Archive for January 4, 2012
Aneh!! Bertan-tan Ikan Mati Di Utara Norway

SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.
OSLO – Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin. Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.
Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.
Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. – Dpa
Jambatan Kayu Unik Di Afghanistan

- SEBUAH van bergerak di atas jambatan kayu di wilayah Daykundi semalam.
KABUL - Sebuah jambatan kayu menjadi tumpuan pergerakan kereta dan van di wilayah Daykundi, Afghanistan. Jambatan itu menghubungkan dua kawasan berbukit di wilayah berkenaan. Ibu kota Daykundi ialah Nili yang terletak 310 kilometer dari Kabul. – AFP






























































Recent Comments