Posts filed under ‘Makanan’
Fakta Makanan Mengandungi Babi
Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis ‘This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi’.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi
3. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg
4. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
5. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi
6. Boar: Babi liar
7. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun
8. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi
9. Ham: Daging pada bahagian paha babi
7. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)
8. Sow Milk: Susu babi
Bahagian babi yang sering diguna dalam penghasilan produk
PANKREAS – bagi menghasilkan insulin
LEMAK – digunakan dalam proses pembuatan susu, alat kosmetik, perisa serta pewarna tambahan, tablet serta minyak
DARAH – digunakan bagi menghasilkan serum atau vaksin serta tablet
TULANG – bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu
KULIT – penghasilan kolagen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan
ORGAN DALAMAN – bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton atau butirat
Sumber: hmetro
Awas!!! Mentega DNA Babi
KUALA LUMPUR – Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.
Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.
“Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.
“Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas,” katanya.
Sumber: Kosmo































































Recent Comments