Archive for January 24, 2012

Kisah Dedah Aurat Di Facebook!!!

Kisah Benar: Akibat Dedah Aurat di Facebook…….

Kisah ini mengenai seorang hamba allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook… Dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat…

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook… Malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya…

Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum….

Dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah api neraka!

*cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna…. Kita tak tahu bila kita akan mati… Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya….

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat ilahi…ameen…al-fatihah!

Sumber: dari facebook..benar ke tak gua tak tau…tapi ambiklah iktibar…

January 24, 2012 at 3:11 pm Leave a comment

Pokok Pisang Bertandan Empat

MOHD. SAPUAN dan isterinya menunjukkan pokok pisang lemak manis (dalam bulatan) yang mengeluarkan empat tandan pisang di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun, Klang semalam.

KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.

Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.

Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.

“Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sumber: Kosmo

January 24, 2012 at 12:52 pm Leave a comment

Rambutan Berisi Batu

SAAYAH menunjukkan isi rambutan batu di Kampung Keda, Baling baru-baru.

BALING – Pelik tapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang penoreh getah dari Kampung Keda, Sadik di Kupang dekat sini apabila menemui buah rambutan yang berisi batu.

Saayah Ibrahim, 56, berkata, dia tidak menyangka menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu semasa keluar menoreh di sebuah kebun di Kuala Pegang dekat sini baru-baru ini.

“Saya terkejut apabila mendapati isi rambutan yang hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Sadik, Kupang dekat sini kelmarin.

Sumber: Kosmo

January 24, 2012 at 12:47 pm Leave a comment


Contact Me

Chat with me

AL-Qur’an Miracle 22 In 1

Kalendar

January 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Download Percuma

Please Save Our World

Iklan

Bank Pilihanku

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pautan Kerajaan

Pautan Kementerian KPKK

Masukkan Email anda untuk mendapatkan maklumat terkini dari blog zakizakirin

Join 11 other followers

Recent Posts

Categories

Yang Paling Digemari

Blog Stats

  • 45,949 hits

Jumlah Pelawat


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.