Posts filed under ‘Politik’
Pandangan Pas Bergabung Dengan Dap….
RAMAi yang sangsi dengan tindakan PAS bergabung dengan DAP. Dengan PKR, tidak timbul sangat isu. Kesangsian ini, bukan sekadar berlaku pada orang UMNO, tetapi berlaku juga kepada orang-orang yang berkeahlian PAS, juga dari kalangan mereka yang berada dalam gerakan Islam.
Bagi memberikan huraian perkara ini, dikupasnya seperti berikut;
SATU : SIKAP BEBERAPA PIHAK
Dalam merungkaikan perkara ini, ia terbahagi kepada dua pihak, iaitu;
Satu : tidak bersetuju PAS gabung dengan DAP
Pendapat ini berhujjah seperti berikut;
[1]
Firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)
Dalam ayat ini, Allah SWT melarang menjadikan orang Islam menjadi non Muslim sebagai wali atau pemimpin. Makanya, tidak sepatutnya PAS bergabung dengan DAP, kerana parti itu adalah parti bukan Islam.
[2]
Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka.
[3]
Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri ada berkata;
الكفر ملة ، والاسلام ملة
Maksudnya;
“Kufur itu satu puak, dan Islam itu satu puak” (rujuk Musannaf Abd al-Razzaq; no.10234)
Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP.
Dua : PAS mesti bergabung dengan DAP
Pendapat ini berasaskan penghujahan berikut;
[1]
Firman Allah;
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya;
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (Surah Al-Maidah, ayat 2)
Tolong menolong ini, dilarang dari melakukan permusuhan. Di kala DAP menyeru kepada keadilan, lalu PAS melakukan permusuhan dengan DAP, menyebabkan ia bercanggah dengan konsep ayat ini. Sedangkan dalam masa yang sama, kita disuruh melakukan bantu membantu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan.
Dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh kita bantu membantu dalam melakukan “al-Bir”, sedangkan dalam ayat lain, Allah SWT guna kalimah “al-Bir” ketika menyuruh melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang bukan Islam.
Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik (al-Birr) dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)
Memandangkan ayat ini menyuruh kita melakukan keadilan dan berbuat “al-Birr” kepada orang bukan Islam, maka tidak salah jika PAS bersama-sama dengan DAP dalam usaha saling bantu membantu menegakkan keadilan dan kebajikan.
[2]
Firman Allah;
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ
Maksudnya;
Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu” (Surah ali-Imran, ayat 75)
Dalam ayat ini, Allah SWT mengiktiraf tentang amanah yang dilakukan oleh orang bukan Islam. Ini ditambahi lagi pengiktirafan Nabi Muhammad SAW terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Raja Habsyah.
Jadi, tindakan PAS bersama dengan DAP tidak menjadi kesalahan, jika dasar dan tindakan DAP itu menjurus kepada keadilan dan kebaikan, seperti amanah dan melawan rasuah dan sebagainya. Jika al-Quran mengiktiraf amanah kewangan yang dilakukan yahudi, maka tidak ada sebab kita tidak mengiktiraf kebaikan DAP jika mereka menyeru kepada benda yang sama.
[3]
Dari Talhah bin Abdullah bin Auf bahawa Nabi SAW berkata;
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما احب ان لى به حمر النعم ولو ادعى به في الاسلام لاجبت
Maksudnya;
“Aku hadir di rumah Abdullah bin Jad’ad satu pakatan yang aku lebih suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga). Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya.” (Sunan al-Baihaqi al-Kubra, hadis no : 12859.)
Al-Qutaibi menyatakan, “punca berlaku pakatan itu adalah Quraish telah melakukan kezaliman di tanah haram, lalu Abdullah bin Jad’an dan Zubair bin Abd al-Muttalib mengajak mereka kepada pakatan dalam memberi pertolongan dan menyelamatkan orang yang dizalimi. Ajakan itu telah disahut oleh Bani Hasyim dan sesetengah kabilah daripada Quraish.” (Ibid, jld 6, hlmn 367)
Dari ini, amat nyata bahawa bersama dengan non Muslim dalam berusaha menghapuskan kezaliman adalah satu perkara yang tidak bercanggah dengan Islam, sebaliknya ia diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW.
[4]
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka” (surah Hud, ayat 113)
Kezaliman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka beragama Islam. Ada muslim yang zalim, dan ada non Muslim yang adil. Jika kezaliman itu dibuat, maka pembuat itu tidak boleh disokong. Menyokong itu satu kesalahan. Jika menyokong kezaliman sudah disambar oleh Neraka, maka menyokong keadilan adalah satu kewajipan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya.
DUA : PENILAIAN
Sebelum membuat rumusan terhadap pendapat kedua-dua perkara ini, dihuraikan seperti berikut;
[1]
Dalam fiqh politik, asaskannya adalah capaian kepada maqasid, iaitu kemaslahatan kepada rakyat. Ia merupakan definisi politik, sepertimana yang pernah dinyatakan al-Qaradhawi.
Dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah, Qaradhawi mendefinisikan siyasah atau politik itu adalah;
القيام علي شيء بما يصلحه
Maksudnya;
“Melaksanakan terhadap sesuatu dengan perkara yang boleh mendatangkan kemaslahatan.” (rujuk Al-Siyasah al-Syariyyah fi Dau’ Nusus al-Syariah wa maqasiduha, hlmn 29)
Dengan erti kata yang lain, setiap tindakan yang mencapai kepada maslahah kepada rakyat, maka ia merupakan tuntutan kepada fiqh politik. Dengan maksud, perkara yang boleh mendatangkan mafsadah kepada rakyat, maka perkara itu berada diluar kerangka fiqh politik Islam.
Adapun nas-nas yang berkait dengan politik, sifatnya adalah wasail, iaitu elemen penghubung kepada capaian terhadap maqasid. Sesuatu ketetapan yang termaktub dalam Nas tersebut, ia merupakan salah satu cara untuk capaian maqasid, bukan satu-satunya cara sahaja. Dengan maksud, cara yang termaktub dalam nas tersebut, amat sesuai dengan kondusif politik di zaman itu, tetapi mungkin tidak sesuai dengan kondusif di zaman dan tempat yang lain.
Antara contoh dalam perkara ini adalah seperti sabda Nabi SAW;
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ
Maksudnya;
“pemimpin-pemimpin itu dari kalangan Quraish.” (rujuk Musnad Ahmad, hadis no : 11859.)
Hadis ini adalah bersifat wasail, sedangkan maqasid dalam hadis ini adalah untuk mengelak pertembungan dan perbalahan. Ibn Khaldun dalam kitab muqaddimah menyatakan;
فإذا ثبت أن اشتراط القرشية إنما هو لدفع التنازع بما كان لهم من العصبية والغلب
Maksudnya;
“Oleh itu, nyata bahawa syarat quriash adalah untuk menolak perbalahan ekoran kewujudan asabiyyah dan penguasaan.” (rujuk Al-Muqaddimah, hlmn 100)
Dengan maksud, penguasaan dan “respek” pihak rakyat pada zaman itu terhadap Quriash menyebabkan Nabi SAW menyatakan kepimpinan itu dari kalangan Quriash. Dengan erti kata yang lain, jika mengelak dari perbalahan itu tercapai dengan tidak perlantikan Quraish, tetapi tercapai dengan perlantikan bangsa lain, maka melantik bangsa lain itu adalah satu keperluan.
[2]
Dalam politik Islam, perkara yang paling penting adalah perlaksanaan keadilan, dan berusaha sedaya mungkin dari tersebar kezaliman. Segala tindakan yang menegakkan kezaliman, maka ia wajar dilawan.
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka” (surah Hud, ayat 113)
Dalam hadis Qudsi, bahawa Nabi SAW berkata yang Allah SWT berfirman;
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
Maksudnya;
“Wahai Hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim terhadap diri-Ku, dan Aku jadikannya haram di antara Kamu, maka Jangan kamu saling zalim menzalimi.” (rujuk Muslim, hadis no : 4674)
Ibn Taimiyyah menyatakan;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah SWT tolong Negara yang adil, waima ia adalah kafir, Tidak menolong Negara yang zalim, waima ia mukmin.” (Rujuk Al-Hisbah, hlmn 4)
[3]
Tentang firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)
Ulasan tentang ayat ini adalah seperti berikut;
-1-
Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Sifat menutup pintu-pintu haram ini, tidak semestinya diharamkan secara mutlak, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat juga ia sudah memadai menutup pintu-pintu haram.
Ia sama seperti Allah SWT menyatakan;
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Maksudnya;
“Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka mencela Allah dengan permusuhan (prejudis), dengan tanpa Ilmu” (surah al-An’am, ayat 108)
Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, walaupun ia boleh mencapai maslahah. Ini kerana, ia sebenarnya boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia.” (rujuk Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim : 3/314)
Menurut Al-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainyamafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang.” (rujuk Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219)
Dengan erti kata yang lain, mencela sembah-sembahan tersebut adalah dibenarkan DENGAN SYARAT ia tidak dilakukan dihadapan non muslim. Sekiranya diyakini tidak mendatangkan implikasi serang balas dari non Muslim tersebut, maka ia tidak menjadi haram.
Begitujuga dengan ayat 28 dari surah al-Imran. Larangan orang non Muslim jadi menjadi pemimpin itu kerana bimbang mereka menguasai orang Islam. Dengan maksud, tidak dibawah larangan sekiranya non Muslim itu menjadi pemimpin DENGAN SYARAT pengamalan dan beberapa perkara perinsip bagi umat Islam tidak diganggu gugat.
Dalam kerangka demokrasi, sesuatu perlaksanaan dasar tertakluk kepada undang-undang yang termaktub. Ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa sahaja yang memerintah, samada mereka yang beragama Islam atau mereka yang tidak beragama Islam. Sekiranya dalam undang-undang termaktub menyatakan hak orang Islam tidak boleh terhalang, maka sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin, mereka kena akur dengan undang-undang tersebut.
Jadi, dengan perlantikan non Muslim sebagai pemimpin politik dalam kerangka politik demokrasi, ia tidak bercanggah dengan maksud ayat di atas.
-2-
Dalam kerangka monarki, pemimpin itu bersifat wilayah. Sedangkan dalam kerangka demokrasi, pemerintah tidak boleh pandai-pandai menentukan dasar kecuali mendapat persetujuan rakyat majority. Dengan erti kata yang lain, pemimpin dalam sesebuah Negara demokrasi, tidak bersifat wilayah, tetapi bersifat wakalah. Wilayah dalam kerangka demokrasi adalah rakyat dan undang-undang yang termaktub.
Ekoran dari itu, menjadikan hujjah ayat ini sebagai penghalang untuk mengundi non Muslim adalah tidak tepat. Ini kerana, dalam wakalah boleh diberikan kepada non Muslim.
[4]
Mereka berhujjah dengan merujuk kepada Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Kata mereka, “dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka”.
Bagi menjawab hujjah mereka ini, diperhatikan kepada satu hadis, bahawa Nabi SAW ada menyatakan;
أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Ketahuilah bahawa mereka yang menzalimi Mu’ahid (non Muslim yang zimmi) atau mengurangkan (kata al-Tibiy : haknya) atau membebankannya luar dari kemampuannya, atau mengambil darinya sesuatu bukan dari cara yang baik, maka aku akan jadi penghujjahnya pada hari akhirat.” (rujuk Sunan Abi Daud, 2654)
Melihat hadis ini, Nabi SAW mempamerkan bahawa Nabi SAW akan mempertahankan non Muslim yang dizalimi. Tindakan Nabi SAW mempertahankan non Muslim, bukan bermakna Nabi SAW redha dengan agama mereka. Maka begitujuga tindakan PAS bergabung dengan DAP, bukan bermakna redha dengan mereka.
Dari sudut Islam, tidak boleh kita hendak melahirkan permusuhan politik atas sebab berbeda agama, kerana kepercayaan agama melibatkan hidayah yang merupakan kekuasaan Tuhan, sedangkan menghentikan kezaliman adalah perkara ikhtiyari, iaitu dibawah kawalan kita. Maka ia hendaklah dilawan, waima ia dilakukan oleh muslim sekalipun. Jika Muslim melakukan kezaliman pun wajib dilawan, maka lebih-lebih lagi wajib dilawan, jika yang melakukan kezaliman itu adalah non Muslim.
[5]
Mereka berhujjah dengan merujuk perkataan Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri. Beliau berkata;
الكفر ملة ، والاسلام ملة
Maksudnya;
“Kufur itu satu puak, dan Islam itu satu puak.” (rujuk Musannaf Abd al-Razzaq; no, 10234)
Mereka menyatakan, “Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP”
Dijawab bahawa berbeda kepuakan adalah fitrah. Tetapi, perbedaan puak itu tidak boleh menafikan keperluan bekerjasama dalam menjatuhkan kezaliman. Ia dapat dirujuk dalam hadis Hilf al-Fudhul yang disebut di atas bahawa Nabi SAW akan menyokong gerakan yang bersatu dalam menghapuskan kezaliman, waima ia dilakukan oleh Bani Hashim yang ketika itu tidak beragama islam lagi.
[6]
Mereka menyatakan, “Bersatu adalah satu keperluan. Dalam al-Quran, banyak ayat-ayat al-Quran menyuruh kita bersatu. Sedangkan berpakat dalam politik, tidak termaktub dalam nas al-Quran. Jadi, apabila bertembung al-Quran dan tidak, maka dahulukan nas al-Quran”.
Dinyatakan bahawa dalam al-Quran, suruhan bersatu atas asas berpegang dengan tali Allah. Dengan erti kata lain, sekiranya dari pihak muslim ada yang tidak berpegang dengan tali Allah, maka tidak perlu bersatu dengan mereka. Malahan boleh jadi haram, jika bersatu itu mengukuhkan lagi pihak yang zalim.
Tanpa dilalaikan, bahawa al-Quran juga menyuruh kita menghindarkan diri dari cenderung kepada kezaliman. Secara istiqra’ maknawinya, kezaliman memang wajib dihindari. Adalah satu perkara yang mustahil bahawa al-Quran menyuruh kita menyokong kezaliman.
Mendakwa bahawa sesama muslim perlu bersatu adalah perkara benar. Tetapi, adalah salah jika disuruh juga bersama dengan muslim, jika tidak berasaskan kepada keadilan dan menolak kezaliman yang merupakan antara perkara asas bagi tali Islam. Kita dituntut bersatu dalam melakukan keadilan dan menolak kezaliman, tetapi kita dilarang dari bersatu dalam melakukan kezaliman, waima sesama muslim sekalipun.
KESIMPULAN
Asas bagi Islam, ia adalah rahmat sekelian alam. Ia tidak memberi kasih sayang kepada muslim sahaja, tetapi kasih sayang menurut ajaran Islam melepasi batasan bangsa, warna kulit dan agama. Soal kepercayaan agama adalah soal hidayah, sedangkan hidayah dibawah kekuasaan Allah SWT.
Islam tidak menghalang kita bersatu dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan. Yang Islam halang adalah, bersatu sesama muslim dalam menegakkan kebatilan dan kezaliman. Juga islam juga menghalang memberi kekuatan kepada pihak batil untuk terus bertapak.
Islam menang apabila non Muslim memeluk Islam. Ia tidak akan berlaku, kecuali mereka menyukai Islam terlebih dahulu. Mereka tidak akan suka dengan Islam, jika Islam dipamerkan sebagai agama perkauman, walhal Islam adalah agama untuk semua manusia.
Ibn Taimiyyah pernah berkata, “Allah akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, waima ia mukmin sekalipun. (rujuk Al-Hisbah, hlmn 4)
Dengan itu, bersatu kita menegakkan keadilan demi melihat Islam tersebar di muka bumi ini. Hindarkan diri dari bergabung dengan pihak yang zalim, kerana ia menjauhkan manusia dari Islam.
Wallahu ‘Alam
________________________________________
Wan Ji Wan Hussein al-Ta’adudi yang lebih dikenali sebagai Pak Shaikh Muka Buku merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir yang kini melanjutkan pengajian dalam maqasid asy-syariah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menconteng di FB Wan Ji at-Ta’addudi dan berkicau di @wanji_bakistani. Artikel ini koleksi tulisannya yang dipetik dari blog al-Bakistani.
Penjelasan Isu Mahasiswa Turunkan Bendera Gambar Najib
Jom layan, jangan dok gaduh-gaduh…kalau gaduh-gaduh sama islam jadi bodo semua….takde akhlak dan budi bahasa. Semua nak tunjuk hebat apa benda????????????….pikirla kawan….semua nak buat huru hara ke…..??? belajarla kawan….jadilah orang berilmu yang sentiasa berfikir rasional berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w…
Pasal Bendera Pun Nak Ludah Muka Orang
Maklumbalas Mahasiswa Pasal Kejadian tersebut
itu dia perang
Berakhirnya Riwayat Gaddafi
SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam. Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.
“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.
NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu. “Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.
Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam. Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.
NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu. Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut. NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.
Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi. Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.
Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.” Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya. Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut. Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh. “Dia sudah pun mati,” katanya kepada stesen televisyen Al-Jazeera.
Mayat Gaddafi itu dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan demi keselamatan, kata seorang lagi pegawai NTC. “Mayat Gaddafi bersama dengan unit kami di dalam sebuah kereta dan kami membawa mayat tersebut ke sebuah lokasi rahsia atas alasan keselamatan,” kata pegawai itu, Mohamed Abdel Kafi.
Bagaimanapun, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan bahawa mayat Gaddafi telah tiba di Misrata. Stesen televisyen satelit Al- Jazeera me laporkan jenazah Gaddafi kemudian ditempatkan di sebuah masjid di bandar Misrata, barat daya Libya. Stesen-stesen televisyen dan beberapa saluran lain menunjukkan imej askar-askar mengelilingi sebuah lubang paip besar di bawah lebuh raya iaitu lokasi tempat Gaddafi ditemui dan membuat rayuan supaya dia jangan ditembak.
Sementara itu, anak kelima Gaddafi, Moutassem dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi ditangkap semalam di pelabuhan Sirte. Kedua-duanya dibawa dari Sirte ke Misrata yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Tripoli. Stesen-stesen televisyen di seluruh dunia menyiarkan Gaddafi selepas NTC menyatakan bahawa dia terbunuh. Seorang pegawai NTC kemudian mengesahkan bahawa gambar tersebut adalah Gaddafi. Gambar itu yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukkan wajah yang pucat, berdarah dan mata hampir tertutup mirip Gaddafi. Foto tersebut menunjukkan rambut kerinting halus dan struktur muka mirip Gaddafi.
Ketika gambar tersebut disiarkan, masih tidak jelas sama ada dia masih hidup atau cedera. Foto tersebut menunjukkan terdapat darah dari bahagian mulutnya. Adalah menjadi sesuatu kebiasaan bagi para pejuang Gaddafi merakamkan gambar di lokasi pertempuran. Seorang lagi pegawai tentera Libya mengesahkan bahawa satu foto yang menunjukan seorang lelaki yang mirip Gaddafi mati itu dan disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera adalah Gaddafi yang sebenar. Pegawai itu iaitu anggota jawatankuasa keselamatan NTC di Tripoli, Kolonel Mostafa Noah berkata: “Ya, itu adalah betul.”
Bekas Menteri Pertahanan Libya, Abu Bakr Younis dilaporkan turut terbunuh di pelabuhan Sirte, menurut stesen televisyen Free Libya. Stesen itu menunjukkan gambar Abu Bakr dengan kecederaan di bahagian dada. Menurut laporan media, Abu Bakr mengiringi Gaddafi semasa dia terbunuh. Gaddafi dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung dakwaan membunuh sejumlah orang awam.
Rejim pemerintahannya tumbang pada 23 Ogos lalu selepas memerintah selama 42 tahun di negara yang kaya dengan minyak itu. Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969. Ketika itu, Gaddafi merupakan seorang pegawai tentera Libya. Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.
Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa. Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi. Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.
– Agensi
PM YB Dato Sri Najib Razak Dan Ringkasan Bajet 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan. Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
dipetik dari: Bloglistpolitik.blogspot.com
Untuk teks ucapan penuh pembentangan bajet 2012 bolehla download di link di bawah.
Klik Download
Memahami Isu Hukum Hudud
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Diharapkan anda semua sihat dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat yang Maha Esa iaitu Allah SWT. Kali ini nak diceritakan sedikit sebanyak isu masalah umat islam di Malaysia terutamanya. Isu yang sering dibangkitkan oleh orang Islam di Malaysia ialah berkenaan undang-undang Islam iaitu Hudud.
Malaysia seperti yang kita semua tahu, Undang-undang hudud masih belum lagi dilaksanakan walaupun hukum ini adalah wajib dilaksanakan oleh pemerintah Islam. Negara kita dikatakan negara islam tetapi pelaksanaan hukum islam masih lagi tidak dilaksanakan oleh pemerintah islam. Namun, isu pelaksanaan ini dirungkai oleh pelbagai pihak terutamanya oleh golongan Ilmuan Islam yang pakar dalam bidang masing-masing, tidak terkecuali jugak isu ini dibangkitkan oleh ahli-ahli politik untuk kepetingan dan tujuan masing2.
Bagi Parti PAS pendirian mereka adalah tegas dalam pelaksanaan hukum hudud iaitu wajib dilaksanakan sebagai penganti undang-undang yang sedia ada yang bukan islamic dan bagi saya ia adalah perlu untuk membangkitkan kesedaran orang islam tentang perjuangan Hukum Allah walaupun tak dapat dilaksanakan lagi. Manakala bagi BN mereka masih lagi dengan pendirian bahawa Malaysia masih belum lagi sesuai untuk dilaksanakan kerana keadaan masih tidak sesuai atau kondusif dan mungkin akan menimbulkan pelbagai keburukan kepada orang awam yang masih belum memahami dengan pelaksanaan hukum hudud tersebut. Namun bagi Parti DAP MCA dan MIC mereka tetap akan menolak pelaksanaan hukum hudud kerana meraka bukan golongan Islam dan masih belum jelas keadilan yang wujud sekiranya ada pelaksanaan Hukum tersebut. Oleh itu, tidak hairan sekiranya golongan kafir menolak pelaksanaan hukum islam. Masalah utama ialah adakah pemerintah sekarang memberi kefahaman kepada orang awam dan golongan bukan islam untuk memahami islam tentang pelaksanaan hukum tersebut supaya mereka dapat lihat akan keadilan hukum islam.
Pada pandangan saya masalah utama ialah sejauhmana pihak pemerintah cuba mewujudkan keadaan kondusif dan memberi pemahaman yang meluas kepada orang Islam dan bukan islam akan keadilan Hukum Hudud. Persoalannya adakah promosi islam secara meluas ini berlaku??? Untuk memberi kefahaman kepada orang awam samada orang islam yang belum betul2 memahami islam dan orang bukan islam yang pasti tak faham islam boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti media elektronik iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, ASTRO dan sebgainya….Manakala media cetak ialah surat khabar, majalah dan sebagainya ataupun memberi risalah percuma mengenai Islam.
Sebaliknya ialah hiburan yang sering di beri dan disuap kepada orang awam yang akan menyesatkan umat islam itu sendiri. Sepatutnya wacana Ilmu seperti debat, wawancara, dan lain-lain yang memberi kefahaman kepada orang awam perlu dilakukan untuk menampakkan kebaikan Islam itu sendiri. Promosi islam perlu dilakukan melalui media utama seperti TV untuk memudahkan penyampaian yang berkesan kerana majoriti orang awam yang menonton TV iaitu 90 % . Pikir-pikirkanlan dan lihatlah dari sudut yang positif….
Kepada orang awam seperti saya dan lain2 yang ingin lebih memahami mengenai pelaksanaan hudud perlulah menuntut ilmu secera mendalam. Untuk mendapat ulasan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dari salah seorang pakar agama iaitu Ustaz Dr Asri atau DRMAZA dengan pendirian bahawa keadaan negara Malaysia yang masih belum kondusif.
Selamat Menonton dan Memahami
Manakala Bahan Bacaan dan ulasan DRMAZA:
Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud
Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah
Ustaz Azhar Idrus – Hudud Bagi Bukan Islam
Ustaz Zaharuddin – Undang – Undang Islam Dan Hukum Hudud
AAM HUDUD; Hukum, Hikmah, Kritikan & Jawapan
Saksikan Juga Forum Hudud Oleh: Ustaz Ismail Kamus dan Dr. Haron Din
Oh Kerana Mu Baju Kuning
Salam ceria untuk semua, kali ini saje je saya nak postkan satu video yang sangat lucu dengan sikap orang Melayu terutamanya dari pihak keselamatan Negara. Apa salahnya memakai baju warna kuning ketika jumpa Perdana Menteri Malaysia, gara-gara pakai baju warna kuning kena tangkap oleh pihak polis.
Yang lagi peliknya ialah ada yang pakai jersi warna kuning pun kena tangkap jugak, alahai kelakarnya pihak keselamatan Negara kita sampai buat kerja tak kena pada caranya. Kita sebagai pekerja biarlah nampak profesional sikit di mata orang awam walaupun kita memang tak profesional…Ermmmm malu aku bila tengok video ini….
Jangan aku pulak yang kena tangkapnya sebab gara-gara pakai baju warna kuning…itu gambar aku sebelah yang dah lama pakai baju kuning dari tahun 2007 lagi…Janganlah kerana perhimpunan bersih 2.0 9 julai hari tu semua pemakai baju kuning kena tangkap…..ni mungkin sebab takut warna kuning kot…warna kuning sepatutnya warna ceria bila kita pakai…aiyo…ini banyak peningla dengan keadaan semasa sekarang macam-macam perkara yang tak masuk akal pun boleh jadi sampai memalukan diri sendiri…apa lagi saksikan video dibawah…okeh….sekian…
Inilah UMNO Kebanggaan
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)
2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?
4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?
5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.
11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?
16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?
18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?
19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?
21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?
27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?
30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
Sumber: biaqpila
Hikmah disebalik Himpunan Bersih 2.0
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..Seperti yang kita semua ketahui Negara kita Malaysia pada 9 Julai 2011 telah berlaku peristiwa besar di Kuala Lumpur iaitu Demontrasi Bersih 2.0. Demontrasi tetap dilakukan walaupun dihalang oleh pihak Kerajaan termasuklah dari Pihak Keselamatan iaitu PDRM. Sebelum demontrasi ini dilakukan terdapat pelbagai pihak yang mula bangkit untuk menyatakan sokongan dan bantahan mereka.
Demontrasi ini dilakukan oleh pihak NGO yang disokong kuat oleh pihak parti pembangkang terutamanya PAS, PKR dan DAP untuk menuntut proses pilihan raya yang adil, bersih dan saksama. Tuntutan ini dilakukan adalah kerana didapati bahawa kerajaan sekarang UMNO tidak adil dalam melaksanakan pilihan raya dalam masa yang sama pihak SPRM Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia lebih memihak kepada Kerajaan. Hal ini disokong apabila terdapat pelbagai bukti yang dikatakan SPRM tidak telus dalam melaksanakan tugasnya seperti bukti yang tersebar di internet sebagai contohnya terdapat pengundi hantu, pengundi lebih dari 10 orang dalam satu rumah, rasuah, undi pos yang boleh dimanipulasi oleh pihak kerajaan dan sebagainya.
Hasil daripada perancangan demontrasi bersih tersebut, pelbagai pihak telah muncul untuk memberikan pelbagai pendapat mengenai halal atau haram berdemontrasi. Seperti yang kita tahu pihak kerajaan tidak membenarkan demontrasi tersebut dijalankan namun, bagi pihak bersih mereka menyalahkan kerajaan kerana mereka ada hak untuk berkumpul dan melakukan demontrasi dalam menegakkan keadilan demokrasi. Keadaan ini telah menimbulkan kesedaran semua pihak mengenai perkara tersebut seperti Ilmuan Salafi yang lebih taat pada pemimpin yang sedia ada dengan tegas menyatakan bahawa demontrasi itu adalah haram. Bagi pihak Ilmuan dalam Perjuangan Parti PAS mereka sokong demontrasi tersebut bertujuankan menegak keadilan demokrasi pilihanraya.
Walau bagaimanapun terdapat juga Ilmuan yang tidak memihak pada mana-mana pihak kerana mereka adalah golongan akademik yang lebih kepada Neutral. Sebaliknya bagi pihak kerajaan mereka secara jelas menolak dan mengharamkan Demontrasi Bersih 2.0 tersebut untuk menjaga keamanan Negara. Keadaan ini secara tak langsung telah membuatkan para ilmuan Islam kita bangkit memberikan pandangan masing-masing untuk menegakkan kebenaran dalam berhujah.. Pandangan-pandangan ini dapat dilihat dalam internet terutamanya Youtube.
Namun demikian, pandangan-pandangan mereka akan mengelirukan kebanyakan orang awam yang cetek Ilmu agamanya seperti saya kerana ia seolah-olah saling menyalahkan sesama umat Islam antara Ilmuan Salafi, Ilmuan PAS, UMNO dan ahli-ahli akademik yang semuanya adalah beragama ISLAM. Oleh itu, apa yang dapat dilihat dari kesedaran mengenai demontrasi bersih 2.0 ini, eloklah para-para ilmuan semua berkumpul untuk membentuk kata sepakat yang jelas demi menjaga perkembangan Islam di Malaysia yang tercinta.
Tidakkah ini merupakan satu hikmah yang berlaku akibat wujudnya bantahan dan sokongan pada Demontrasi Bersih 2.0 tersebut. Sebaik-baiknya semua para Ilmuan berkumpul untuk menyelesaikan masalah yang timbul demi kepentingan umat Islam itu sendiri yang sedang berkembang di Malaysia. Oleh itu, saya berharap pihak-pihak yang merasakan dirinya cukup Ilmu dan hujah dalam menyatakan sebarang pendapat wajar bangun dan tampil kehadapan untuk berbincang dan menyelasaikan masalah Ummah ini…Mudah-mudahan para Ilmuan semua terfikir untuk berkumpul bersama bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain kerana berbeza pendapat.
Sekian Wasalam, sama-samalah kita berdoa….
Adakah Propaganda Atau Realiti?
Salam sejahtera untuk semua, kali ini timbul pertanyaan dalam diri penulis mengenai isu hangat yang membabitkan artis tempatan iaitu Bob Lokman yang telah mendekatkan diri dengan sebuah parti Islam iaitu PAS. Adakah penglibatan Abang Bob Lokman itu satu propaganda parti ataupun disebabkan terbukannya pintu hati beliau untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui perjuangan parti dan menyedari bahawa perjuangan PAS adalah benar dan berlandaskan islam.
Berdasarkan hujah dan alasan yang diberi oleh Bob Lokman mengenai kenapa dia telah melibatkan diri dalam parti Islam Semelaya iaitu untuk menyelamatkan diri dan anaknya daripada neraka Allah. Dalam masa yang sama sistem kehidupan masyarakat kita sekarang ini juga adalah salah kerana melebihkan dunia dari akhirat. Bagi pandangan penulis memang betul cara kehidupan kita terutamanya di Malaysia yang dikatakan Negara Islam yang diiktiraf oleh negara luar tetapi pada hakikatnya cara kehidupan kita bukan sepenuhnya berlandaskan cara hidup islam. Ini terbukti apabila ramai dikalangan pemimpin besar yang menjadi tunggak negara lebih cenderungkan kemajuan dunia dan meninggalkan akhirat.
Malah perjuangan mereka juga adalah perjuangan yang lebih kepada menyatukan bangsa bukannya memperjuangkan agama padahal nabi kita Muhammad s.a.w tidak pernah memperjuangkan bangsa sekalipun. Kenapa mereka menjadikan perjuangan bangsa itu sebagai satu matlamat? Hal ini kerana orang-orang atasan ini lebih memikirkan keuntungan dan kesenangan diri sendiri berbanding kesenangan awam. Walaupun mereka sedar bahawa perjuangan bangsa tidak akan berjaya sehinggalah akhir zaman kerana dalam diri setiap orang bukan islam akan sentiasa ada gerak hati untuk memusuhi islam selagi mereka tidak memahami dan berada di bawah sistem kehidupan islam.
Selain itu memang benar apa yang dikatakan oleh Bob Lokman bahawa sistem kehidupan sekarang adalah salah dan lebih cenderung untuk dunia sahaja. Keadaan ini dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai masalah sosial yang kian meruncing. Pelbagai masalah sosial seperti yang dilaporkan oleh media massa iaitu jenayah rompakan, ragut, seks bebas, pembuangan bayi, bunuh dan sebagainya diluar jangkaan kita. Masalah sosial ini bukan sahaja dilakukan oleh orang bukan Islam tetapi sebaliknya terjadi pada anak-anak muda yang ayah dan ibunya secara asli lahir dari keturunan Islam. Fenomena ini jelas mengambarkan kehidupan sekarang lebih membawa kepada kehidupan untuk berseronok dan bebas dengan pemikiran sekular. Keadaan inilah yang harus dibendung melalui perjuangan Islam dengar menyedarkan masyarakat bahawa permasalahan dunia tidak dapat diselesaikan sekiranya tidak berpandukan pada hukum hakam Islam yang menjadi hak milik mutlak Allah.
Oleh itu marilah kita semua masyarakat Islam cuba berhenti sekejap dalam memikir dan mengejar hal duniawi dan mengambil masa seberapa ketika untuk muhasabah diri. Dengan bertanyakan pada diri adakah benar cara kehidupan dan perjuangan hidup kita selama ini. Seandainya kita merasakan bahawa laluan hidup selama ini adalah salah dan perlu kepada pembaikan maka carilah sumber yang boleh membantu diri kita samada melalui parti ataupun melalui pembelajaran agama. Ingat bahawa perjuangan yang benar sahaja akan diterima disisi Allah.
Sama-samalah kita berfikir dan beramal.
Sekian Wasalam
Isu Kenyataan Lee Kuan Yew : Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga
Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di bawah tajuk besar, “Kuan Yew Takut Jiran”, Utusan memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu yang mencadangkan agar umat Islam mengurangkan pegangan terhadap Islam. Apa yang menjadikan laporan itu hebat ialah ayat ringkas Nik Aziz pertahan Kuan Yew dan juga ruangan Senyum Kambingnya yang mengembek dengan dialog, Apa nak buat, dia Tok Guru celaru.
Nampaknya Utusan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk memutarkan fakta yang barangkali sukar untuk dipercayai hatta oleh ahli-ahli UMNO sekalipun. Munasabahkah pada pemikiran seorang yang waras, seorang Menteri Besar yang dikenali sebagai orang yang paling kuat berusaha memahamkan rakyat tentang nilai Islam, menjadi orang yang menyokong supaya nilai Islam dikurangkan? Logikkah seorang yang saban minggunya berkuliah menghuraikan tafsiran al-Quran tiba-tiba cenderung agar nilai Islam dikurangkan? Untuk mempercayai premis inipun sudah sukar, lainlah jika pemimpin yang dikenali sebagai tahi judi, kaki rasuah atau sekurang-kurangnya gagal membimbing ahli keluarganya patuh pada agama berkata demikian.
Saya tidak berada di dalam sidang media tersebut yang didakwa dibuat selepas Mesyuarat Exco Kelantan pada 26 Januari 2011. Bagaimanapun, hasil bantuan rakan-rakan wartwan yang lain, rakaman membuktikan bahawa apa yang disebut oleh Nik Aziz ialah,”Tidak pelik jika Lee Kuan Yew menolak Islam, kerana dia bukan Islam. Apa yang pelik ialah orang Melayu yang tolak Islam dan mengambil fahaman nasionalis..” Itu saja. Barangkali tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan wartawan Utusan Malaysia menyebabkan mereka gagal memahami premis semudah ini. Mungkin wartawannya lebih baik membuat liputan berkenaan isu-isu kebersihan sahaja kerana ia barangkali lebih mudah dan tidak memerlukan daya penguasaan bahasa yang mantap. Laporan kawan media saya, saudara Yulpisman di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 28 Januari 2011 boleh dirujuk.
Mudah sahaja mahu memahami hasrat hati media sebegini, mereka mahu Nik Aziz menari seirama dengan mereka. Apabila Lee Kuan Yew dilaporkan mengucapkan kata-kata demikian, mereka mahu Nik Aziz bangkit menentang seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bangun menentang. Barangkali akan adanya kata-kata Jangan jolok sarang tebuan, jangan main api dan sebagainya sebagaimana budaya geng-geng songkok yang tinggi. Jika NIk Aziz seirama dengan mereka, dilihat seolah-olah masyarakat Islam di Malaysia bersatu di bawah kepimpinan UMNO menghadapi apa yang disebut sebagai ancaman luar. Sayangnya, Nik Aziz tidak begitu. Mereka pula dibidas lebih dahsyat daripada Lee Kuan Yew sendiri!
Sewajarnya Utusan Malaysia sebagai akhbar yang ‘paling prihatin’ terhadap nilai-nilai Islam ini melihat kepada kenyataan yang lebih merbahaya yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal dengan aksinya satu ketika dahulu. Jika Utusan Malaysia terlepas pandang, sukalah saya memaklumkan bahawa orang itu telah berkata di dalam isu bersalaman bukan mahram, “So what is so great about that? That is your religious value which I don’t know. How am I to know about the… religious values when I’m not practising that religion? I have the right to say that it’s basic manners to shake hands with people. That’s my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,”
Barangkali, kanta Utusan Malaysia terlampau besar sehingga terlihat ‘kuman’ di seberang sehingga terlupa ‘gajah’ di Johor.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
28 Januari 2011.
-penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.





































































Recent Comments