Posts filed under ‘Agama’

Pandangan Pas Bergabung Dengan Dap….

RAMAi yang sangsi dengan tindakan PAS bergabung dengan DAP. Dengan PKR, tidak timbul sangat isu. Kesangsian ini, bukan sekadar berlaku pada orang UMNO, tetapi berlaku juga kepada orang-orang yang berkeahlian PAS, juga dari kalangan mereka yang berada dalam gerakan Islam.

Bagi memberikan huraian perkara ini, dikupasnya seperti berikut;

SATU : SIKAP BEBERAPA PIHAK

Dalam merungkaikan perkara ini, ia terbahagi kepada dua pihak, iaitu;

Satu : tidak bersetuju PAS gabung dengan DAP

Pendapat ini berhujjah seperti berikut;

[1]
Firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)

Dalam ayat ini, Allah SWT melarang menjadikan orang Islam menjadi non Muslim sebagai wali atau pemimpin. Makanya, tidak sepatutnya PAS bergabung dengan DAP, kerana parti itu adalah parti bukan Islam.

[2]
Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka.

[3]
Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri ada berkata;
الكفر ملة ، والاسلام ملة
Maksudnya;
“Kufur itu satu puak, dan Islam itu satu puak” (rujuk Musannaf Abd al-Razzaq; no.10234)
Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP.

Dua : PAS mesti bergabung dengan DAP

Pendapat ini berasaskan penghujahan berikut;

[1]
Firman Allah;
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya;
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Tolong menolong ini, dilarang dari melakukan permusuhan. Di kala DAP menyeru kepada keadilan, lalu PAS melakukan permusuhan dengan DAP, menyebabkan ia bercanggah dengan konsep ayat ini. Sedangkan dalam masa yang sama, kita disuruh melakukan bantu membantu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan.

Dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh kita bantu membantu dalam melakukan “al-Bir”, sedangkan dalam ayat lain, Allah SWT guna kalimah “al-Bir” ketika menyuruh melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang bukan Islam.

Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik (al-Birr) dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Memandangkan ayat ini menyuruh kita melakukan keadilan dan berbuat “al-Birr” kepada orang bukan Islam, maka tidak salah jika PAS bersama-sama dengan DAP dalam usaha saling bantu membantu menegakkan keadilan dan kebajikan.

[2]
Firman Allah;

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ
Maksudnya;
Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu” (Surah ali-Imran, ayat 75)

Dalam ayat ini, Allah SWT mengiktiraf tentang amanah yang dilakukan oleh orang bukan Islam. Ini ditambahi lagi pengiktirafan Nabi Muhammad SAW terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Raja Habsyah.

Jadi, tindakan PAS bersama dengan DAP tidak menjadi kesalahan, jika dasar dan tindakan DAP itu menjurus kepada keadilan dan kebaikan, seperti amanah dan melawan rasuah dan sebagainya. Jika al-Quran mengiktiraf amanah kewangan yang dilakukan yahudi, maka tidak ada sebab kita tidak mengiktiraf kebaikan DAP jika mereka menyeru kepada benda yang sama.

[3]
Dari Talhah bin Abdullah bin Auf bahawa Nabi SAW berkata;
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما احب ان لى به حمر النعم ولو ادعى به في الاسلام لاجبت
Maksudnya;
“Aku hadir di rumah Abdullah bin Jad’ad satu pakatan yang aku lebih suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga). Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya.” (Sunan al-Baihaqi al-Kubra, hadis no : 12859.)

Al-Qutaibi menyatakan, “punca berlaku pakatan itu adalah Quraish telah melakukan kezaliman di tanah haram, lalu Abdullah bin Jad’an dan Zubair bin Abd al-Muttalib mengajak mereka kepada pakatan dalam memberi pertolongan dan menyelamatkan orang yang dizalimi. Ajakan itu telah disahut oleh Bani Hasyim dan sesetengah kabilah daripada Quraish.” (Ibid, jld 6, hlmn 367)

Dari ini, amat nyata bahawa bersama dengan non Muslim dalam berusaha menghapuskan kezaliman adalah satu perkara yang tidak bercanggah dengan Islam, sebaliknya ia diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW.

[4]
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka” (surah Hud, ayat 113)

Kezaliman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka beragama Islam. Ada muslim yang zalim, dan ada non Muslim yang adil. Jika kezaliman itu dibuat, maka pembuat itu tidak boleh disokong. Menyokong itu satu kesalahan. Jika menyokong kezaliman sudah disambar oleh Neraka, maka menyokong keadilan adalah satu kewajipan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya.

DUA : PENILAIAN

Sebelum membuat rumusan terhadap pendapat kedua-dua perkara ini, dihuraikan seperti berikut;

[1]
Dalam fiqh politik, asaskannya adalah capaian kepada maqasid, iaitu kemaslahatan kepada rakyat. Ia merupakan definisi politik, sepertimana yang pernah dinyatakan al-Qaradhawi.

Dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah, Qaradhawi mendefinisikan siyasah atau politik itu adalah;
القيام علي شيء بما يصلحه
Maksudnya;
“Melaksanakan terhadap sesuatu dengan perkara yang boleh mendatangkan kemaslahatan.” (rujuk Al-Siyasah al-Syariyyah fi Dau’ Nusus al-Syariah wa maqasiduha, hlmn 29)

Dengan erti kata yang lain, setiap tindakan yang mencapai kepada maslahah kepada rakyat, maka ia merupakan tuntutan kepada fiqh politik. Dengan maksud, perkara yang boleh mendatangkan mafsadah kepada rakyat, maka perkara itu berada diluar kerangka fiqh politik Islam.

Adapun nas-nas yang berkait dengan politik, sifatnya adalah wasail, iaitu elemen penghubung kepada capaian terhadap maqasid. Sesuatu ketetapan yang termaktub dalam Nas tersebut, ia merupakan salah satu cara untuk capaian maqasid, bukan satu-satunya cara sahaja. Dengan maksud, cara yang termaktub dalam nas tersebut, amat sesuai dengan kondusif politik di zaman itu, tetapi mungkin tidak sesuai dengan kondusif di zaman dan tempat yang lain.

Antara contoh dalam perkara ini adalah seperti sabda Nabi SAW;
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ
Maksudnya;
“pemimpin-pemimpin itu dari kalangan Quraish.” (rujuk Musnad Ahmad, hadis no : 11859.)

Hadis ini adalah bersifat wasail, sedangkan maqasid dalam hadis ini adalah untuk mengelak pertembungan dan perbalahan. Ibn Khaldun dalam kitab muqaddimah menyatakan;
فإذا ثبت أن اشتراط القرشية إنما هو لدفع التنازع بما كان لهم من العصبية والغلب
Maksudnya;
“Oleh itu, nyata bahawa syarat quriash adalah untuk menolak perbalahan ekoran kewujudan asabiyyah dan penguasaan.” (rujuk Al-Muqaddimah, hlmn 100)

Dengan maksud, penguasaan dan “respek” pihak rakyat pada zaman itu terhadap Quriash menyebabkan Nabi SAW menyatakan kepimpinan itu dari kalangan Quriash. Dengan erti kata yang lain, jika mengelak dari perbalahan itu tercapai dengan tidak perlantikan Quraish, tetapi tercapai dengan perlantikan bangsa lain, maka melantik bangsa lain itu adalah satu keperluan.

[2]
Dalam politik Islam, perkara yang paling penting adalah perlaksanaan keadilan, dan berusaha sedaya mungkin dari tersebar kezaliman. Segala tindakan yang menegakkan kezaliman, maka ia wajar dilawan.

Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka” (surah Hud, ayat 113)

Dalam hadis Qudsi, bahawa Nabi SAW berkata yang Allah SWT berfirman;
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
Maksudnya;
“Wahai Hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim terhadap diri-Ku, dan Aku jadikannya haram di antara Kamu, maka Jangan kamu saling zalim menzalimi.” (rujuk Muslim, hadis no : 4674)

Ibn Taimiyyah menyatakan;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah SWT tolong Negara yang adil, waima ia adalah kafir, Tidak menolong Negara yang zalim, waima ia mukmin.” (Rujuk Al-Hisbah, hlmn 4)

[3]
Tentang firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)

Ulasan tentang ayat ini adalah seperti berikut;

-1-
Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Sifat menutup pintu-pintu haram ini, tidak semestinya diharamkan secara mutlak, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat juga ia sudah memadai menutup pintu-pintu haram.

Ia sama seperti Allah SWT menyatakan;
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Maksudnya;
“Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka mencela Allah dengan permusuhan (prejudis), dengan tanpa Ilmu” (surah al-An’am, ayat 108)

Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, walaupun ia boleh mencapai maslahah. Ini kerana, ia sebenarnya boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia.” (rujuk Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim : 3/314)

Menurut Al-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainyamafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang.” (rujuk Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219)

Dengan erti kata yang lain, mencela sembah-sembahan tersebut adalah dibenarkan DENGAN SYARAT ia tidak dilakukan dihadapan non muslim. Sekiranya diyakini tidak mendatangkan implikasi serang balas dari non Muslim tersebut, maka ia tidak menjadi haram.

Begitujuga dengan ayat 28 dari surah al-Imran. Larangan orang non Muslim jadi menjadi pemimpin itu kerana bimbang mereka menguasai orang Islam. Dengan maksud, tidak dibawah larangan sekiranya non Muslim itu menjadi pemimpin DENGAN SYARAT pengamalan dan beberapa perkara perinsip bagi umat Islam tidak diganggu gugat.

Dalam kerangka demokrasi, sesuatu perlaksanaan dasar tertakluk kepada undang-undang yang termaktub. Ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa sahaja yang memerintah, samada mereka yang beragama Islam atau mereka yang tidak beragama Islam. Sekiranya dalam undang-undang termaktub menyatakan hak orang Islam tidak boleh terhalang, maka sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin, mereka kena akur dengan undang-undang tersebut.

Jadi, dengan perlantikan non Muslim sebagai pemimpin politik dalam kerangka politik demokrasi, ia tidak bercanggah dengan maksud ayat di atas.

-2-
Dalam kerangka monarki, pemimpin itu bersifat wilayah. Sedangkan dalam kerangka demokrasi, pemerintah tidak boleh pandai-pandai menentukan dasar kecuali mendapat persetujuan rakyat majority. Dengan erti kata yang lain, pemimpin dalam sesebuah Negara demokrasi, tidak bersifat wilayah, tetapi bersifat wakalah. Wilayah dalam kerangka demokrasi adalah rakyat dan undang-undang yang termaktub.

Ekoran dari itu, menjadikan hujjah ayat ini sebagai penghalang untuk mengundi non Muslim adalah tidak tepat. Ini kerana, dalam wakalah boleh diberikan kepada non Muslim.

[4]
Mereka berhujjah dengan merujuk kepada Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Kata mereka, “dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka”.

Bagi menjawab hujjah mereka ini, diperhatikan kepada satu hadis, bahawa Nabi SAW ada menyatakan;
أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Ketahuilah bahawa mereka yang menzalimi Mu’ahid (non Muslim yang zimmi) atau mengurangkan (kata al-Tibiy : haknya) atau membebankannya luar dari kemampuannya, atau mengambil darinya sesuatu bukan dari cara yang baik, maka aku akan jadi penghujjahnya pada hari akhirat.” (rujuk Sunan Abi Daud, 2654)

Melihat hadis ini, Nabi SAW mempamerkan bahawa Nabi SAW akan mempertahankan non Muslim yang dizalimi. Tindakan Nabi SAW mempertahankan non Muslim, bukan bermakna Nabi SAW redha dengan agama mereka. Maka begitujuga tindakan PAS bergabung dengan DAP, bukan bermakna redha dengan mereka.

Dari sudut Islam, tidak boleh kita hendak melahirkan permusuhan politik atas sebab berbeda agama, kerana kepercayaan agama melibatkan hidayah yang merupakan kekuasaan Tuhan, sedangkan menghentikan kezaliman adalah perkara ikhtiyari, iaitu dibawah kawalan kita. Maka ia hendaklah dilawan, waima ia dilakukan oleh muslim sekalipun. Jika Muslim melakukan kezaliman pun wajib dilawan, maka lebih-lebih lagi wajib dilawan, jika yang melakukan kezaliman itu adalah non Muslim.

[5]
Mereka berhujjah dengan merujuk perkataan Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri. Beliau berkata;
الكفر ملة ، والاسلام ملة
Maksudnya;
“Kufur itu satu puak, dan Islam itu satu puak.” (rujuk Musannaf Abd al-Razzaq; no, 10234)

Mereka menyatakan, “Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP”

Dijawab bahawa berbeda kepuakan adalah fitrah. Tetapi, perbedaan puak itu tidak boleh menafikan keperluan bekerjasama dalam menjatuhkan kezaliman. Ia dapat dirujuk dalam hadis Hilf al-Fudhul yang disebut di atas bahawa Nabi SAW akan menyokong gerakan yang bersatu dalam menghapuskan kezaliman, waima ia dilakukan oleh Bani Hashim yang ketika itu tidak beragama islam lagi.

[6]
Mereka menyatakan, “Bersatu adalah satu keperluan. Dalam al-Quran, banyak ayat-ayat al-Quran menyuruh kita bersatu. Sedangkan berpakat dalam politik, tidak termaktub dalam nas al-Quran. Jadi, apabila bertembung al-Quran dan tidak, maka dahulukan nas al-Quran”.

Dinyatakan bahawa dalam al-Quran, suruhan bersatu atas asas berpegang dengan tali Allah. Dengan erti kata lain, sekiranya dari pihak muslim ada yang tidak berpegang dengan tali Allah, maka tidak perlu bersatu dengan mereka. Malahan boleh jadi haram, jika bersatu itu mengukuhkan lagi pihak yang zalim.

Tanpa dilalaikan, bahawa al-Quran juga menyuruh kita menghindarkan diri dari cenderung kepada kezaliman. Secara istiqra’ maknawinya, kezaliman memang wajib dihindari. Adalah satu perkara yang mustahil bahawa al-Quran menyuruh kita menyokong kezaliman.

Mendakwa bahawa sesama muslim perlu bersatu adalah perkara benar. Tetapi, adalah salah jika disuruh juga bersama dengan muslim, jika tidak berasaskan kepada keadilan dan menolak kezaliman yang merupakan antara perkara asas bagi tali Islam. Kita dituntut bersatu dalam melakukan keadilan dan menolak kezaliman, tetapi kita dilarang dari bersatu dalam melakukan kezaliman, waima sesama muslim sekalipun.

KESIMPULAN

Asas bagi Islam, ia adalah rahmat sekelian alam. Ia tidak memberi kasih sayang kepada muslim sahaja, tetapi kasih sayang menurut ajaran Islam melepasi batasan bangsa, warna kulit dan agama. Soal kepercayaan agama adalah soal hidayah, sedangkan hidayah dibawah kekuasaan Allah SWT.

Islam tidak menghalang kita bersatu dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan. Yang Islam halang adalah, bersatu sesama muslim dalam menegakkan kebatilan dan kezaliman. Juga islam juga menghalang memberi kekuatan kepada pihak batil untuk terus bertapak.

Islam menang apabila non Muslim memeluk Islam. Ia tidak akan berlaku, kecuali mereka menyukai Islam terlebih dahulu. Mereka tidak akan suka dengan Islam, jika Islam dipamerkan sebagai agama perkauman, walhal Islam adalah agama untuk semua manusia.

Ibn Taimiyyah pernah berkata, “Allah akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, waima ia mukmin sekalipun. (rujuk Al-Hisbah, hlmn 4)

Dengan itu, bersatu kita menegakkan keadilan demi melihat Islam tersebar di muka bumi ini. Hindarkan diri dari bergabung dengan pihak yang zalim, kerana ia menjauhkan manusia dari Islam.

Wallahu ‘Alam

________________________________________
Wan Ji Wan Hussein al-Ta’adudi yang lebih dikenali sebagai Pak Shaikh Muka Buku merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir yang kini melanjutkan pengajian dalam maqasid asy-syariah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menconteng di FB Wan Ji at-Ta’addudi dan berkicau di @wanji_bakistani. Artikel ini koleksi tulisannya yang dipetik dari blog al-Bakistani.

May 21, 2012 at 9:18 am 1 comment

Rawatan Santau Live Oleh Ustaz Syarhan Syafie

Salam dan selamat sejahtera semua, dengar je santau atau apa-apa yang berkaitan dengan perkara pelik ni semua orang takut dan tidak percaya. Ada yang percaya tetapi tidak ramai melainkan orang itu pernah mengalaminya. Apa yang nak diceritakan di sini adalah berkenaan rawatan yang telah dilakukan oleh seorang dikatakan pakar perubatan islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran iaitu Ustaz Syarhan Syafie.

Namun apa yang ditunjukkan dan dibicarakan oleh ustaz tersebut ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Seperti mana yang telah ditunjukkan oleh beliau berkenaan merawat santau yang dilakukan secara live di Tv3 dalam sesi Al-Kuliyyah pada setiap jumaat. Video yang ditunjukkan ini samada betul atau tidak saya pun tak pasti, tetapi terdapat jugak sesetengah individu yang mengatakan ustaz ini adalah penipu.

Sejauh manakah benarnya kenyataan dia saya pun tak tau. Bagi saya, kalau dia menipu pun itu dia punya pasallah “Takde Bukti“. Kalau kita tak percaya pergilah jumpa dengan dia sendiri atau kalau ada bukti yang kukuh kemukakan kepada pihak berkuasa untuk pengadilan. Janganlah dok buat kenyataan atau komentar seolah-olah cuba nak menjatuhkan seseorang itu. Ini mengambarkan seperti orang memberi komentar yang buruk-buruk itulah yang perlu mendapat rawatan dari Ustaz Syafie ini hehehe3… Apapun, setiap orang ada melakukan kesilapannya dan janganlah kerana satu kesilapan yang pernah dilakukan orang itu, menjadikan orang itu jahat selama-lamanya. huhuhu3 kembalilah kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Selamat beramal….

May 5, 2012 at 3:54 am Leave a comment

18 Sebab Jin Merasuk Manusia : Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

March 29, 2012 at 10:10 am Leave a comment

Akidah Yahudi Lebih Bahaya

Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu.

Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis.
Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : “Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho’ gandum…”

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho’ (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.

Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi?

Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.

Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa:

“…. larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri…”

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia – Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi?

Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.

Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat…” – Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting.

Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah).

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin ‘selamat’, tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam?

Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam?

Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT.

Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh: 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

March 19, 2012 at 1:33 pm Leave a comment

Kitab Injil 1500 Tahun…

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad

Terdapat Catatan Ramalan Nabi Isa Mengenai Kedatangan Muhammad SAW

 ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

February 28, 2012 at 2:34 pm Leave a comment

Berebut Nak Lihat Janggut Nabi Muhammad s.a.w

KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid Nasional, Dhaka semalam.

DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.

Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

February 22, 2012 at 4:12 am 1 comment

Surat Terbuka Kepada Dato’ Dr Hasan Ali

Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

 Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

 

Dr Maszlee Malik

Ahli Akademik Politik Warga

UIAM

Lawati FB Dr Maszlee Malik

February 10, 2012 at 2:19 am Leave a comment

Jom Beli AL-Qur’an Miracle 22 In 1 + Download QuranFlash

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua, kali saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan AL-Quran. AL-Qur’an ini dinamakan sebagai Al-Qur’an Miracle di mana terkandung 22 manfaat lain dalam sebuah Quran tersebut. Al-Qur’an ini berukuran A4 dan mempunyai 1,264 mukasurat yang bercetak dengan berat 2.5 KG beserta dengan hardcover yang menarik. Selain itu, setiap pembelian, anda akan diberikan Bonus CD Software Islamic yang mengandungi lebih 50 Koleksi E-Book, Flash yang menarik dan terbaik. “Jom Beli”

Klik Jom Beli Untuk Membelinya <Jom Beli>

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat disarankan untuk membelinya terutama kepada golongan yang suka membaca, mentafsir, belajar dan mengkaji Al-Qur’an. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya setiap orang seharusnya memilikinya setiap satu atau setiap rumah seharusnya mempunyai satu Al-Qur’an seperti tersebut untuk rujukan bersama demi kebaikan dunia dan akhirat.

Dengan ringkasnya anda semua seharusnya membeli AL-Qur’an tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah ia 22 In 1 dalam Al-Quran tersebut, anda bolehlah lawati laman web di sini: AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Tidak lupa juga di sini saya bagi link download Qur’anFlash kepada sesiapa yang berminat. Qur,an ni boleh digunakan dalam format flash untuk komputer mahupun laptop. Flash Qur’an ini boleh dibaca sama seperti Quran yang fizikal. Jom download di bawah.

Download Qur,anFlash Percuma

Sekian, Wasalam

February 9, 2012 at 3:04 pm Leave a comment

Anda & Jin

Salam sejahtera semua, jom kita sama-sama mengenali alam manusia dan jin. Dalam kehidupan kita ini terdapat manusia dan juga jin. Ingat, dua makhluk itu mempunyai pelbagai watak dan ragam. So apa lagi jom kenali mereka….

December 24, 2011 at 4:37 am Leave a comment

Mengapa Perlu Bersangka Buruk???

Mengapa Perlu Sangka Buruk ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah   beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن ” . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : ” إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk” lalu seorang lelaki bertanya : “apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?”

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya” ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya” ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk’ apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.

Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.

Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.

JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.

Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.

Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka.

Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-

“Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu”

Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya).

Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain. Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.

Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku kepada Mufti Perlis. Tiba-tiba Mufti Perlis semakin berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,

  • Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihanraya 8 Mac, iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu barulah dia bersuara untuk ‘membodek’ kerajaan pakatan rakyat untuk melantiknya pula.
  • Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di penghujung.
  • “Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi, nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!” Tempelak mereka.

Dan macam-macam lagi.

Saya kerap dengar komen “mengapa baru sekarang!!?” sebagai hujjah untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?

Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.

Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, syubhat dan keraguan aqad dalam MLM, pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata:-

“Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join skim lain dan sekarang dah rugi kot” Katanya.

Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?

Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang menghinggapi kita lalu berkata

“hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.

Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja, mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.

Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.

Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.

Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.

JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN

Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.

Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim haram.

Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :”puas aku fikir dan cari di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia hendak sebenarnya?”

“akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni”

Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.

Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh lain.

Ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 (sistem ini telah ditutup sementara waktu) bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-

a- “Ustaz ada dengar tak slot Dr ..xxxxx pengasas ayam organik di radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang dakwaan Dr ini dan perjuangannya memartabatkan makanan yang betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak perkayakan diri sendiri jer”

b- “PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam, mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet”

c- “Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!”, simpul seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)

d- “eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak’ dari penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual agamanya untuk popular di televisyen”

e- “Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu tidak berani berterus terang”

f- “Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah ke?” Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.

g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa : “jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan”

Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.

Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal,  maka TIADA salahnya. Selagi mana zahir tindakan  mereka tadi adalah baik SERTA menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah dosa dan menyubur kebencian di hati.

 Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ

Ertinya : “Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam” ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.

Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-

قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

“Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah” ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : “Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah.”

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

“Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : “Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat”.

Khalid berkata : “Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)”

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : “Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka” ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

 إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

KESIMPULANNYA

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia dinamakan berhati-hati yang sebenar.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Mei 2008

December 9, 2011 at 1:33 pm Leave a comment

Ustaz Wan Ji : Soal Jawab Fiqh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, jom pakat dengar video soal jawab mengenai hukum Fiqh dari Ustaz Wan Ji. Persoalan yang ditanya terdiri dari pelbagai aspek, marilah kita semua mengambil pengajaran untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian kita. Selamat beramal..

November 1, 2011 at 5:58 pm Leave a comment

Kuliah Maghrib Ijtimak Tarbawi 2011 : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua, kali ini jom pakat dengar kuliah maghrib ijtimak tarbawi 2011 oleh Tuan Guru Nik  Abdul Aziz Nik Mat. Ini khas kepada sesiapa yang tidak kesempatan untuk pergi majlis Ijtimak tersebut.

November 1, 2011 at 11:47 am Leave a comment

Wacana Sinar – Hudud : Dilema Dan Pelaksanaannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, jom pakat dengar. Wacana Sinar Harian siri 8 bertajuk Hudud Dilema & Perlaksanaannya ini telah berlangsung di auditorium karangkraf di Shah Alam pada 25 Oktober 2011. Moderator adalah Dr. Maszlee Malik Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 3 Ahli panel ialah Prof.Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia / Pendakwah Bebas, Dato’Mohd Amar Abdullah Exco Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, dan Sdr Mohd Isa Abd Ralip Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

October 26, 2011 at 8:14 am Leave a comment

Older Posts


Contact Me

Chat with me

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Pautan Kementerian KPKK

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 11 other followers

Recent Posts

Categories

Yang Paling Digemari

Blog Stats

  • 45,949 hits

Jumlah Pelawat


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.