebook, friendster, ym dan sebagainya. Perempuan/wanita ini sering meletakkan gambar secara jelas untuk menarik perhatian pengguna internet yang lain, tetapi pada hakikatnya mereka melakukan kesilapan yang bodoh. Kerana dengan pendedahan gambar lebih-lebih lagi yang tak menutup aurat, pelbagai pihak boleh mengambil kesempatan untuk menfitnah anda.
So, kepada semua perempuan saya nasihatkan supaya tidak mendedahkan mana-mana gambar kat internet untuk mengelak fitnah pada masa akan datang…Berhati-hatilah dalam menggunakan interent jangan sampai maruah tergadai….
Kekuatan Seks Gadis Mesir
Salam ceria untuk anda semua. Macam tak percaya je tengok tajuk post ni. Hehehe mula-mula aku pun tak percaya sebab sebelum ni aku hanya dengar cerita je bahawa gadis dari Mesir ni kuat seks. Hari terbukti jelas bahawa gadis-gadis mesir ni kuat seks sampai mengadakan seks 16 kali satu hari…Woooo dasyat letih para seuami yang nak melayannya. Sabar jelah kalau lelaki itu lemah tenaga batinnya.
So kepada mana-mana lelaki yang bercadang untuk berkahwin dengan perempuan dari Mesir, bersiap sedialah dari segi batin anda. Jika batin anda lemah, dapatkanlah pelbagai rawatan tradisional untuk menguatkan panahan batin supaya isteri anda tidak rasa puas nanti. Oleh itu, bersiap sedialah dalam pelbagai aspek batin, fizikal dan rohani kalau rasa tak yakin dengan kemampuan batin sendiri, saya syorkan kahwin jelah dengan orang tempatan supaya selamat rumah tangga…Anda tak percaya denga apa yang saya kata? Dengarlah cerita dari kawan kita di Mesir di link ini:
Kasihan Isteri, Suami Penipu
Salam semua jumpa kembali dalam post terbaru di blog zakizakirin…
Ermmmmm…. Kalau ditanya kepada setiap individu kebanyakannya mengatakan seronoknya apabila masuk alam rumah tangga terutamanya bagi yang belum kahwin tidak kira orang yang dah berumur ataupun masih lagi anak muda. Alam rumah tangga adalah satu alam yang cukup indah jika kita dapat membentuk suasana yang harmorni antara ahli-ahli keluarga. Keseronokan akan wujud bila hubungan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak dapat dibentuk… tetapi malangnya jika keadaan sedemikian tidak berlaku seperti yang diimpikan oleh semua pasangan.
Apa yang diceritakan mengenai malangnya seorang isteri yang mempunyai suami yang suka menipu. Setiap kasih sayang isteri pada suami adalah 100% dalam proses mewujudkan hubungan yang erat. Namun dari segi kepercayaan anda tidak perlu meletakkan 100% kepercayaan pada suami anda sebaik-baiknya anda simpan 10% atau 20% ketidak percayaan atau kecurigaan anda terhadapnya untuk memerhati tingkah laku suami anda. Akibat memberi kepercayaan 100% kepada suami, anda sebagai isteri kemungkinan akan menghadapi situasi ditipu oleh suami anda.
Berhati-hatilah dengan suami anda kerana dengan kepercayaan 100% yang diberi kemungkinan suami anda akan cuba mengambil kesempatan dalam menipu anda untuk melakukan perkara-perkara yang anda tidak suka. Termasuklah cuba menipu anda untuk membuka cawangan baru. So berhati-hatilah walaupun dia adalah suami anda. Apa yang perlu anda buat ialah sentiasa berhubung dengan suami anda dan memerhatikan apa-apa perubahan yang berlaku dari hari ke hari dari permulaaan anda mengenalinya sehinggalah penghujung perkahwinan anda “ending of life”.
Seandainya ada perubahan yang berlaku pada suami anda cepat-cepatlah anda ambil masa duduk bersama dan berbincang dengan cara yang sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah bukannya untuk menambahkan masalah.. Tetapi apa yang berlaku isteri tidak sedar bahawa dia ditipu sehinggakan suami kahwin seorang lagi dia tidak sedar. Sedar-sedar dah suami kahwin 3 baru nak menangis mengadu situ mengadu sini. Orang kata “nasi sudah jadi bubur makan jelah jangan buang.. membazir”. Nak tak nak terpaksa bermadu.
Kasihan isteri kalau dapat suami penipu, untung suami kalau isteri percaya 100% dapat kahwin 3…
Persoanlannya adakah anda sebagai isteri boleh hidup dengan suami yang suka menipu? Tidak bukan? Kita tanya lain dia jawab benda lain. Tidakkah sakit hati anda.. so sebelum kahwin carilah bakal suami yang pantang dalam tipu menipu… Baru aman hidup anda.. So fikir-fikirkanlah untuk diri anda dan keluarga anda pada masa akan datang..
Sekian dahulu dari zakirin a.k.a Cheky..
Wasalam..
Aurat Wanita
(Yang kita kata atau yang ada dalam Al Quran)
Bila kita bicara mengenai aurat, kita tahu aurat tu kena tutup. Kita pun tahu aurat tu meliputi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (mazhab Shafie). Kita semua tahu tak tutup aurat berdosa. Kita semua tahu tak tutup aurat hari-hari maknanya hari-harilah kita berdosa. Dan kita semua tahu kalau dah banyak dosa mestilah masuk neraka. Ha! Neraka! Astaghfirulahala’zim. Kita tahu neraka tu tempat yang dasyat. Kita tahu kita tak mampu menahan azab siksa neraka. Kita tahu kita ni tak banyak amalan yang lain. Pendek kata memang kita tahu semua tu, tu, tu, tu dan macam-macam tu. So, sebab kita takut berdosa, kita takut masuk neraka, kita pun tutuplah aurat (kita yang kata…). Kita pakai T-shirt lengan panjang dengan kain , atau pakai baju kurung, lepas tu pakai tudung. Kita pun ucap Alhamdulillah…(ucap Syukur pada Allah tu baguslah!) sebab kita kata kita dah tutup aurat (kita yang kata…). Kadang-kadang kita pakai T-shirt atau kemeja dengan seluar panjang, sebab nak ringkas… yang penting pakai tudung supaya tutup aurat.. takut dosa! (kita yang kata). Pakai tudung pulak warnanya mestilah kena dengan baju.. tudung ikut trend, pakai tudung ada corak bunga-bunga. Pakai tudung pun ada ‘style’… dengan keronsang yang berkilau. Tak pe, yang penting tutup aurat (kita yang kata….)
Tapi, kenapa ada golongan yang pakai tudung labuh pulak. Ooo… sebab dia baik sikit atau alim sikit (kita yang kata…). “Aku belum boleh pakai tudung labuh sebab aku ni jahat sikit, kah kah…” aik! Mengaku jahat pun boleh ketawa. Lepas tu ada pulak golongan yang pakai jubah dengan tudung labuh tu. Itulah org yang tinggi ilmu agamanya (kita yang kata….) Pendek kata, memang semuanya kita yang kata. Kata-kata kita pun memang pendek-pendek belaka. Sebab kita guna akal yg pendek. Bila tanya, sekolah agama sampai darjah khas. Tapi, hukum agama main ikut kata sendiri. Islam yang kita lihat sana-sini, penampilan dan keperibadian ditafsirkan mengikut pendapat kita sendiri…. sebab kita yang kata. Tak terfikirkah kita kalau apa yang kita kata tu tak betul. Takut tak dengan azab kubur dan siksa neraka? Eeee… takut! Memang takut. Tapi, tak terfikir ke kita kalau tersilap kata… akhirnya kita boleh masuk neraka. Berdasarkan hadis Rasullullah SAW, “Ramai yang masuk neraka hanya kerana hasil ucapannya sendiri”
Saudari para muslimat yang dihormati, sebenarnya Islam tidak pernah mengkategorikan pakaian menutup aurat mengikut tahap kealiman seseorang. Tiada kategori yang menentukan pakaian itu samaada orang yang jahil agama atau tinggi agama. Ketahuilah bahawa hanya ada satu garis panduan sebagai perintah menutup aurat kepada kaum wanita muslimat. Iaitu menutup aurat mengikut syariat Islam seperti yang tersebut dalam Surah An-Nur ayat 30-31.
Setiap kaum wanita muslimat itu wajib menutup aurat mengikut syariat Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak perlu tunggu sehingga tinggi ilmu agama atau alim baru nak tutup aurat. Hari ni kita masuk Islam, maka hari ni lah kita kena tutup aurat.
Macam mana pakaian tutup aurat tu? Pakaian menutup aurat mestilah menepati konsep dan ciri-cirinya seperti mana yang disarankan oleh Nabi Junjungan SAW. Yang dikatakan telah menutup aurat ialah apabila kita telah menutup seluruh tubuh badan serta perhiasan yang ada pada diri kita samaada perhiasan semulajadi atau tidak. Dengan erti kata yang lain, bila kita pakai pakaian menutup aurat, janganlah pula pakaian tu ada unsur-unsur perhiasan. Untuk memudahkan bicara, kita sebut pakaian tutup aurat tu sebagai hijab.
Hijab adalah wajib ke atas wanita Islam seperti mana wajibnya solat dan puasa. Jika seseorang muslimat tidak memakainya atau mengingkari kewajipannya maka jatuhlah Islamnya dan menjadi murtad. Sebaliknya jika ia tidak memakai tetapi mengakui wajibnya berhijab (tidak mengingkari) cuma tak pakai sebab ikut trend semasa dan sebagainya, maka dia adalah ‘aasiah’ (derhaka) terhadap perintah Allah SWT yang menyuruh dia berhijab seperti yang tersebut di dalam ayat 59 surah Al Ahzab. Oleh yang demikian wahai para muslimat, patuhilah perintahNya atau adakah anda ingin termasuk golongan murtad atau penderhaka kepada Khaliq (pencipta)?
Saudari para muslimat yang dihormati, selagi pakaian kita tidak menepati ciri-ciri ‘hijab’, selagi itulah kita belum menutup aurat. Tiada istilah ‘dah tutup aurat tapi tak lengkap atau tutup aurat lengkap’. Istilah yang wujud hanyalah ‘ tutup aurat atau buka aurat’. Dan jika memakai seluar panjang atau baju kurung sutera dengan warna-warni serta corak bunga yang indah berserta tudung atau selendang yang juga ‘indah’ itu telah menutup aurat, maka mengapa ada wanita lain yang memakai jubah yang luas serta tudung labuh. Apakah mereka ini alim atau tinggi ilmu agama? Apakah orang lain yang tidak alim maka tidak layak memakai pakaian jubah yang luas? Sedangkan yang menentukan tahap kealiman seseorang itu hanya Allah SWT. Orang yang beribadat bertahun-tahun pun belum tentu masuk syurga. Ini jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu bagaimana Allah menilai para hambanya. Yang kita dapat lakukan ialah meningkatkan ilmu agama dari masa ke semasa dan berusaha sedaya mungkin (tanpa jemu) untuk mencari keredhaan Allah.
Saudari para muslimat yang dihormati, buangkanlah salah faham yang ada dalam diri kita. Buangkan jauh-jauh dan tuntutlah ilmu. Bukan kita atau mereka (sape-sape je) yang mentukan seseorang itu alim atau tidak. Menutup aurat yakni memakai hijab itu wajib, kita tak perlu tunggu ‘ilmu agama’ kita tinggi atau ‘alim’ baru nak pakai hijab. Menuntut ilmu dari masa ke semasa. Ilmu Allah Maha luas. Sesuai dengan tuntutanNya bahawa menuntut ilmu itu wajib dan sesuai dengan hadis Rasulullah yang menyuruh kita menuntut ilmu walau sampai ke negeri China. Bila kita dah menutup aurat (berhijab), janganlah pula ‘over confident’, yang kita cari ialah keredhaan Allah. Bukannya status ‘alim’ pada pandangan manusia. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati mengawal pergerakan hati kita jangan sampai ‘riak’ atau takbur. Nawaitu (niat) kita perlu dijaga dengan penuh waspada dan merendah diri sesuai dengan status kita sebagai hambaNya.
Apabila kita melihat seorang muslimat itu telah berhijab, bermakna dia telah melaksanakan salah satu daripada tanggungjawabnya. Maka jika kita dapati dia melakukan ‘kesilapan’ yakni perbuatan mungkar. Jangan sekali-kali kita mengaitkan perbuatan mungkar muslimat tadi dengan pakaian hijabnya. Jangan pandang mereka ibarat kain putih yang mana tercalit sedikit… kita terus menganggap kain itu kotor. Sedangkan jika kita fikir menggunakan akal bijak, kain putih itu masih boleh dibersihkan dan kembali putih dan suci seperti sedia kala. Sama seperti seorang wanita yang berhijab, mereka belum tentu alim. Mereka memakai hijab kerana kewajipan. Maka, apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan mungkar samaada sengaja atau tidak, hendaklah kita menegur dengan cara yang paling baik. Sampaikan pada nya bahawa apa yang dilakukan itu adalah perbuatan mungkar. Samaada dia berdosa atau tidak, Allahualam. Kewajipan kita menegur… kerana tiada manusia yang ‘perfect’ dalam dunia ni. Jangan mudah mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya tuntutlah ilmu supaya kita tidak taksub dalam beramal atau terburu-terburu mempertikaikan amalan orang lain.
Semoga segala isi perbincangan yang dihuraikan dapat membantu umat Islam sama ada muslimin ataupun muslimat memahami hakikat sebenar. Dengan keberkatan dan keredhaan Allah SWT, apabila kita menjaga aurat sepertimana yang telah disyariatkanNya, semoga kita terpelihara daripada sebarang fitnah dan bala yang boleh merosakkan diri dan umat Islam. Amin.
‘Jangan malu untuk beribadat dan jangan pula riak ketika melakukan amal ibadat’
































































Recent Comments