Posts filed under ‘Business’

Sekadar Berkongsi Peluang – Opportunity…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan peluang untuk menjana income/duit secara mingguan kepada anda semua. Ini hanyalah satu perkongsian dari saya secara langsung kepada anda, terutamanya kepada insan yang telah lama mencari peluang untuk mencari punca pendapatan sampingan atau part time.

Kini teknologi sudah canggih sehingga kita tidak menjangka keupayaannya luar biasa. Kecanggihan teknologi membolehkan setiap orang berpeluang untuk berniaga dan menjana income dari rumah sahaja. Income atau jualan boleh mencecah ribuan ringgit kerana pasaran begitu luas dan cara promosi juga adalah pelbagai.

Pada masa sekarang saya ada Berita Gempak untuk anda-anda semua tak kira orang yang dah biasa dengan internet atau baru berjinak-jinak dengan internet. Apa Berita Gempak itu???? Nak Tahu???? Sudah Pastiiiii Anda Perlu Tahu kerana ini semua adalah untuk diri anda sendiri Juga……

Sekarang!!!!! Apa tunggu lagi…..Jom Kita Belajar Sambil Buat Duit Bersama Saya….Peluang ini baru saja masuk pasaran Malaysia, Indonesia dan Singapura dan… Dijangka akan meletup!!!!! Inilah Peluang untuk Anda dan Jangan Lepaskannya….Nak tahu Lebih lanjut jom ajak kawan…

Daftar Secara Percuma terlebih dahulu/Free Sign Up:

English : http://bit.ly/Jw5vwV

Malay : http://bit.ly/JqRl3t

Selepas daftar anda bolehlah baca email yang akan dihantar oleh saya dan baca setiap maklumat yang dihantar. Ingat kita belajar sambil menjana pendapatan sampingan….

Untuk Keterangan seterusnya Tunggu dari saya, apapun daftarlah terlebih dahulu, sekian…..

May 25, 2012 at 9:15 am Leave a comment

Mentaliti Usahawan

1. Mengesan Peluang

Seorang usahawan mestilah mempunyai suatu sifat atau daya fikir yang hebat untuk mengesan sesuatu peluang yang baru untuk dijadikan punca pendapatan. Dalam setiap keadaan mentaliti seseorang usahawan ini mesti kreatif dalam mencari peluang-peluang baru ibarat kata pepatah “Dalam Masalah Ada Peluang” untuk menjadi pemula atau pencetus kepada sesuatu peluang baru. Sekiranya peluang itu dapat dikenalpasti lebih awal, maka keuntungan juga akan menjadi semakin banyak kerana pada setiap peluang baru perniagaan tidak wujud persaingan. Ini secara tak langsung keuntungan juga akan meningkat.

2. Hapuskan “Minda Negatif”

Seseorang usahawan juga mestilah seorang yang dapat menghapuskan halangan minda yang negatif. Minda yang negatif inilah yang akan menghancurkan atau menghalang kejayaan seseorang dalam kehidupannya. Bagi setiap usahawan minda negatif ini mestilah tiada sama sekali kerana ini adalah racun kepada diri mereka. Apa itu minda negatif? Iaitu tidak yakin pada diri sendiri, selalu berfikir mengenai kegagalan, tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri, dan setiap tindakan mudah dipengaruhi oleh keadaan semasa yang merugikan. Segala unsur-unsur negatif ini adalah berbahaya untuk memulakan langkah pertama bagi mana-mana usahawan. Oleh itu minda yang negatif ini harus dihapuskan sama sekali dalam pemikiran usahawan yang mengimpikan kejayaan dunia akhirat.

3. Tingkatkan Ilmu

Setiap usahawan juga mestilah mempunyai suatu sikap untuk meningkatkan ilmu dalam diri dari masa ke semasa. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu mestilah sanggup untuk belajar menambahkan ilmu pengetahuan dalam setiap perkara terutama dalam bidang yang diceburi. Kebolehan untuk belajar adalah perlu kerana semakin cepat belajar sesuatu perkara, semakin cepatlah dapat mempraktikkannya. Tapi ingat jangan terlalu banyak belajar je tanpa mempraktikkanya kerana ilmu akan mudah dilupai walaupun memori otak kita penuh dengan pelbagai ilmu. Untuk mengelak dari ilmu dilupai, seseorang usahawan itu metilah mengajar ilmu yang dia ada kepada orang lain untuk manfaat bersama.

4. Sentiasa Upgrade

Usahawan juga mestilah mempunyai mentaliti yang sentiasa upgrade iaitu mestilah sentiasa mepertingkatkan kualiti diri dan produktiviti bukannya berada di tahap yang sama. Sekiranya sudah berjaya dalam melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah mempertingkatkan lagi kejayaan bukannya setakat apa yang telah berjaya. Sama juga dari segi kemahiran yang ada, seandainya sudah mahir dalam sesuatu bidang apa salahnya jika seseorang usahawan itu menceburi dalam bidang yang lain pulak. Sebagai contohnya, sekiranya anda telah berjaya dalam menternak itik apa salahnya anda mencuba pulak dalam bidang pengeluaran makanan untuk itik. Tidakkah itu lebih menguntungkan lagi perniagaan anda kerana anda boleh membina suatu rangkaian rantai kehidupan iaitu dari makanan itik – menternak itik – memproses telur itik – menjual itik dan meproses baja tahi itik. Ini semua perlu ada dalam pemikiran seseorang usahawan yang berjaya.

5. Bersyukur

Apa yang paling penting ialah setiap usahawan perlu mempunyai sifat bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Tanpa bersyukur tak ke mana diri anda semua wahai usahawan. Dengan bersyukur barulah anda akan rasa lebih bersemangat untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Syukur ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya, membantu usahawan baru, memberi tunjuk ajar percuma dan sebagainya. pada zahirnya tindakan bersyukur ini seolah merugikan mereka tetapi disebaliknya perbuatan itu akan menyebabkan mereka lebih berjaya untuk jangka masa panjang tanpa diketahui oleh sesiapa kerana Yang Maha Esa sahaja yang tahu.

Sekian wasalam…

August 14, 2011 at 2:30 am Leave a comment

Berhati-hati Web Page Tipu

Salam sejahtera semua, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penipuan di internet. Seperti yang sedia maklum dalam alam maya terdapat pelbagai cara penipuan seiring dengan kecanggihan teknologi internet, namun tidak semua yang menyedari akan teknik penipuan yang giat dilakukan. Mungkin ada segelintir daripada yang tahu dan ada juga yang tidak tahu terutama bagi “new user” di internet. Orang baru atau pengguna baru yang menggunakan internet mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk ditipu kerana mereka kurang ilmu dan pendedahan semasa yang berkaitan dengan penipuan secara online.

Oleh itu, kepada sesiapa yang mengetahui mengenai cara penipuan yang dijalankan diinternet hendaklah menghebahkan maklumat tersebut untuk kebaikan bersama terutama bagi pengguna baru. Keadaan ini boleh mengurangkan berlakunya penipuan yang boleh membawa kepada penindasan dan penganianyaan kepada pengguna. Di dalam internet terdapat pelbagai skim penipuan yang aktif dan telah menipu banyak orang tanpa disedari terutamanya pelaburan haram.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan dedahkan mengenai penipuan yang giat dilakukan berkaitan dengan Online Banking terutama melibatkan Maybank. Penipuan ini telah lama dijalankan, namun kali ini pihak yang tidak bertanggung jawab masih lagi melakukan perkara yang sama seperti mana yang saya sendiri alami. Saya akan tunjukkan bukti penipuan yang cuba dilakukan ke atas akaun Maybank saya.

Pada peringkat permulaan anda akan mendapat email seolah-olah email benar dari pihak Maybank dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Padahal pihak Maybank tidak pernah menghantar email tersebut. Email-email ini akan masuk dalam inbox anda dan oleh itu anda hendaklah sentiasa berhati-hati dengan email tersebut. Untuk mengelakkan anda terlupa dan tertekan email tersebut anda dinasihatkan untuk setup email itu ke dalam SPAM MAIL. Contoh email-email tipu anda dapat lihat dalam gambar dibawah:

Maybank Tipu

Lagi gambar penipuan di bawah…

Maybank Tipu

Bagaimana anda ingin mengenalpasti samada itu adalah laman web asal Maybank atau laman web tipu yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa yang boleh saya bagitau untuk membezakan web page Maybank asal dengan web page Maybank tipu ialah seperti anak panah tersebut. Pertama ialah link atas yang ditunjukkan oleh anak panah  yang membawa kepada page Maybank adalah tidak sama dengan link Maybank yang asal dan yang kedua ialah tarikh seperti anak panah di atas. Sekiranya page Maybank yang asal akan menunjukkan tarikh yang terkini manakala page yang tipu akan menunjukkan tarikh bila anda mendapat email tersebut.

Apa yang menimbulkan persoalan dan kemusykilan ialah bagaimana pihak penghantar Fraud Email itu tahu bahawa kita adalah pengguna Maybank2u.com? Inilah yang sering menjadi pertanyaan ramai padahal kita bukan sahaja menggunakan Maybank sebaliknya bank-bank lain juga kita menggunkannya secara online. Namun penipuan mengenai bank lain tidak pulak pernah didedahkan mengenai penipuan yang sama. Adakah ini adalah kegiatan orang dalam Maybank yang mendedahkan maklumat pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab?Pelik Tapi Benar. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan kepada pengguna Maybank2u .com haruslah berhati-hati bila menggunakannya.

Sekian Wasalam

Tambahan Gambar:

Facebook LoginAdakah ada pihak yang tidak bertanggungjawab menipu untuk mendapatkan email dan password pengguna Facebook?

February 26, 2011 at 11:45 am 2 comments

Tabung Haji Bonus 5.5%

KOMPETITIF…Abi Musa (kanan) dan Ismee menunjukkan angka bonus pendeposit TH 2010, semalam.

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus pendeposit selepas zakat sebanyak 5.5 peratus membabitkan pembayaran sebanyak RM1.33 bilion bagi tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor berkata, jumlah bayaran itu melonjak 24 peratus berbanding RM1.07 bilion pada 2009.
Katanya, sungguhpun profil pelaburan TH hanya terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah, kadar deposit yang diberikan boleh disifatkan sangat kompetitif.

“Tahun lalu, TH membuat pembayaran bonus selepas pengiraan zakat sebanyak lima peratus bagi keuntungan 2009 dan untuk 2010, TH menambah bayaran bonus sebanyak 0.5 peratus lagi.
“Jika dibandingkan kadar pulangan daripada akaun deposit tetap perbankan Islam, TH masih menawarkan pulangan lebih menarik,” katanya ketika mengumumkan bonus pendeposit TH 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.

Mengulas lanjut, Abi Musa berkata, TH meneruskan kecemerlangan prestasi kewangan sangat membanggakan pada 2010 apabila mencatat keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion bagi empat tahun berturut-turut.
“TH sekali lagi mencatat sejarah apabila meraih pendapatan melebihi RM2 bilion tahun lalu, meningkat sebanyak 17 peratus atau RM305 juta yang dicatat pada 2009.

“Pendapatan TH sejak 2006 berkembang sejajar dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan pendapatan itu sebahagian besarnya disumbangkan sumber utama membabitkan pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 65 peratus.
“Sebanyak 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus keuntungan urusniaga saham. Penyumbang kedua terbesar diperoleh hasil pelaburan sekuriti hutang terutama bon Islam sebanyak 10 peratus,” katanya.

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

Sabtu, 29 Januari 2011

January 29, 2011 at 5:52 am Leave a comment

AHB Amanah Hartanah Bumiputera

AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara – PM
29/11/2010 4:37pm

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang dilancarkan hari ini memberi peluang kepada golongan Bumiputera untuk turut sama merasai kekayaan negara dan berjaya dalam lapangan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelancaran skim ini merupakan hasrat kerajaan untuk membawa perubahan besar kepada ekonomi negara agar kekayaannya tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata.

“Kita tidak ingin melihat jurang antara mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah semakin melebar, melalui usaha seperti ini maka kita dapat membantu untuk mengurangkan jurang ini.

“Ia juga dapat memberikan satu lagi instrumen di mana kekayaan negara kita ini boleh dimiliki oleh seberapa ramai rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap melancarkan AHB di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) Kamalul Arifin Othman.

Najib berkata, kerajaan berpegang kepada prinsip bahawa kekayaan negara haruslah diagihkan secara adil dan saksama kerana sekiranya sebahagian besar rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan Bumiputera tidak dapat merasai kekayaan negara secara adil maka keadaan ini telah menafikan hak mereka.

“Ini juga tidak menyumbang kepada kestabilan politik negara kita pada jangka panjang. Kita tidak mahu menafikan hak golongan Bumiputera untuk terus melabur dan mencapai keinginan mereka berjaya dalam perniagaan dan lapangan ekonomi.

“Tentu sekali kalau golongan Bumiputera lalu-lalang di tengah kota raya dan kalau mereka mendongak ke atas dan melihat bangunan pencakar langit dan bangunan komersil dan mereka merasakan bahawa bangunan yang tinggi nilainya itu tidak dimiliki oleh mereka, maka sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kurang senang di kalangan golongan Bumiputera,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera berkata, langkah memperkenalkan skim ini dibuat bukan sahaja untuk meluaskan penyertaan pemilikan Bumiputera dalam aset-aset komersil bernilai tinggi, tetapi juga untuk mencari satu kaedah agar pemilikan itu terus berkekalan.

“Kerajaan akan terus bantu supaya pelaburan Bumiputera dapat terus mencari peluang pemilikan hartanah yang strategik dan bernilai tinggi supaya hasrat kita untuk memperlihatkan sebuah negara yang lebih seimbang dari segi pembahagian kekayaan akan tercapai,” katanya.

Skim AHB telah diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini bagi memberi peluang kepada golongan Bumiputera mempertingkatkan lagi pegangan mereka dalam hartanah-hartanah komersil di lokasi strategik dalam negara.

AHB yang bersaiz RM1 bilion adalah terbuka kepada pelabur-pelabur Bumiputera yang berumur dari tiga bulan ke atas, dengan syarat pelabur yang berumur bawah 18 tahun perlu seorang penandatangan penjaga sah rakyat Malaysia.

Unit-unit akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit.

Pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan pelaburan minimum sebanyak RM500. – Bernama

Untuk Maklumat Lanjut Layari : http://www.phb.com.my/bm/

January 4, 2011 at 11:41 pm 3 comments


Contact Me

Chat with me

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Pautan Kementerian KPKK

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 11 other followers

Recent Posts

Categories

Yang Paling Digemari

Blog Stats

  • 45,949 hits

Jumlah Pelawat


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.