Posts filed under ‘Motivasi’

Mentaliti Usahawan

1. Mengesan Peluang

Seorang usahawan mestilah mempunyai suatu sifat atau daya fikir yang hebat untuk mengesan sesuatu peluang yang baru untuk dijadikan punca pendapatan. Dalam setiap keadaan mentaliti seseorang usahawan ini mesti kreatif dalam mencari peluang-peluang baru ibarat kata pepatah “Dalam Masalah Ada Peluang” untuk menjadi pemula atau pencetus kepada sesuatu peluang baru. Sekiranya peluang itu dapat dikenalpasti lebih awal, maka keuntungan juga akan menjadi semakin banyak kerana pada setiap peluang baru perniagaan tidak wujud persaingan. Ini secara tak langsung keuntungan juga akan meningkat.

2. Hapuskan “Minda Negatif”

Seseorang usahawan juga mestilah seorang yang dapat menghapuskan halangan minda yang negatif. Minda yang negatif inilah yang akan menghancurkan atau menghalang kejayaan seseorang dalam kehidupannya. Bagi setiap usahawan minda negatif ini mestilah tiada sama sekali kerana ini adalah racun kepada diri mereka. Apa itu minda negatif? Iaitu tidak yakin pada diri sendiri, selalu berfikir mengenai kegagalan, tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri, dan setiap tindakan mudah dipengaruhi oleh keadaan semasa yang merugikan. Segala unsur-unsur negatif ini adalah berbahaya untuk memulakan langkah pertama bagi mana-mana usahawan. Oleh itu minda yang negatif ini harus dihapuskan sama sekali dalam pemikiran usahawan yang mengimpikan kejayaan dunia akhirat.

3. Tingkatkan Ilmu

Setiap usahawan juga mestilah mempunyai suatu sikap untuk meningkatkan ilmu dalam diri dari masa ke semasa. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu mestilah sanggup untuk belajar menambahkan ilmu pengetahuan dalam setiap perkara terutama dalam bidang yang diceburi. Kebolehan untuk belajar adalah perlu kerana semakin cepat belajar sesuatu perkara, semakin cepatlah dapat mempraktikkannya. Tapi ingat jangan terlalu banyak belajar je tanpa mempraktikkanya kerana ilmu akan mudah dilupai walaupun memori otak kita penuh dengan pelbagai ilmu. Untuk mengelak dari ilmu dilupai, seseorang usahawan itu metilah mengajar ilmu yang dia ada kepada orang lain untuk manfaat bersama.

4. Sentiasa Upgrade

Usahawan juga mestilah mempunyai mentaliti yang sentiasa upgrade iaitu mestilah sentiasa mepertingkatkan kualiti diri dan produktiviti bukannya berada di tahap yang sama. Sekiranya sudah berjaya dalam melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah mempertingkatkan lagi kejayaan bukannya setakat apa yang telah berjaya. Sama juga dari segi kemahiran yang ada, seandainya sudah mahir dalam sesuatu bidang apa salahnya jika seseorang usahawan itu menceburi dalam bidang yang lain pulak. Sebagai contohnya, sekiranya anda telah berjaya dalam menternak itik apa salahnya anda mencuba pulak dalam bidang pengeluaran makanan untuk itik. Tidakkah itu lebih menguntungkan lagi perniagaan anda kerana anda boleh membina suatu rangkaian rantai kehidupan iaitu dari makanan itik – menternak itik – memproses telur itik – menjual itik dan meproses baja tahi itik. Ini semua perlu ada dalam pemikiran seseorang usahawan yang berjaya.

5. Bersyukur

Apa yang paling penting ialah setiap usahawan perlu mempunyai sifat bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Tanpa bersyukur tak ke mana diri anda semua wahai usahawan. Dengan bersyukur barulah anda akan rasa lebih bersemangat untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Syukur ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya, membantu usahawan baru, memberi tunjuk ajar percuma dan sebagainya. pada zahirnya tindakan bersyukur ini seolah merugikan mereka tetapi disebaliknya perbuatan itu akan menyebabkan mereka lebih berjaya untuk jangka masa panjang tanpa diketahui oleh sesiapa kerana Yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Sekian wasalam…

August 14, 2011 at 2:30 am Leave a comment

Siapa Orang Yang Gagal?

Salam,  maaf semua pada pembaca blog  yang tak seberapa ini kerana sudah lama tidak dimasukkan info yang terbaru… Apa yang nak diciterkan adalah mengenai kegagalan. Siapakah orang yang gagal dalam kehidupan? Orang yang gagal ialah orang yang mudah berputus asa hanya dengan satu masalah kecil sahaja. Sebelum melakukan tindakan dia sudah memberi alasan dengan kata ‘tak boleh’ sudah pasti kegagalan adalah miliknya.

Berdasarkan kajian terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam apa-apa sahaja yang dilakukannya samada belajar, buat perniagaan, perkahwinan, bekerja makan gaji dan sebagainya. Salah satu faktor utama yang dapat dilihat adalah pemikiran kita yang telah dibentuk dengan keadaan persekitaran yang mendorong kegagalan. Sebagai contoh yang dapat lihat ialah dari ibu ayah yang sering bercakap mengenai kegagalan diri sendiri mahupun kegagalan orang lain akan membentuk satu minda orang-orang yang gagal.

Orang yang paling banyak mempengaruhi minda kita untuk menjadi minda orang yang gagal ialah orang yang paling dekat dengan kita. Pengaruh persekitaran yang paling dekat adalah sangat kuat sehingga boleh melemahkan semangat yang mengunung. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang kita sayang seperti mak ayah kita, kawan-kawan kita, suami atau isteri yang semua ini tak faham dengan cara kehendak dan cara pemikiran kita. Mereka ini seolah-olah membuatkan kita terikut-ikut dengan mereka walhal kehidupan mereka adalah berdasarkan cara hidup orang-orang yang gagal.

Oleh itu kita yang sedar akan keadaan ini  perlu memguatkan semangat untuk mempengaruhi mereka bukan mereka mempengaruhi kita. Golongan yang boleh menjatuhkan kita ini boleh dikenali sebagai “sniop” atau bahasa lainnya boleh jugak digelar sebagai “kerengga”. SNIOP adalah singkatan daripada sindrom negatif influence other person. Manakala kerengga boleh dijelaskan serba sedikit kerana kerengga ni memang sering tak suka orang berjaya sebagai contoh yang dapat dilihat ialah semasa memanjat pokok untuk mengambil buah. Matlamat kita hendak ambik buah tapi takde pasal-pasal kerengga gigit kitakan sebab kerengga tak suka kita berada di atas iaitu berjaya.

So untuk mengelak daripada kejayaan yang bakal kita perolehi digagalkan oleh mereka. Kita semua perlu sedar akan pengaruh persekitaran walaupun kita rasa diri kita ini sudah cukup hebat dan berjaya.

Sebagai contoh kata-kata daripada golongan SNIOP yang boleh mengagalkan kita ialah “ala exam lambat lagi relax lu last-last seminit boleh study” katanya. Kita yang bersemangat untuk bersiap dengan study awal telah disuntik oleh kata-kata kegagalan oleh kawan tercinta kita. Sama jugak dalam melakukan apa-apa pekerjaan diaorang akan kata “kamu tak boleh buat, kamu bodohla, kamu takkan berjayala” dan sebagainya. Semua kata-kata ini akan membentuk pemikiran orang-orang yang gagal sedar ataupun tidak itulah pengaruh kehidupan persekitaran kita.

Keadaan ini secara tidak langsung kita akan sentiasa mencipta alasan sendiri sebelum melakukan tindakan untuk berjaya. Alasan yang diberi kadang-kadang tidak munasabah sama sekali. Sekiranya anda tergolong dalam orang yang mudah dipengaruhi dan sering memberi alasan sebelum melakukan tindakan untuk berajaya maka dengan pastinya kegagalan adalah milik anda. Ada orang berkata dan tengok seseorang itu macamana tengoklah kawannya macamana. Orang-orang yang paling dekat dengan kita semua. Meraka semua adalah ibarat diri kita.

So marilah sama-sama kita berfikir sebagai orang yang berjaya dan mempunyai sikap, ciri-ciri, pemikiran dan tindakan yang akan mendorong kepada kejayaan bukannya kegagalan. Bermulanya dari kita, insyaAllah orang lain juga akan mendapat manfaat yang sama…

Sekadar itu dahulu untuk kali ini dari zakirin a.k.a cheky.

August 29, 2009 at 11:26 pm 1 comment

Think Positif

Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya. Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, “orang itu tak boleh dipercayai”, semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri.

Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.

Oleh itu, kita semua harus think positif……

November 4, 2008 at 12:44 pm Leave a comment

Arahkan Minda Supaya Jadi Bersemangat

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.

Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”

Misalnya,

“Aku mahu bersemangat hari ini”

“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”

“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”

Selepas itu, bayangkan di fikiran yang Anda menjadi seperti apa yang anda mahu.

Bila Anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang Anda menjadi bersemangat, Anda nampak diri Anda melangkah dengan penuh bersemangat!.

Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana Anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri Anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.

Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, saya mengamalkan teknik ini setiap hari, di setiap sesi latihan renang, tiap kali berbasikal dan setiap kali menulis blog motivasi.

Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!

Artikel ini dipetik dari:

http://www.imotivasi.com/

May 29, 2008 at 4:47 pm Leave a comment


Contact Me

Chat with me

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Pautan Kementerian KPKK

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 11 other followers

Recent Posts

Categories

Yang Paling Digemari

Blog Stats

  • 45,949 hits

Jumlah Pelawat


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.